Liga Pusat (bahasa Jepun: セントラル・リーグ, Sentoraru Rīgu; bahasa Inggeris: Central League) atau Ce League (セ・リーグ, Se Rīgu) merupakan salah satu daripada dua liga besbol yang membentuk Nippon Professional Baseball (NPB) di Japan. Juara kejuaraan liga akan menentang juara Liga Pasifik bagi menentukan pemenang Japan Series yang diadakan pada steiap tahun. Kini, ia terdiri daripada enam buah pasukan dari seluruh Jepun. Liga ini tidak seperti Liga Pasifik yang tidak membenarkan designated hitter digunakan ketika aksi tuan rumah Liga Pusat.

Liga Pusat
Fail:Central League Logo.png
SukanBesbol
Ditubuhkan15 Disember 1949; 74 tahun yang lalu (1949-12-15)
Bil. pasukan6
NegaraJepun Jepun
Juara laluHanshin Tigers (6)
Juara terbanyakYomiuri Giants (38)

Sejarah

sunting

Liga Pusat Jepun telah ditubuhkan pada 1949 yang terdiri daripada lapan buah pasukan: empat pasukan daripada Japanese Baseball League sebelum ini iaitu Chunichi Dragons, Hanshin Tigers, Yomiuri Giants dan Shochiku Robins (dulunya Taiyō Robins) dan empat pasukan baru iaitu Hiroshima Carp, Kokutetsu Swallows, Nishi Nippon Pirates dan Taiyō Whales.

Pasukan Nishi Nippon Pirates hanya wujud selama satu musim dan mereka menduduki tempat keenam liga pada 1950. Pada musim berikutnya, ia bergabung dengan pasukan baru yang juga dari Fukuoka, Nishitetsu Clippers (anggota Liga Pasifik untuk membentuk pasukan Nishitetsu Lions yang menyertai Liga Pasifik. Perkembangan ini telah mengurangkan bilangan pasukan Liga Pusat kepada tujuh pasukan.

Ryuji Suzuki telah menjadi presiden Liga Pusat pada 1952.[1]

Pada tahun 1952, satu keputusan mengumumkan sekiranya mana-mana pasukan menamatkan musim dengan rekod peratus kemenangan di bawah kadar .300, maka ia harus dibubarkan atau bergabung dengan pasukan lain. Pasukan Shochiku Robins telah terhumban dalam kancah ini lalu ia bergabung dengan Taiyō Whales untuk membentuk pasukan Taiyō Shochiku Robins pada Januari 1953. Hal ini membolehkan Liga Pusat hanya terdiri daripada enam pasukan sahaja.

Ryuji Suzuki mengumumkan persaraan sebagai presiden selepas 33 tahun menjawat jawatan tersebut.[1]

Pada tahun 2007, Climax Series baru telah diperkenalkan. Siri playoff ini diinspirasikan daripada sistem playoff yang digunakan di Liga Pasifik pada 2004 untuk tiga pasukan teratas liga bagi menentukan satu pasukan yang akan mara ke Japan Series. Sistem lama memperlihatkan tiada aksi playoff postseason dan pemenang pennant akan layak ke Japan Series secara automatik.

Pasukan

sunting
Lencana Pasukan Nama Jepun Penubuhan[2] Lokasi Stadium Pemilik
  Chunichi Dragons 中日ドラゴンズ
Chūnichi Doragonzu
15 Januari 1936 Higashi-ku, Nagoya, Aichi Vantelin Dome Nagoya Chunichi Shimbun
  Hanshin Tigers 阪神タイガース
Hanshin Taigāsu
10 Disember 1935 Nishinomiya, Hyōgo Stadium Koshien Hankyu Hanshin Holdings
  Hiroshima Toyo Carp 広島東洋カープ
Hiroshima Tōyō Kāpu
5 Disember 1949 Minami-ku, Hiroshima, Hiroshima Stadium Mazda Keluarga Matsuda [66.7%]
Mazda [33.3%]
  Tokyo Yakult Swallows 東京ヤクルトスワローズ
Tōkyō Yakuruto Suwarōzu
12 Januari 1950 Shinjuku, Tokyo Stadium Meiji Jingu Yakult Honsha
  Yokohama DeNA BayStars 横浜DeNAベイスターズ
Yokohama DeNA Beisutāzu
15 Disember 1949 Naka-ku, Yokohama, Kanagawa Stadium Yokohama DeNA
  Yomiuri Giants 読売ジャイアンツ
Yomiuri Jaiantsu
25 Disember 1934 Bunkyo, Tokyo Tokyo Dome Yomiuri Shimbun

Statistik

sunting
Pasukan Pertama Kedua Ketiga
Yomiuri Giants 37 12 13
Chunichi Dragons 9 23 14
Hiroshima Toyo Carp 9 6 10
Tokyo Yakult Swallows 9 5 6
Hanshin Tigers 6 19 16
Yokohama DeNA BayStars 2 6 11
Shochiku Robins 1 0 0
Nishi Nippon Pirates 0 0 0

Catatan

sunting
  1. ^ a b "SUZUKI, Ryuji," Diarkibkan 2020-07-27 di Wayback Machine The Baseball Hall of Fame and Museum (Japan). Accessed March 27, 2015.
  2. ^ 一般社団法人日本野球機構. "球団別インデックス | NPB.jp 日本野球機構". Npb.jp. Dicapai pada 2022-08-23.

Pautan luar

sunting