Seattle adalah bandar pelabuhan dan terbesar di barat laut Amerika Syarikat. Bandar ini terletak di negeri Washington di antara Puget Sound dan Tasik Washington, lebih kurang 170 km dari selatan sempadan Kanada-Amerika Syarikat.

Pusat bandar Seattle dari Kerry Park. Space Needle adalah struktur tertinggi dalam gambar ini.

Kawasan Seattle sudah didiami manusia sejak 4,000 tahun[1], akan tetapi penempatan bangsa Eropah hanya bermula pada pertengahan kurun ke-19. Penempatan tetap kulit putih yang pertama terbentuk dengan kedatangan kumpulan yang diketuai oleh Arthur A. Denny pada 13 November 1851. Penempatan-petempatan awal di kawasan ini dipanggil "New York-Alki" ("Alki" bermaksud "bye and bye" dalam bahasa kaum pribumi Amerika Syarikat Chinook) dan "Duwamps". Pada tahun 1853, Doc Maynard mencadangkan nama "Seattle", yang diambil dari nama Inggeris salah seorang ketua kaum pribumi tempatan.

Bandar ini mempunyai populasi seramai 4.1 juta bagi kawasan metropolitan (2022). Kawasan metropolitan Seattle dikenali sebagai Puget Sound, juga termasuk Tacoma, Bellevue dan Everett. Dari tahun 1869 sehingga 1982, Seattle dikenali sebagai "Kota Permaisuri"[2]. Kini, bandar ini secara rasmi diberi nama "Kota Zamrud", yang merujuk kepada kehijauan kawasan persekitaran. Seattle juga dikenali sebagai "Gerbang ke Alaska", "Kota Hujan" dan "Kota Jet" kerana di sini juga terletak ibu pejabat Boeing. Syarikat lain yang beribu pejabat di sini adalah gergasi perisian komputer Microsoft dan kedai kopi Starbucks.

Seattle menjadi tuan rumah kepada sidang Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada tahun 1999 yang menyaksikan demonstrasi anti-globalisasi. Bandar ini juga terkenal sebagai tempat kelahiran budaya grunge.

Ikon bandar ini yang paling terkenal adalah menara Space Needle yang didirikan pada tahun 1962. Space Needle sering dilihat dalam siri TV seperti Frasier, Grey's Anatomy serta filem-filem seperti Sleepless in Seattle.

Pendidikan

sunting

Antara pusat pendidikan tinggi di bandar ini adalah:

  • University of Washington (disebut "UW" atau "Udab")
  • Seattle University
  • Seattle Pacific University
  • City University
  • Antioch University
  • Arts Institute of Seattle
  • Seattle Community College yang terdiri dari tiga cabang: Utara, Tengah dan Selatan.

Nota kaki

sunting
  1. ^ Doree Armstrong (2007-10-04). "Feel the beat of history in the park and concert hall at two family-friendly events". Seattle Post-Intelligencer. Dicapai pada 2007-11-01. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Greg Lange (1998-11-04). "Seattle receives epithet Queen City in 1869". HistoryLink. Dicapai pada 2007-10-26.

Pautan luar

sunting