Spoon (kumpulan muzik)

kumpulan pemuzik asal Malaysia

Spoon merupakan sebuah kumpulan pop rock Malaysia yang ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1995. Dianggotai oleh Along (vokalis), Shanaz (pemain dram), Yahaya (bes), Boy (gitar utama) dan Nurul (gitar kedua),[1][2] kumpulan ini meraih kejayaan antara pertengahan 1990-an dan awal 2000-an. Antara single paling terkenal kumpulan ini ialah "Rindu Serindu Rindunya", "Puncak Rindu Kasih Sayang", "Memori Sekuntum Rindu", "Sekali Lagi", "Mengecap Bahagia" dan "Bicara Cinta". Spoon dibubarkan berikutan kematian mengejut Along pada Disember 1999.[3][4]

Spoon
Spoon dalam sesi fotografi bersama Utusan Malaysia pada Mei 1998.
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
GenrePop rock, balada
Tahun aktif1995
Pembubaran2000
Syarikat rakaman
Bekas ahli

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada 1995 sewaktu di sekolah menengah, Spoon memperoleh kejayaan secara komersial 3 tahun kemudian, iaitu pada 1998 menerusi album studio pertama mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album, seterusnya mendapat kejayaan meluas menerusi single pertama, "Rindu Serindu Rindunya" hasil ciptaan Eddie Hamid dengan liriknya ditulis oleh Man Toba.[5][6]

Album sulung mereka mendapat sambutan yang baik di pasaran dengan jualannya telah mencecah 100,000 unit.[7] Ini menjadikan kumpulan Spoon sebagai kumpulan baru paling laris, yang juga mengatasi penjualan album artis-artis popular yang lain sekaligus menjadi kumpulan baru pertama yang menduduki tangga teratas Carta RIM mengatasi jualan album Ziana Zain.[8] Bagaimanapun, pada Disember 1998, dua ahli kumpulan Spoon meninggalkan kumpulan itu kerana mahu menyambung pelajaran mereka.[9][10]

Album kedua Spoon menyusul pada Julai 1999 dengan tajuk Kembali Merindu.[11][12] Lagu "Memori Sekuntum Rindu" dikeluarkan sebagai single pertama.[13] Akan tetapi, pada 8 November 1999, Spoon tidak lagi menjadi artis Childplay Music Productions dan sekali gus sebagai artis syarikat rakaman Life Records.[14][15]

Album terakhir Spoon, Kini dikeluarkan pada pertengahan 2000. Selepas kematian Along, tempatnya digantikan oleh Azlong adik kepada Along.[16][17] Selepas pada itu Azlong menarik diri kerana atas isu yang tidak dapat di elakkan. Oleh sebab itu Spoon telah dibubarkan pada tahun 2000.[18][19]

Diskografi sunting

Album studio sunting

 
Album Spoon (1998)
 
Spoon Kembali Merindu (1999)
Tajuk Butiran album Jualan
Spoon 100,000
Kembali Merindu
  • Dikeluarkan: Julai 1999
  • Label: LIFE Records
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
Kini
  • Dikeluarkan: 2000
  • Label: NOVA Muzik
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
"—" menunjukkan tiada jualan album diperoleh.

Lagu dan single sunting

Tajuk Tahun
"Rindu Serindu Rindunya" 1998
"Puncak Rindu Kasih Sayang"
"Memori Sekuntum Rindu" 1999
"Mengecap Bahagia"
"Sekali Lagi"
"Kini" 2000

Rujukan sunting

  1. ^ "Buktikan terbaik". Metro Ahad. 8 November 1998. Dicapai pada 11 Jun 2022.
  2. ^ Sani Salleh (2 September 1998). "Rezeki Spoon melimpah". Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2022.
  3. ^ "Spoon nama unik sebagai gimik". Utusan Malaysia. 28 April 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  4. ^ "Spoon 'pukau' peminat". Berita Harian Singapura. 16 Jun 1998. m/s. 7.
  5. ^ Saniboey Mohd Ismail (23 April 1998). "Spoon syukur". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2019.
  6. ^ Sani Salleh (18 Mei 1998). "Kegusaran Spoon sudah berakhir". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2019.
  7. ^ A. Kadir Pandi (10 Ogos 1998). "Spoon rasa tekanan kekal prestasi". Berita Harian Singapura. m/s. 6.
  8. ^ Nor Asikin Hassan (23 Mei 1998). "Spoon pilih lagu melankolik". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  9. ^ Sani Salleh (28 Disember 1998). "Dua ahli Spoon tarik diri". Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2022.
  10. ^ "Dua anggota Spoon undur bagi lanjut pelajaran". Berita Harian Singapura. 4 Januari 1999. m/s. 6.
  11. ^ Sani Salleh (1 Jun 1999). "Spoon tetap dirindui". Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2022.
  12. ^ Sani Salleh (9 Ogos 1999). "Spoon yakin lagu Eddie". Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2022.
  13. ^ "Spoon rakam album terbaru". Utusan Malaysia. 12 Ogos 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  14. ^ "Spoon sudah berpatah arang". Utusan Malaysia. 21 November 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  15. ^ "Spoon disingkir dari syarikat rakaman". Berita Harian Singapura. 4 Disember 1999. m/s. 25.
  16. ^ Hasleen Bachik (1 Mei 2000). "Azlong ganti Along?". Berita Harian Singapura. m/s. 10.
  17. ^ "Spoon masih tegak tanpa Along". Berita Harian Singapura. 1 Mei 2000. m/s. 10.
  18. ^ "Spoon tampil dengan semangat baru". Utusan Malaysia. 7 Februari 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  19. ^ "Spoon teruskan perjuangan seni". Utusan Malaysia. 29 Mei 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 10 Jun 2018.

Pautan luar sunting