Sony Xperia Z merupakan telefon pintar skrin sentuh Android berprestasi tinggi[6] yang direkabentuk, dibangunkan dan dipasarkan oleh Sony.

Sony Xperia Z
Sony Xperia Z hitam
JenamaSony
PengilangSony Mobile Communications
Cogan kata"Alami yang terbaik oleh Sony dalam satu telefon pintar."
RentetanSony Xperia
Rangkaian serasiGSM/GPRS/EDGE 850/900/1800/1900
HSPA+ 800/850/900/1700/1900/2100
LTE 800/850/900/1500/1800/2100/2600
(Spesifikasi rangkaian berbeza mengikut model)
Julung diedarkan9 Februari 2013; 11 tahun yang lalu (2013-02-09)
Ketersediaan mengikut rantau
Senarai tarikh
  • 9 Februari 2013; 11 tahun yang lalu (2013-02-09) (Jepun, varian SO-02E eksklusif untuk NTT DoCoMo) 1 Mac 2013; 11 tahun yang lalu (2013-03-01) (Singapura, UK) 12 Mac 2013; 11 tahun yang lalu (2013-03-12) (India) 13 Mac 2013; 11 tahun yang lalu (2013-03-13) (Australia) 14 Mac 2013; 11 tahun yang lalu (2013-03-14) (New Zealand) 15 Mac 2013; 11 tahun yang lalu (2013-03-15) (Malaysia)
PendahuluSony Xperia T & Sony Xperia TX
PenggantiSony Xperia Z1
BerkaitanSony Xperia ZL
Sony Xperia ZR
Sony Xperia Z Ultra
JenisTelefon pintar skrin sesentuh
Penjadi rupaKepingan
Ukuran139 mm (5.5 in) H

71 mm (2.8 in) W

7.9 mm (0.31 in)[1]
Jisim146 g (5.15 oz)
Sistem pengendalianAndroid 4.1.2 Jelly Bean (asal)[1]

Android 4.2.2 Jelly Bean [2] (sejak Jun 2013)
Android 4.3 Jelly Bean [3] (Sejak Disember 2013)
Android 4.4.2 KitKat (sejak Mei 2014)
Android 4.4.4 KitKat (sekarang, sejak September 2014)[4]

Android 5.0 Lollipop [3] (kemas kini dirancang)
Sistem atas cipQualcomm Snapdragon S4 Pro APQ8064
CPU1.5 GHz empat teras Krait (1.5 GHz Qualcomm APQ8064+MDM9215M Empat Teras)[5]
GPUAdreno 320
Ingatan2 GB RAM[1]
Storan16 GB
Storan bolehtanggalmicroSDHC sehingga 32 GB (rasmi)[6]
microSDXC sehingga 64 GB (tidak rasmi)[7]
BateriLi-ion 2330 mAj terbina dalam[8]
PaparanTFT 5 in (130 mm) pepenjuru
1920x1080 px (441 ppi)
Kamera belakang13.1 MP dengan denyar LED rakaman video 1080p dengan HDR @ 30 bingkai sesaat, zum digital 16x
Kamera depan2.2 MP[6] (rakaman video 1080p)
KetersambunganWi-Fi

DLNA
Miracast
GPS/GLONASS
NFC
Bluetooth 4.0
MHL
HDMI (via MHL)

Pemancar IR (varian SO-02E sahaja)
Masukan dataSkrin sesentuh kapasitif berbilang sentuhan, pengesan kehampiran[6]
LainTerdapat dalam warna hitam, ungu dan putih
IP55 / IP57 (perlindungan daripada habuk, pancuran air & kalis air)[6]
1seg (varian SO-02E sahaja)
Osaifu-Keitai (varian SO-02E sahaja)
NOTTV (varian SO-02E sahaja)
POBox Touch 5.4 (varian SO-02E sahaja)
Rujukan[9]

Telefon tersebut telah diumumkan oleh Sony semasa CES 2013 dan dilancarkan pada 9 Februari 2013 di Jepun dan 1 Mac 2013 di Singapura dan UK, dan 15 Mac 2013 di Malaysia. Xperia Z asalnya didatangkan dengan sistem pengendalian Android 4.1.2 (Jelly Bean). Telefon pintar ini memperoleh Penarafan Perlindungan Kemasukan IP55 dan IP57, menjadikannya terlindung daripada habuk, pancuran air bertekanan rendah, dan kalis air, yang membolehkannya direndam dalam semeter air sehingga 30 minit, serta menampilkan pengesan kamera Exmor RS 13.1 MP di samping paparan HD penuh (1080p), dirangkumi dalam reka bentuk 'Omni-Balance' Sony.

