Dalam mekanik kuantum, spin ialah momentum sudutan yang dalaman bagi sesuatu zarah, dan merupakan ciri intrinsik baginya. Bagi zarah keunsuran, ia mempunyai nilai-nilai diskret akibat kehendak mekanik kuantum, dan adalah samada suatu integer kali pemalar Planck dibahagi 2π, atau suatu setengah integer kali pemalar Planck dibahagikan 2π.

Spin adalah momentum sudutan dalaman dan boleh wujud bagi zarah-zarah titik yang tidak mempunyai lanjutan. Begitu juga, ia wujud bersama medan magnet yang sepadan, yang biasanya akibat putaran cas, tetapi di sini mungkin juga bagi zarah titik.

Spin dibuktikan wujud dalam elektron menerusi eksperimen Stern-Gerlach.