Buka menu utama

Wikipedia β

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang

Solat fardu ialah solat yang diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak lima kali sehari pada waktu-waktu tertentu menurut rukun solat yang ditentukan.

Waktu-waktu Solat Fardu:Sunting

Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat adalah seperti berikut:

  1. Solat subuh - bermula dari fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. - 2 rakaat.
  2. Solat zohor - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. - 4 rakaat.
  3. Solat asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. - 4 rakaat.
  4. Solat maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. - 3 rakaat.
  5. Solat isyak - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. - 4 rakaat.

Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:

  1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
  2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
  3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
  4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
  5. Ketika masuk matahari.

Solat fardu lima waktu sehari semalam ialah ibadat yang paling asas dalam Islam. Penganut agama Islam percaya bahawa di Akhirat kelak, amalan yang pertama sekali disoal ialah solat. Sekiranya solat seseorang itu sempurna, maka barulah ditanyakan amalan-amalan yang lain. Jika gagal, maka gagallah amalan-amalan yang lain seperti puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekalipun, jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib, dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi umat Islam yang bermusafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Perbuatan sunat sebelum solat:

  1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak ialah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
  2. Iqamah.
  3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.

RujukanSunting