Song Hye-kyo
Song Hye-kyo (lahir 22 November 1981) ialah seorang pelakon wanita Korea Selatan. Beliau meraih populariti menerusi drama Autumn in My Heart (2000), All In (2003), Full House (2004), Worlds Within (2008), That Winter, the Wind Blows (2013), Descendants of the Sun (2016) dan Encounter (2018).
Song Hye-kyo | |
---|---|
Kelahiran | Song Hye-kyo 22 November 1981 |
Warganegara | Korea Selatan |
Pendidikan | Universiti Sejong |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1996–sekarang |
Ejen | United Artists Agency |
Pasangan | Song Joong-ki (k. 2017) |
Laman web rasmi | Laman web |
Kerjaya
sunting1996–2004
suntingPada tahun 1996, Song yang berumur 14 tahun ketika itu memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Model Smart SunKyung dan beliau membuat penampilan hiburan pertamanya sebagai seorang model untuk syarikat tersebut.[1] Beliau kemudiannya diberikan peranan kecil di dalam drama First Love. Beliau terus muncul di dalam pelbagai drama dan sitkom termasuk Soonpoong Clinic sebelum mula dikenali selepas membintangi drama KBS, Autumn in My Heart pada tahun 2000.
Pada tahun 2003, populariti Song terus meningkat selepas beliau membintangi bersama Lee Byung-hun di dalam drama All In. Drama ini mencapai rating agihan penonton setinggi 47.7%. Pada tahun berikutnya, beliau membintangi bersama Rain di dalam drama romantik komedi, Full House. Drama ini terkenal di Asia dan menjadikan Song sebagai salah seorang pelakon wanita Korea paling terkenal di Asia.
2005–2012
suntingPada awal tahun 2005, beliau menetap di San Francisco untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan kemudiannya di Seattle.[2] Pada tahun yang sama, Song membuat penampilan filem pertamanya di dalam My Girl and I (sebuah buatan semula filem Crying Out Love in the Center of the World).
Beliau kembali berlakon pada tahun 2007 di dalam adaptasi filem Hwang Jin Yi.[3] Jun Ji-hyun dan Soo Ae merupakan pilihan asal penerbit untuk melakonkan watak Hwang Jin-yi sebelum Song dipilih.[4] Setahun kemudian, beliau membuat penampilan Amerika Syarikat pertamanya di dalam filem indie Hollywood, Make Yourself at Home (sebelum ini bertajuk Fetish).[5]
Beliau kembali berlakon dalam TV pada lewat tahun 2008 menerusi drama Worlds Within yang juga dibintangi Hyun Bin.[6] Pada tahun 2010, beliau membintangi filem antologi Camellia yang terdiri daripada tiga filem pendek. Song muncul di dalam segmen terakhir filem ini, Love for Sale bersama Kang Dong-won.[7]
Song kemudiannya membintangi filem A Reason to Live dimana selepas beberapa kali ditangguhkan, filem ini akhirnya ditayangkan pada bulan Oktober 2011.[8] Pada tahun 2011, beliau menjadi pelakon wanita Asia pertama untuk menandatangani kontrak bersama agensi global Perancis, Effigies.[9] Song juga melakonkan watak sokongan di dalam filem The Grandmaster.[10]
2013–sekarang
suntingSong bersatu kembali bersama penulis dan pengarah Worlds Within untuk drama That Winter, the Wind Blows, sebuah buatan semula drama Jepun tahun 2002, Ai Nante Irane Yo, Natsu ("I Don't Need Love, Summer"). Untuk persembahan lakonannya di dalam drama ini, Song memenangi Daesang (atau "Anugerah Utama") di Anugerah Bintang APAN ke–2.[11]
Pada tahun 2014, Song bersatu kembali bersama Kang Dong-won di dalam filem My Brilliant Life, adaptasi novel Kim Aeran bertajuk My Palpitating Life.[12] Song membintangi filem China keduanya, The Crossing diarahkan oleh John Woo. Song membintangi sebuah lagi filem China pada tahun 2015, The Queens.[13]
Pada tahun 2016, Song membintangi drama romantik komedi, Descendants of the Sun bersama-sama Song Joong-ki.[14] Drama ini mencapai populariti luar biasa di Korea Selatan dengan episod terakhir merekodkan rating agihan penonton setinggi 41.6% dan juga di China dimana ia ditonton 2.5 bilion menerusi laman iQiyi.[15] Song memenangi Daesang di Anugerah Drama KBS 2016.[16]
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2005 | My Girl and I | Bae Su-eun |
2007 | Hwang Jin Yi | Hwang Jin-yi |
2008 | Make Yourself at Home | Sookhy |
2010 | Camellia – "Love for Sale" | Bo Ra |
2011 | Countdown | Wanita cantik (kameo) |
A Reason to Live | Da Hae | |
2013 | The Grandmaster | Zhang Yongcheng |
