Skhoinos
dalam hieroglif
M17X1
D21
G43N35BN36
N21 Z1

Skhoinos (Latin: schœnus; Yunani: σχοίνος, skhoinos, har. "tali rumput purun"; Bahasa Mesir: i͗trw, har. "jangka sungai") ialah sejenis unit untuk mengukur panjang dan luas Mesir, Yunani dan Rom purba dengan menggunakan tali bersimpul dan pertama kali digunakan dalam ilmu ukur Mesir.

Panjang sunting

Orang Yunani, yang menerima pakainya daripada orang Mesir, amnya menganggap skhoinos sama dengan 40 stadion (1 stadion = 150m – 210m), tetapi skhoinos dan stadion tidak mempunyai nilai tetap, dan setiap kawasan mempunyai nilai sendiri. Strabo menyatakan bahawa ia juga berbeza-beza mengikut rupa bumi, dan apabila beliau "mendaki bukit, ukuran skhoinos ini tidak seragam di semua tempat, sehingga nombor yang sama kadang-kadang menjadi panjang yang lebih besar dan kurang benar, kelainan yang berasal dari awal zaman dan wujud pada zaman kita." Herodotus (2.6 dan 2.149) berkata, bahawa skhoinos adalah 60 stadion atau kira-kira 10.5 kilometer (6.5 bt).[1] Ini selaras dengan jarak yang dibayangkan oleh Triakontaskhoinos yang menjangkau ke selatan Riam Pertama di Nubia era Rom.[2] Plinius yang Tua 5.11 berkata ia iaitu 30 stadion. Strabo 17.1.24 pula berkata mengikut tempat, antara 30 dan 120 stadion. Isidore dari Kharaks menyatakan—dalam buku Jalan Partia beliau—adalah antara 4.7 dan 5.5 kilometer, tetapi nilai yang tepat masih menjadi diperdebat kerana ralat dalam beberapa jarak yang beliau berikan.[3][4]

Skhoinion Byzantium atau "skhoinos kecil" (σχοινιον, skhoinion) ialah 20000 kaki Yunani atau 33⅓ stadion.[5]

Keluasan sunting

Orang Rom juga menggunakan skhoinos sebagai unit keluasan, bersamaan dengan actus quadratus atau separuh jugerum (2,523 m2 (27,160 ka2)) dibentuk dengan segi empat sama dengan sisi 120 kaki Romawi. Papan gangsa Heraklius menasihatkan bahawa setiap skhoinos harus ditanam dengan 4 pokok zaitun dan beberapa pokok anggur, atau pesalah akan dikenakan denda.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ The Histories. OUP Oxford. March 5, 1998. ISBN 978-0-19-158955-3 – melalui Google Books.
  2. ^ Fage, J. D.; Clark, John Desmond; Oliver, Roland Anthony (1975). The Cambridge History of Africa (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-21592-3.
  3. ^ Edwell, Peter (December 2007). Between Rome and Persia: The Middle Euphrates, Mesopotamia and Palmyra Under Roman Control (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-134-09573-5.
  4. ^ Bell, Gertrude; Mason, Fergus (2 June 2014). Amurath to Amurath: Includes Biography of Gertrude Bell (dalam bahasa Inggeris). BookCaps Study Guides. ISBN 978-1-62917-285-9.
  5. ^ Byzantine Measures.
  6. ^ Ridgeway, William (1892). The Origin of Metallic Currency and Weight Standards (dalam bahasa Inggeris). CUP Archive.