Sistem Rel Ringan (Singapura)
Sistem Rel Ringan atau lebih dikenali dengan singkatannya LRT, merupakan satu siri sistem transit laluan pandu automatik di Republik Singapura, yang bertindak sebagai perkhidmatan penghantar ke Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT). Laluan LRT pertama telah dibuka pada 1999[2][3] dan kini ia telah berkembang kepada tiga aliran; setiap satu daripadanya memberi khidmat di estet–estet perumahan di Bukit Panjang, Sengkang dan Punggol. Setiap laluan ini mempunyai sekurang–kurangnya satu stesen pertukaran dengan MRT.
Sistem Rel Ringan سيستم ريل ريڠن | |
---|---|
Pintu masuk stesen LRT Fernvale | |
Umum | |
Nama asal |
|
Pemilik | Penguasa Pengangkutan Darat |
Kawasan perkhidmatan | |
Lokasi | ![]() |
Jenis transit | Transit laluan pandu automatik |
Jumlah laluan/aliran | 3 |
Jumlah stesen | 43 (1 tidak beroperasi) |
Bil. penumpang harian | 180,000[1] |
Operasi | |
Mula beroperasi | 06 November 1999[2] |
Pengendali |
|
Teknikal | |
Panjang sistem | 28.8 kilometer (17.9 bt) |
sunting ![]() |
Rangkaian Sistem Rel Ringan ini mempunyai 42 buah stesen dengan panjang alirannya adalah 28.8 kilometer (17.9 batu). Laluan–laluan kereta api tersebut dibangunkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), suatu badan berkanun di bawah Pemerintah Singapura. Konsesi pengendalian sistem LRT diberikan kepada syarikat berasaskan keuntungan iaitu SMRT Corporation (melalui SMRT Light Rail) dan SBS Transit, di mana para pengendali ini juga mengelolakan perkhidmatan bas dan teksi; ini menjamin terdapatnya penyepaduan penuh dalam perkhidmatan pengangkutan awam.
Kesemua laluan LRT menggunakan stok kereta api bertayar getah yang tidak mempunyai pemandu dan automatik sepenuhnya, dan ia serupa dari segi saiz dan skop dengan transit rakyat di mana ia boleh didapati di lapangan terbang di seluruh dunia. Secara keseluruhan, sistem LRT di Singapura bergerak di atas jejambat bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah dan stesen–stesennya adalah sama ada jenis bertingkat (atas jejambat) atau searas tanah.
Prasarana
suntingRangkaian laluan
suntingLaluan | Tahun dibuka | Terminal | Stesen | Panjang (km) | Depot | Pengendali | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bukit Panjang | 1999 | Choa Chu Kang | Ten Mile Junction | 14 | 7.8 | Depot Ten Mile Junction | SMRT Light Rail | |||
Sengkang | 2003 | Sengkang (Gelung Timur) | 6 | 10.7 | Depot Sengkang | SBS Transit | ||||
2005 | Sengkang (Gelung Barat) | 9 | ||||||||
Punggol | 2005 | Punggol (Gelung Timur) | 8 | 10.3 | ||||||
2014 | Punggol (Gelung Barat) | 7† | ||||||||
† tidak termasuk Teck Lee yang masih belum beroperasi. | ||||||||||
Jumlah keseluruhan: | 42[nota 1] | 28.8 |
Peta berskema laluan
suntingLihat juga
suntingRujukan
suntingCatatan
suntingUmum
sunting- ^ Christopher Tan (22 April 2017). "Bus, rail ridership soars to new high". Singapura: The Straits Times. Dicapai pada 4 Julai 2017 – melalui straitstimes.com.
- ^ a b Lee Siew Yeen. "Light Rail Transit". Lembaga Perpustakaan Negara. Dicapai pada 8 Julai 2017 – melalui nlb.gov.sg.
- ^ "Bukit Panjang LRT". SGTrains. Dicapai pada 8 Julai 2017 – melalui sgtrains.com.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons ada media yang berkaitan: |
Pautan rasmi
sunting- Lelaman rasmi Penguasa Pengangkutan Darat
- Lelaman rasmi pengendali LRT: SBS Transit SMRT Corporation
Pautan berkaitan
sunting- Maklumat mengenai MRT dan LRT di UrbanRail.net
- Aplikasi mudah alih LTA di Gedung Google Play dan Apple App