Bahasa Mesir ialah sebuah bahasa Afro-Asia yang ditutur ketika zaman Mesir Purba. Bahasa ini bertahan sampai abad ke-5 Masihi dalam bentuk bahasa Demotik dan sampai abad ke-17 dalam bentuk bahasa Qibti. Catatan tertulis bahasa Mesir bermula daripada tahun 3200 SM, menjadikan bahasa ini sebagai bahasa tertulis yang tertua. Bahasa kebangsaan Mesir kini ialah bahasa Arab yang menggantikan bahasa Qibti secara beransur-ansur sebagai bahasa seharian selama berabad-abad setelah penaklukan Islam di Mesir. Meskipun begitu, bahasa itu masih digunakan sebagai bahasa liturgi oleh Gereja Ortodoks Koptik dan Gereja Katolik Koptik, serta menjadi bahasa ibunda sebilangan orang.

Bahasa Mesir
r n km.t
r
Z1
nkmmt
O49
KawasanMesir Purba
PupusBerkembang menjadi bahasa Demotik pada 600 SM, ke Qibti pada 200 M, dan pupus sebagai bahasa seharian pada abad ke-17. Bahasa Qibti kekal sebagai bahasa liturgi Gereja Katolik Koptik.
Afro-Asia
  • Bahasa Mesir
Hieroglif Mesir, hieroglif kursif, hieratik, demotik dan Qibti (kemudian, kadang-kadang dalam abjad Arab dalam terjemahan kerajaan)
Kod bahasa
ISO 639-2egy
ISO 639-3Salah satu:
egy – Bahasa Mesir
cop – Bahasa Qibti
Linguasphere11-AAA-a
Papirus Ebers yang menerangkan rawatan asma.

Kronologi sunting

Golongan pakar bahasa membahagikan bahasa Mesir kepada enam tahap seperti di bawah:[1]

Mesir Lama, Pertengahan dan Akhir semuanya ditulis menggunakan sistem tulisan hieroglif dan hieratik. Demotik ialah nama tulisan yang berasal daripada hieratik, bermula pada abad ke-7 SM.

Abjad Qibti berasal daripada abjad Yunani, dengan penyesuaian untuk bunyi-bunyi bahasa Mesir. Ia mula-mula berkembang pada zaman Ptolemaik, dan secara beransur-ansur menggantikan tulisan Demotik sekitar abad ke-4 hingga ke-5 TM.

 
Rajah penggunaan pelbagai bahasa Mesir mengikut zaman dan laras linguistik

Mesir Lama sunting

 
Bekas meterai daripada makam Seth-Peribsen, dengan ayat paling lengkap tertua yang diketahui dalam bahasa Mesir.

Nama "Mesir Kuno/Arkaik" kadangkala hanya digunakan untuk hieroglif yang paling awal, dari akhir alaf ke-4 hingga awal alaf ke-3 SM. Pada peringkat terawal, sekitar 3300 SM,[2] hieroglif belum lagi sistem tulisan yang lengkap dan masih sedang beralih daripada peringkat tulisan purba; lama-kelamaan pada abad ke-27 SM, ciri-ciri tatabahasa seperti pembentukan nama keturunan mula muncul.[3][4]

Mesir Lama ditarikhkan berdasarkan ayat lengkap diketahui, termasuk kata kerja finitum, yang telah ditemui. Ditemui di makam Seth-Peribsen (s. 2690 SM), bekas meterai baginda berbunyi:

d
D
n
f
N19
n
G38
f
M23 L2
t t
O1
F34
s
n
d(m)ḏ.n.f tꜣ-wj n zꜣ.f nsw.t-bj.t(j) pr-jb.sn(j)
menyatukan.SMP.dia(l)[5] tanah.dua untuk anak lelaki.miliknya(l) rusiga-lebah rumah-jantung.mereka
"Baginda telah menyatukan Kedua-dua Tanah untuk puteranya, Raja Berganda Peribsen."[6]

Teks-teks panjang mula muncul sekitar 2600 SM.[7] Teks-teks Piramid merupakan koleksi penulisan yang terbesar dari fasa bahasa ini. Satu ciri uniknya ialah menggandakan simbol ideogram, fonogram dan penentu sebanyak tiga kali untuk menandakan kata majmuk. Ia serupa dengan Mesir Pertengahan tetapi berdasarkan dialek yang berbeza.

Semasa zaman dinasti ke-3, sekitar 2650 hingga 2575 SM, tulisan hieroglif menjadi lebih teratur. Sistem tulisan itu kekal sama sehinggalah ia digantikan oleh Qibti sekitar abad ketiga dan keempat. Bilangan simbol yang digunakan dalam hieroglif kekal sekitar 700 selama lebih daripada 2000 tahun.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Bard, Kathryn A.; Steven Blake Shubert (1999). Encyclopedia of the Archaeology of Ancient Egypt. Routledge. m/s. 325. ISBN 978-0-415-18589-9.
  2. ^ Richard Mattessich, "Oldest writings, and inventory tags of Egypt", Accounting Historians Journal, 2002, Vol. 29, No. 1, pp. 195–208.
  3. ^ Richard Mattessich (2002). "The oldest writings, and inventory tags of Egypt". Accounting Historians Journal. 29 (1): 195–208. doi:10.2308/0148-4184.29.1.195. JSTOR 40698264. S2CID 160704269.
  4. ^ Allen (2013:2f.)
  5. ^ Werning, Daniel A. (2008) "Aspect vs. Relative Tense, and the Typological Classification of the Ancient Egyptian sḏm.n⸗f" in Lingua Aegyptia 16, p. 289.
  6. ^ Allen (2013:2) citing Jochem Kahl, Markus Bretschneider, Frühägyptisches Wörterbuch, Part 1 (2002), p. 229.
  7. ^ Allen (2013:2f.)
  8. ^ "Hieroglyph | writing character". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 December 2018.

Pautan luar sunting