Bersama-sama telefon pintar ini, Sony turut menampilkan satu varian yang dipanggil Sony Xperia ZL yang menggunakan perkakasan yang sama seperti Xperia Z, tetapi mengorbankan sifat kalis air untuk kerangka yang lebih kecil, butang kamera fizikal serta pemancar inframerah.

Pada Jun 2013 Sony menampilkan satu versi phablet bagi Xperia Z, dipanggil Sony Xperia Z Ultra.

Penggantinya, Sony Xperia Z1, dilancarkan pada 20 September 2013.

Reka bentuk

sunting
 
Butang kuasa Xperia Z

Sony Xperia Z merupakan rekaan berbentuk kepingan segiempat tepat yag menandakan peralihan daripada rekaan 2012 Sony.[10] Rekaan ini dipanggil "Omni-Balance", menurut Sony, yang tertumpu kepada menghasilkan keseimbangan dan simetri dalam semua arah.[11] Xperia Z mempunyai bucu berlengkuk dan permukaan licin dan memantul pada semua sudut, yang disokong bersama oleh satu kerangka yang diperbuat daripada gentian kaca poliamida. Telefon ini menampilkan kaca bajaan yang disaluti filem kalis derai di hadapan dan belakang. Butang kuasa aluminium ditempatkan di sebelah kanan peranti. Lokasi tersebut didakwa memudahkan operasi sebelah tangan.[12] Penampilan metalik dan kedudukan butan kuasa tersebut diinspirasikan daripada rekaan korona jam mewah.[13] Telefon ini boleh didapati dalam tiga warna, iaitu hitam, putih dan ungu.

Perkakasan

sunting

Ukuran dimensi telefon dicatatkan sebagai 139 x 71 x 7.9 mm dan beratnya ialah 146 gram (termasuk bateri). Ia didatangkan dengan bateri litium-ion terbina dalam, berkadaran 2330 mAj.

Xperia Z menampilkan kamera belakang 13.1 megapiksel dengan pengesan Exmor RS, denyar, penstabil imej, HDR, pengesanan wajah (dengan pengurangan kesan mata merah), Sweep Panorama, pengenalan latar dan zum digital 16x, serta kamera hadapan 2.2 megapiksel dengan pengesan Exmor R. Kedua-dua kamera boleh merakam video pada resolusi/leraian gambar 1080p.[5]

Telefon pintar ini mempunyai skrin sesentuh kapasitif bersaiz 5", dan resolusinya ialah 1920x1080 piksel (1080p) pada 443 ppi, dengan 16 juta warna. Skrinnya menggunakan Mobile Bravia Engine 2 Sony untuk menambah baik gambar. Sebagai tambahan, Xperia Z mempunyai cipset Qualcomm Snapdragon S4 Pro, 2 GB RAM, 16 GB storan dalaman ingatan kilat (dengan lebih kurang 11 GB yang boleh digunakan oleh pengguna) dan slot kad microSD yang boleh menerima kad sehingga 64 GB.

Xperia Z mempunyai lubang audio 3.5 mm untuk fon kepala, sokongan GPS dan GLONASS, Bluetooth 4.0, Wi-Fi, HDMI (melalui MHL), MirrorLink 1.0, Miracast dan NFC, di samping memperoleh penarafan DLNA. Di Jepun, ia turut didatangkan dengan pemancar inframerah.

Telefon ini dilitupi di bahagian hadapan dan belakang oleh kaca bajaan, yang mana kaca hadapan menggunakan Kaca Dragontrail oleh Asahi Glass Company yang dilekatkan pada LCD menggunakan resin, manakala kaca belakang pula dari jenis Corning Gorilla Glass.[14][15][16]

Perisian

sunting

Xperia Z asalnya menggunakan Android 4.1.2 Jelly Bean dengan pelancar ubah suai Sony serta beberapa aplikasi tambahan, seperti aplikasi media Sony (Walkman, Album dan Video). Peranti ini memperoleh kemas kini pada 24 Jun 2013, kepada Android 4.2.2 Jelly Bean.[2] Pada Disember 2013, kemas kini perisian Android 4.3 Jelly Bean dikeluarkan untuk peranti Xperia Z. Pada Mei 2014, kemas kini Android 4.4.2 KitKat dikeluarkan, dan seterusnya pada September 2014, kemas kini Android 4.4.4 KitKat dikeluarkan, dan ia merupakan kemas kini perisian terkini oleh Sony.

