Sindrom terowong karpal

Sindrom terowong karpal (STK) adalah keadaan perubatan yang berlaku disebabkan mampatan pada saraf median semasa ia bergerak melalui pergelangan tangan di terowong karpal.[1] Gejala utama terlibat ialah sakit, kebas dan kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan bahagian cap jari jari manis.[1] Gejala biasanya bermula secara beransur-ansur dan berlaku pada waktu malam.[2] Kesakitan tersebut boleh naik sampai ke lengan.[2] Kekuatan cengkaman yang lemah mungkin berlaku, dan selepas jangka masa yang lama otot-otot di pangkal ibu jari mungkin kecut.[2] Dalam lebih daripada separuh kes klinikal terlibat, kedua-dua tangan biasanya terjejas.[1]

Sindrom terowong karpal
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Keratan lintang di pergelangan tangan. Saraf median berwarna kuning. Terowong karpal terdiri daripada tulang-tulang dan ligamen karpal lintang.
PengkhususanPembedahan ortopedik, pembedahan plastik
GejalaSakit, kekebasan, deria sesemut pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, dan setengah dari jari kelingking, daya genggaman lemah[1][2]
PuncaPemampatan saraf median pada terowong karpal[1]
Genetik, obesiti, kerja melibatkan pergelangan tangan yang berulang kali, kehamilan, artritis reumatoid[3][4][5]
Berdasarkan keterukan gejala, ujian fizikal spesifik, ujian elektrodiagnosis[2]
PencegahanAktiviti fizikal[3]
RawatanPenganduh pergelangan tangan, suntikan kortikosteroid, pembedahan[3]
Kekerapan5–10%[6][7]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Faktor risiko terlibat termasuklah obesiti, kekerapan tinggi dari segi penggunaan pergelangan tangan, kehamilan, genetik dan artritis reumatoid.[3][4][5] Terdapat bukti tentatif bahawa hipotiroidisme meningkatkan risiko.[8] Diabetes melitus dikaitkan secara lemah dengan STK.[3][7] Penggunaan pil perancang kehamilan tidak menjejaskan risiko.[3] Jenis kerja yang dikaitkan termasuk kerja komputer, kerja dengan alat bergetar dan kerja yang memerlukan cengkaman yang kuat.[3] Diagnosis disyaki berdasarkan tanda, gejala dan ujian fizikal khusus dan boleh disahkan dengan ujian elektrodiagnosis.[2] Jika terdapat kehilangan otot di pangkal ibu jari, kebarangkalian hasil diagnosis ke arah simptom ini adalah tinggi.[3]

Pengekalan aktif secara fizikal boleh mengurangkan risiko perkembangan STK.[3] Gejala boleh diperbaiki dengan memakai penganduh pergelangan tangan atau dengan suntikan kortikosteroid.[3] Pengambilan NSAID atau gabapentin tidak kelihatan berguna.[3] Pembedahan untuk memotong ligamen karpal melintang berkesan dengan keputusan yang lebih baik selepas setahun berbanding pilihan bukan pembedahan.[3] Penganduhan lanjut selepas pembedahan tidak diperlukan.[3] Bukti sedia ada tidak menyokong keberkesanan terapi magnet.[3]

Kira-kira 5% orang di Amerika Syarikat mempunyai sindrom terowong karpal.[6] Simptom ini biasanya bermula pada masa dewasa, dan wanita lebih kerap terkena berbanding lelaki.[2] Sehingga 33% orang mungkin bertambah baik keadaannya tanpa rawatan khusus selama lebih kurang setahun.[1] Sindrom terowong karpal pertama kali diterangkan sepenuhnya selepas Perang Dunia II.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Burton, C; Chesterton, LS; Davenport, G (May 2014). "Diagnosing and managing carpal tunnel syndrome in primary care". The British Journal of General Practice. 64 (622): 262–3. doi:10.3399/bjgp14x679903. PMC 4001168. PMID 24771836.
  2. ^ a b c d e f g "Carpal Tunnel Syndrome Fact Sheet". National Institute of Neurological Disorders and Stroke. January 28, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 4 March 2016.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n American Academy of Orthopaedic Surgeons (February 29, 2016). "Management of Carpal Tunnel Syndrome Evidence-Based Clinical Practice Guideline". Diarkibkan daripada yang asal pada March 30, 2020. Dicapai pada July 19, 2020. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ a b Osterman, M; Ilyas, AM; Matzon, JL (October 2012). "Carpal tunnel syndrome in pregnancy". The Orthopedic Clinics of North America. 43 (4): 515–20. doi:10.1016/j.ocl.2012.07.020. PMID 23026467.
  5. ^ a b Lozano-Calderón, S; Anthony, S; Ring, D (April 2008). "The quality and strength of evidence for etiology: example of carpal tunnel syndrome". The Journal of Hand Surgery. 33 (4): 525–38. doi:10.1016/j.jhsa.2008.01.004. PMID 18406957.
  6. ^ a b Bickel, KD (January 2010). "Carpal tunnel syndrome". The Journal of Hand Surgery. 35 (1): 147–52. doi:10.1016/j.jhsa.2009.11.003. PMID 20117319.
  7. ^ a b Padua, L; Coraci, D; Erra, C; Pazzaglia, C; Paolasso, I; Loreti, C; Caliandro, P; Hobson-Webb, LD (November 2016). "Carpal tunnel syndrome: clinical features, diagnosis, and management". Lancet Neurology (Review). 15 (12): 1273–84. doi:10.1016/S1474-4422(16)30231-9. PMID 27751557.
  8. ^ Shiri, R (December 2014). "Hypothyroidism and carpal tunnel syndrome: a meta-analysis". Muscle & Nerve. 50 (6): 879–83. doi:10.1002/mus.24453. PMID 25204641.
  9. ^ Amadio, Peter C. (2007). "History of carpal tunnel syndrome". Dalam Luchetti, Riccardo; Amadio, Peter C. (penyunting). Carpal Tunnel Syndrome. Berlin: Springer. m/s. 3–9. ISBN 978-3-540-22387-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-17. Dicapai pada 2020-07-19.