Sisyphos (Bahasa Yunani Purba: Σίσυφος Sísyphos, Latin dan Inggeris: Sisyphus) suatu watak raja dalam mitologi Yunani yang dikatakan menguasai sebuah kerajaan bernama Ephyra (kini Korinthos).

Sisyphus depicted on a black-figure amphora vase
Gambaran Persephone memerhatikan Sisyphos membawa batu besar dalam amfora Attike s. 530 SM, Staatliche Antikensammlungen[1]

Penceritaan

sunting

Dia diceritakan putera kepada Aiolos dan Enarete yang menguasai kerajaan Thessalia.[2] Apabila dia mengambil alih takhta ayahnya, dia diceritakan berkuasa kuku besi membunuh pengunjung ke pulaunya sesuka hati sehinggakan mendatangkan kemarahan kepada dewa-dewi.

Helah kepada Zeus dan Ares

sunting

Zeus mengarahkan Thanatos merantai di gaung besar Tartaros tetapi malangnya tidak ditemani Kharon si pemandu roh ke alam si mati. Sisyphos mengambil kesempatan ini berpura-pura menanyakan Thanatos mengenai rantainya dan memujuknya melihat rantai itu dengan dekat. Thanatos memberi rantai itu kepada Sisyphos yang mengambil peluang ini segera menambat Thanatos lantas manusia tidak mati di alam mereka. Hal ini akhirnya diketahui Ares si dewa perang yang hairan kenapa manusia seakan masih kebal bertarung dalam peperangan berbahaya; dia membebaskan Thanatos sejurus melihat keadaannya dan menangkap Sisyphos.[3]

Hades pula sukarelanya merantai diri bersama Sisyphos tetapi ia pula menyebabkan haiwan tidak dapat dikorbankan maka dewa-dewi membenarkan Hades bebas.[4] Sebagai ganti pula, Hades menghukum Sisyphos mengguling sebuah batu besar naik bukit curam di gaung Tartaros[5][6][7] sepadan keangkuhannya menyamakan kebijaksanaan diri dengan dewa Zeus selain kerana penglibatannya membina istana di Akrokorinthos; Hades sambil itu sengaja menyumpah batu besar itu mengguling jauh dari Sisyphos sehingga memaksa Sisyphos menjalankan semula kerja hukumannya.[8][9]

Hubungan dengan Odysseus

sunting

Ada cerita yang menyatakan Sisyphos sebagai bapa kandung sebenar Odysseus selepas berhubungan dengan Antikleia sama ada meniduri ataupun merogolnya.[10][11] Ada juga cerita yang menyatakannya datuk Bellerophon[12][13] dan Minyas pengasas Orkhomenos[14] atau bapa Minyas sendiri.[15]

Rujukan

sunting
  1. ^ museum inv. 1494
  2. ^ Apollodoros, 1.7.3 Diarkibkan 8 Mei 2022 di Wayback Machine
  3. ^ Morford & Lenardon 1999, m/s. 491.
  4. ^ "Ancient Greeks: Is death necessary and can death actually harm us?". Mlahanas.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2014. Dicapai pada 2014-02-19.
  5. ^ Apollodoros, 1.9.3 Diarkibkan 2 April 2022 di Wayback Machine
  6. ^ "Homeros, Odyssey, 11.13". Perseus Digital Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 March 2023. Dicapai pada 2014-10-09.
  7. ^ Homeros, Odýsseia, 11.593
  8. ^ Brunel, Pierre; Bastian, Aeneas (2004). Sisyphe (dalam bahasa Perancis). Paris: Du Rocher. m/s. 25. ISBN 9782268050102.
  9. ^ Pausanias, 10.31
  10. ^ Hyginus, Fabulae 201; Ploutarkhos, Quaestiones Graecae 43; Suida, s.v. Sisyphus Diarkibkan 25 Februari 2021 di Wayback Machine
  11. ^ Sabbathier, François (1767). Dictionnaire pour l'intelligence des auteurs classiques, grecs et latins: tants sacrés que profanes, contenant la géographie, l'histoire, la fable, et les antiquités (dalam bahasa Perancis). 3. Châlons-sur-Marne: Seneuze, Delalain, Barbou & Hérissant. m/s. 47.
  12. ^ Apollodoros, 1.9.3 Diarkibkan 2 April 2022 di Wayback Machine
  13. ^ Homeros, Iliad 6.152 ff.
  14. ^ Ulasan Apollonios dari Rodos dalam Argonautika 3.1553
  15. ^ Ulasan Homeros dalam Iliad, 2.511
Sumber

Pautan luar

sunting