Pada 16 Oktober 2014, Sony melaporkan bahawa ia akan mengemas kini keseluruhan barisan peranti Xperia Z kepada Android 5.0 Lollipop, bermula awal 2015, bagi peranti Xperia Z3 dan Xperia Z2, manaka yang lainnya akan menyusul tidak lama kemudian.[17]

Keserasian rangkaian

sunting

Jadual berikut menyenaraikan jalur gelombang UMTS dan LTE yang disokong.

Model FCC id Jalur UMTS Jalur LTE Pembawa/kawasan
C6602 PY7PM-0280 1, 2, 4, 5, 8 Tiada[18] Seluruh dunia
C6603 PY7PM-0270 1, 5, 8 1, 3, 5, 7, 8, 20[18] Seluruh dunia
C6606 PY7PM-0520 1, 2, 4, 5, 8 4 T-Mobile USA
C6616 PY7PM-0520 1, 2, 4, 5, 8 4 Bell Canada[19]
SO-02E PY7PM-0220 1, 5, 6, 19 1, 19, 21 NTT DoCoMo

Kesemua varian menyokong keempat-empat jalur 2G GSM 850/900/1800/1900.

Xperia Z dilancarkan dengan Android 4.1.2 dengan kulit ubah suai Sony di atasnya dan kemas kini ke Android 4.4.4 KitKat sudah dilancarkan. NFC juga merupakan satu ciri teras peranti, membenarkan satu sentuhan untuk mencerminkan apa yang ada pada telefon pintar tersebut pada TV yang serasi ataupun memainkan lagu pada pembesar suara tanpa wayar NFC. Tambahan pula, Xperia Z turut menyertakan mod stamina bateri[6] yang dipercayai mampu meningkatkan masa sedia sehingga4 kali ganda.[20]

Badannya diperbuat daripada gentian kaca poliamida.[21] Ia memperoleh penarafan piawaian IP55 dan IP57 dan ia dilindungi daripada habuk, pancuran air bertekanan rendah, dan kalis air, membolehkannya direndam dalam air sedalam 1 meter sehingga 30 minit.[22]

Beberapa aplikasi Google (seperti Google Chrome, Google Play, carian Google (dengan suara), Google Maps dan Google Talk) turut dipasang.

Penerimaan dan jualan

sunting

Xperia Z memperoleh reviu positif kebanyakannya daripada pengkritik. Damien McFerren daripada CNET memberikan telefon tersebut 4 bintang setengah daripada lima dan berkata "Sony Xperia Z menggabungkan rupa, prestasi dan ketersambungan untuk menghasilkan satu diantara pengalaman Android yang paling menarik hati yang jarang kita lihat. Sayangnya tiada Android 4.2 semasa pelancaran, dan skrin 5 inci itu tidak sesuai untuk semua orang, tetapi tiada komplen lain. Ia sememangnya telefon terbaik Sony setakat ini, dan ia juga merupakan antara telefon Android terbaik pernah dilancarkan".

Android Central juga memberikan reviu positig terhadap telefon, dengan mengatakan, "Bagi peminat Android, Sony Xperia Z merupakan salah satu daripada tumpuan utama sepanjang CES yang agak senyap. Sebuah telefon 5 inci 1080p dengan bahasa reka bentuk baharu yang berani serta teknologi kamera baharu, Xperia Z mungkin telefon paling menarik hati semasa pertunjukan. Dan hanya beberapa bulan kemudian, ia boleh didapati di UK. Tidak syak lagi si manja baharu Sony Mobile ini merupakan antara telefon Android terbesar dan tercanggih".

