Stadium Mazda
Stadium Mazda Hiroshima (MAZDA Zoom-Zoom スタジアム広島 , Matsuda Zūmu-Zūmu Sutajiamu Hiroshima), juga dipanggil Stadium Perbandaran Hiroshima Baru (広島市民球場 , Shin-Hiroshima Shimin Kyūjō), merupakan stadium besbol yang terletak di Minami-ku, Hiroshima, Jepun. Stadium ini digunakan lebih kepada sukan besbol dan ia merupakan gelanggang bagi pasukan Hiroshima Toyo Carp di Liga Pusat Jepun. Stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 32,000 orang dan ia dibuka pada 10 April 2009. Stadium ini telah menggantikan Stadium Perbandaran Hiroshima Pertama dan pada awalnya, ia mengekalkan nama lama stadium tersebut. Reka bentuk stadium ini dianggap sebagai stadium retroklasik.[1]
Nama penuh | Stadium Perbandaran Hiroshima |
---|---|
Lokasi | 2-3-1 Minami-Kaniya, Minami-ku, Hiroshima, Jepun |
Transit awam | JR West: Sanyo Shinkansen R Sanyo Main Line di Hiroshima |
Pemilik | Hiroshima City |
Pentadbir | Hiroshima Toyo Carp |
Kapasiti | 32,000 300 untuk kerusi roda Tempat duduk padang |
Saiz Padang | Kiri Padang - 101 meter (331 ka) Kiri-Pusat - 116 meter (381 ka) Pusat Padang - 122 meter (400 ka) Kanan-Pusat - 116 meter (381 ka) Kanan Padang - 100 meter (328 ka) |
Permukaan | rumput |
Pembinaan | |
Dibuka | 10 April 2009 |
Arkitek | Masuoka Architectural |
Kontraktor utama | Penta-Ocean Construction Co., Ltd. Masuoka Architectural Constructors Inc |
Tuan rumah | |
Hiroshima Toyo Carp (NPB) (2009–kini) |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stadium Mazda |
Pada 6 November 2008, Bandar Hiroshima menyerahkan hak nama stadium ini kepada Mazda Motor Corporation. Pada Oktober tahun yang sama, Mazda mengusulkan cadangan untuk menamakan stadium ini sebagai MAZDA Zoom-Zoom Stadium Hiroshima antara tempoh 1 April 2009 dan 31 Mac 2014. Pada 24 Disember 2008, Mazda memulakan kontrak bersama Bandar Hiroshima mengenai nama stadium dan melakukan nama ringkas stadium "Mazda Stadium (マツダスタジアム )". Nama "Zoom-Zoom" merujuk kepada kempen pemasaran yang dilakukan oleh Mazda.
Catatan
sunting- ^ "Mazda Zoom-Zoom Stadium Hiroshima Reviews, Hiroshima Toyo Carp | Stadium Journey". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-31. Dicapai pada 2012-08-01.