2014 | My Brilliant Life | Mi Ra |
The Crossing: Part 1 | Zhou Yunfen | |
2015 | The Queens | Annie |
The Crossing: Part 2 | Zhou Yunfen |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
1995 | New Generation Report: Adults Don’t Know | Peranan kecil | KBS2 |
1996–1997 | First Love | Pelajar | |
1997 | Happy Morning | Oh Ye-boon | |
Beautiful Face | Peranan kecil | SBS | |
70-minute Drama: When They Met | Pelakon tambahan | ||
One of a Pair | MBC | ||
1997–1998 | Wedding Dress | Cucu | KBS2 |
1998–1999 | Six Siblings | Choi Eun-shil | MBC |
1998–2000 | Soonpoong Clinic | Oh Hye-kyo | SBS |
1998 | White Nights 3.98 | Hong Jung-yeon (muda) | |
Deadly Eyes | Oh Jung-ah | ||
1998–1999 | How Am I? | Ye Rin | |
1999–2000 | Marching | Song Hye-kyo | |
Sweet Bride | Kim Young-hee | ||
2000 | Autumn in My Heart | Yoon / Choi Eun-seo | KBS2 |
2001 | Hotelier | Kim Yoon-hee | MBC |
Guardian Angel | Jung Da-so | SBS | |
2003 | All In | Min Su-yeon | |
Sunlight Pours Down | Ji Yeon-woo | ||
2004 | Full House | Han Ji-eun | KBS2 |
2008 | Worlds Within | Joo Joon-young | |
2013 | That Winter, the Wind Blows | Oh Young | SBS |
2016 | Descendants of the Sun | Kang Mo-yeon | KBS2 |
2018 | Boyfriend | Cha Soo-hyun | tvN |
Video muzik
suntingTahun | Lagu | Artis |
---|---|---|
1996 | "This Promise" | Kim Soo-keun |
2000 | "Curious Destiny" | Shin Sung-woo |
"Once Upon a Day" | Kim Bum-soo |
Rancangan televisyen dan radio
suntingTahun | Rancangan | Peranan | Saluran |
---|---|---|---|
1998 | Inkigayo Live 20 | Pengacara bersama Park Soo-hong | SBS |
1999-2000 | Our Happy Saturday | Pengacara | |
2000 | Music Bank | Pengacara bersama Lee Hwi-jae | KBS |
2001 | Mnet KM Music Festival | Pengacara bersama Cha Tae-hyun | Mnet |
2007 | She's Olive: Song Hye-kyo in Paris | Diri sendiri | O'live |
2009 | Good Morning Panda (Dokumentari) | Pencerita | EBS |
2016 | May, the Children (Dokumentari) | KBS1 |
Diskografi
suntingTahun | Tajuk | Nota |
---|---|---|
2012 | "Switch: Be White" | duet bersama John Park (single) |
Rujukan
sunting- ^ "Top 5 female hallyu stars whose look barely changed over time". The Korea Herald. 19 Jun 2014. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ "Song Hye-gyo to Resume Acting Soon". KBS Global. 17 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-16. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ "Song Hye-kyo Sheds Cute Image for Gisaeng Role". The Chosun Ilbo. 27 Mac 2007. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ "New Song picked for Hwang Jin Yi". Korea JoongAng Daily. 17 April 2007. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ "Song Hye-kyo Reveals a Dark Side in New Movie". The Chosun Ilbo. 23 November 2010. Dicapai pada 12 September 2018.
- ^ "Song Hye-kyo Goes Behind the Scenes in New Drama". The Chosun Ilbo. 25 Oktober 2008. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Gang Dong-won, Song Hye-kyo start filming Love". 10Asia. 25 Oktober 2008. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Song Hye-kyo's new film to open in theaters next month". 10Asia. 6 September 2011. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Song Hye Gyo Signs Contract with Global Agency in France". Soompi. 21 Oktober 2011. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Song Hye-kyo to appear in Wong Kar-wai biopic". 10Asia. 21 Disember 2009. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Song wins top Star award". Korea JoongAng Daily. 18 November 2013. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Kang, Song Hye-kyo to star in new film". The Korea Times. 4 Disember 2013. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "BUSAN: Song Hye-kyo to Reign in Desen Media's Queens". Variety. 4 Oktober 2014. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Song Hye-kyo, Song Joong-ki pair up for new drama". The Korea Herald. 2 April 2015. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Descedants of The Sun ends on massive ratings high". The Chosun Ilbo. 15 April 2016. Dicapai pada 13 September 2018.
- ^ "Song Hye-kyo poses with Song Joong-ki at KBS Drama Awards". K-pop Herald. 4 Januari 2017. Dicapai pada 13 September 2018.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Song Hye-kyo |