Seperti pengkritik, maklum balas pengunjung terhadap telefon sangat positif. Semasa CES 2013, Xperia Z memenangi anugerah ‘Telefon Pintar Terbaik' dan ‘Persembahan Terbaik'.[23] Menurut eksekutif, Mcdougall, jualan awal Xperia Z amat memberangsangkan. Beliau menyatakan, "Ia (telefon pintar Xperia itu) sudah terjual lebih 150,000 unit semasa minggu pertama di Jepun, dan terus merampas 24 peratus pasaran." "Ia mungkin agak terlalu awal untuk menyatakannya tetapi petanda awal sangat positif."[24]

Isu Google Play Services kuat makan bateri

sunting

Semasa kemas kini Android KitKat 4.4.2 dikeluarkan, satu isu utama timbul pada Sony Xperia Z, ZL dan ZR yang mana Google Play Services memakan kuasa bateri dengan begitu cepat. Ramai pengguna yang melaporkan bahawa telefon mereka hampir tidak boleh digunakan disebabkan isu tersebut. Ramai pelanggan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap apa yang disifatkan oleh mereka sebagai pengendalian isu tersebut yang lemah oleh Sony dan Google. Sony sudah pun memberikan panduan sementara untuk memulihkan isu tersebut yang melibatkan penurunan taraf Google Play Services kepada versi lama. Isu tersebut kini sudah pun diatasi.[25]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Meet The 5-inch, Quad-Core Xperia Z: Sony’s Stunning Answer To The iPhone 5 And Galaxy S3. google.com. Retrieved on 7 January 2013.
  2. ^ a b Johnson, Luke. (25 June 2013) Android 4.2.2 Sony Xperia Z update starts rollout – News. Trusted Reviews.
  3. ^ a b http://blogs.sonymobile.com/2013/07/25/on-android-jelly-bean-4-3/> Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "sonymobile.com" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ http://blogs.sonymobile.com/2013/11/07/on-jelly-bean-4-3-kit-kat-4-4//>
  5. ^ a b Sony, Website. "Sony official website". Sony official website. Sony Mobile. Dicapai pada 18 Mac 2013.
  6. ^ a b c d e f "Hands on: Sony Xperia Z review". TechRadar.
  7. ^ Evidence that the Xperia Z supports 64 GB microSD cards. Forum.xda-developers.com.
  8. ^ Sony Xperia™ Z C6603 LTE White paper 1 February 2013
  9. ^ "Xperia™ Z White paper" (PDF). Sony. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Januari 2013. Dicapai pada 10 Januari 2013.
  10. ^ "Sony Xperia Z Review". Cnet UK.
  11. ^ "Xperia Z Design Highlights". Sony Mobile.
  12. ^ "Sony Xperia Z Hands-on". JariPhone. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2013. Dicapai pada 4 Januari 2015.
  13. ^ "Xperia Z Hands-on". Talking Mobile.
  14. ^ "Sony Xperia news". twitter.com. 10 Januari 2013.
  15. ^ "Sony Xperia Z Press Conference". eprice.com.hk. Dicapai pada 22 Februari 2013.
  16. ^ "Does the Xperia Z use both Dragontrail and Gorilla Glass?". xperiablog.net. Dicapai pada 22 Februari 2013.
  17. ^ "We're bringing Android 5.0; Lollipop to the entire Xperia Z Series". Sony Mobile. 16 Oktober 2014. Dicapai pada 17 Disember 2014.
  18. ^ a b Sony Xperia Z – Full phone specifications. Gsmarena.com.
  19. ^ http://support.bell.ca/_web/Guides/user-guides/Mobile/Sony/Sony-EN/Sony_Xperia_Z.pdf
  20. ^ "Sony Xperia Z – packing Sony style and the latest hardware". gadgetmania.com.
  21. ^ "Xperia Z Preview". xperiazdeals.org.uk.
  22. ^ "Xperia Z Specifications". sonymobile.com.
  23. ^ Sony flagship Xperia Z and Xperia ZL Android smartphones first look | IT Business. Itbusiness.ca (29 August 2013).
  24. ^ "Sony's Xperia Z Smartphone Off to a Good Start: Executive". CNBC. NBCUniversal News Group. 26 Februari 2013. Dicapai pada 1 April 2013.
  25. ^ Sony Xperia Z, ZL, ZR Android 4.4.2 update problems acknowledged | Phones Review. Phones review (5 June 2014).

Pautan luar

sunting
Didahului oleh
Sony Xperia T & Sony Xperia TX
Sony Xperia Z
2013
Diikuti oleh:
Sony Xperia Z1

Templat:Android smartphones

Templat:Sony phones