Aein Sophia Mohd Zuhri (lahir 24 Mac 2004) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu wanita Malaysia.[1] Beliau telah diperkenalkan sebagai anak didik komposer dan penerbit rakaman, Ajai dan menerima pengiktirafan secara meluas dalam industri muzik menerusi single sulungnya, "Game of Charades".[2][3]

Sophia Zuhri
Nama lahirAein Sophia binti Mohd Zuhri
Kelahiran (2004-03-24) 24 Mac 2004 (umur 20)
Kuala Lumpur, Malaysia
GenreBritpop
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • komposer
  • penulis lirik
Instrumen
  • Vokal
  • ukulele
Tahun aktif2018–kini
Syarikat rakaman

Kerjaya sunting

Sophia mula menunjukkan minat dan bakatnya dalam bidang muzik dengan mencipta lagu secara serius pada usia 14 tahun. Beliau berkata dalam satu temubual bersama Free Malaysia Today: "Ketika membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik, saya memberanikan diri menjelaskan kepada ibu bapa. Saya bersyukur apabila mereka amat menyokong keputusan ini,".[4]

Minat mendalam terhadap muzik membawanya bertemu dengan penulis lagu dan komposer terkenal, Ajai.[5] Sophia kemudiannya muncul dengan single solo pertamanya berjudul "Game of Charades" yang ditulisnya sendiri dengan sentuhan daripada Ajai.[6][7] Dikeluarkan pada Mac 2021, ia menceritakan mengenai ketidaksempurnaan seorang manusia dan menurut Sophia, ia merupakan pengalaman dan ceritanya "apabila memasuki tempat baharu dan bagaimana untuk membawa diri".[2][8]

Pada 24 Ogos 2022, Sophia mengadakan persembahan mini pertamanya, An Evening with Sophia Zuhri di Royal Chulan, Damansara, Kuala Lumpur. Beliau mempersembahkan sebanyak 5 lagu termasuk lagu "Game of Charades". Album sulungnya juga dilancarkan pada hari yang sama, memuatkan sebanyak 10 lagu hasil karyanya sendiri.[9][10][11]

Bakat sunting

Gaya muzik Sophia ialah Britpop dan beliau menyanyi dalam bahasa Inggeris.[2][12][13] Karya muziknya bertumpu kepada pemerhatian dan pengalaman hidupnya melalui pergaulan dengan rakan sebayanya. Selain itu, beliau juga berkemahiran bermain ukulele dan menjadikan Yuna sebagai idola dan sumber inspirasinya.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Sophia Zuhri dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia dan dibesarkan di London, United Kingdom dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau ialah anak kepada ahli perniagaan, Mohd Zuhri Abdullah.[3] Beliau kini sedang melanjutkan pengajian peringkat A-Level dalam jurusan Bahasa Moden di Universiti Bristol, UK.[2]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album
Sophia Zuhri

Single sunting

Tajuk Tahun
"Game of Charades" 2021

Konsert sunting

  • An Evening with Sophia Zuhri (2022)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2022 Anugerah Industri Muzik ke-23 Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Dirinya sendiri "Game of Charades" Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Norhayati Nordin (2 April 2021). "Kongsi cerita dalam muzik". Harian Metro. Dicapai pada 19 September 2022.
  2. ^ a b c d e Lynn Mazlina (4 April 2021). "Sophia Zuhri, pendatang baharu yang bakal ikut jejak langkah Yuna, Zee Avi di persada seni antarabangsa". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 18 September 2022.
  3. ^ a b Dennis Chua (4 Jun 2021). "#Showbiz: Singer and wordsmith, that's Sophia Zuhri" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 18 September 2022.
  4. ^ Reena Sekaran (17 April 2021). "Sophia Zuhri, penyanyi muda berbakat besar". Free Malaysia Today. Dicapai pada 18 September 2022.
  5. ^ Noor Ain Norman (31 Mac 2021). "Tuah Sophia Zuhri, Penyanyi 17 Tahun Jadi Anak Didik Komposer Terkenal, Ajai". Remaja. Dicapai pada 19 September 2022.
  6. ^ Nur Emira Saizali (23 April 2021). "Eskapisme realiti Sophia Zuhri". Kosmo!. Dicapai pada 19 September 2022.
  7. ^ Reena Sekaran (17 April 2021). "Malaysian teen debuts first single 'Game of Charades'" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 19 September 2022.
  8. ^ "Sophia Zuhri Pertaruhkan Single Game Of Charades, Kolaborasi Istimewa Dengan Ajai". Kopiplanet. 6 April 2021. Dicapai pada 18 September 2022.
  9. ^ Nurul Fadila Awaludin (29 Ogos 2022). "Dapat tunjuk ajar Ajai, Sophia Zuhri tampil 10 lagu sendiri dalam album sulung". mStar Online. Dicapai pada 18 September 2022.
  10. ^ Azwa Rahman (29 Ogos 2022). "Minat Cipta Lagu, Sophia Zuhri Ambil Risiko Lancar Album - "Saya Tahu Bukan Semua Akan Suka"". Astro Gempak. Dicapai pada 19 September 2022.
  11. ^ Atiqah Johari (26 Ogos 2022). "Berani Tampil Dengan Genre Britpop, Sophia Zuhri Berjaya Hasilkan Album Sulung!". XTRA. Dicapai pada 19 September 2022.
  12. ^ Mohammad Shahemy Azmi (12 September 2022). "Pengalaman mahal Sophia Zuhri". Kosmo!. Dicapai pada 18 September 2022.
  13. ^ Salma Syahbuddin (12 April 2021). "Punya Kelas Tersendiri, Sophia Zuhri Tampil Dengan Genre Muzik Britpop". XTRA. Dicapai pada 19 September 2022.

Pautan luar sunting