Stesen Janaelektrik Sungai Piah

Stesen Janaelektrik Sungai Piah atau Empangan Sungai Piah terletak kira-kira 40 km di timur laut dari pekan Sungai Siput, dihulu kepada empangan Stesen Janaelektrik Sultan Azlan Shah di Kenering , Perak.

Empangan Sungai Piah adalah salah sebuah empangan hidroelektrik di skim hidroelektrik Sungai Perak.

Stesen janakuasa sunting

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik. Stesen Janaelektrik Sungai Piah di Perak mengeluarkan kuasa elektrik sebanyak 70 MW kesemuanya:

  • Hulu dengan 2 turbin dengan keupayaan 7.3 MW sebuah berjumlah 14.6 MW.
  • Hilir dengan 2 turbin dengan keupayaan 27.7 MW sebuah berjumlah 55.4 MW.

Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad.

Empangan Sungai Piah sunting

Pembinaan dimulakan pada tahun 1986 dan disiapkan pada tahun 1990. Operasi dimulakan pada tahun 1990.

Sejarah sunting

Kajian kemungkinan pembangunan kuasa hidro di Sungai Piah bermula 1965 lagi. 1967 Shawinigan Enginering Co Ltd dari Canada telah diminta mengkaji semula pembangunan keseluruhan Hulu dan Hilir Sungai Perak yang melibatkan Temengor, Bersia dan Kenering.

Kajian ini meliputi kajian dalam tanah , topografi, hydrometrik, kekesanan pada alam sekitar, rekabentuk, kajian tenaga, kos dan analisa ekonomi. Kajian kekesanan alam sekitar dijalankan oleh Envirolmental Planning Associates, Australia. Tujuannya antara lain agar kehidupan Orang Asli tidak terjejas sangat.

Rancangan ini melibatkan kawasan tadahan hujan seluas 1182 km melibatkan pelencongan hulu Sungai Piah dan Sungai Piah kecil pada paras 800 m melalui sistem terowong. Dua buah stesen janakuasa dibina iaitu satu di hulu (13 MW) dan satu di hilir ( 51 MW). Sungai Toor ,Sungai Temor , Sulieh, Chier, Beltek dan Sungai Dindap turut terlibat. Dua jenis turbin jenis Pelton dengan keupayaan 6.5 MW akan dipasang.

Pada Disember 1985, seramai 21 kontraktor antarabangsa dari15 buah negara telah datang ke Malaysia untuk melawat tapak projek. Mereka yang melawat datang dari Austria, Jerman Barat, Jepun, Taiwan, Sweden , Norway, Peranchis, Amerika Syarikat, United Kingdom , Korea Selatan dan Switzerland. Kerja-kerja pembinaan bermula tahun 1986.


Spesifikasi Empangan Sungai Piah sunting

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Empangan utama
    • Tinggi xxx m dari tapak ke puncak. Panjang xxx m dari hujung ke hujung. Isipadu empangan xx.00 juta meter padu.
    • Aras puncak ialah xxx m atas aras laut. Aras air maksima ialah xxx m. Aras operasi adalah xxx m maksima dan xxx m minima.
    • Takungan : luas permukaan pada xxx m ialah xx km persegi, dan kawasan tadahan ialah 1,180 km persegi. Isipadu takungan ialah xx juta meter padu.
  • Tandop – 4 petak.
  • Alur limpah – luahan x,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
  • Rumah janakuasa
    • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
    • 2 set janakuasa merangkumi 2 turbin jenis Kaplan dengan bersaiz 7.3 MW, 2 janakuasa bersaiz 10 MVA sebuah dan 2 pembolehubah bersaiz 10 MVA sebuah.
    • 2 set janakuasa merangkumi 2 turbin jenis Kaplan dengan bersaiz 27.7 MW, 2 janakuasa bersaiz 30 MVA sebuah dan 2 pembolehubah bersaiz 30 MVA sebuah.

Juga rujuk sunting

Pautan luar sunting

Laman web TNB [1][pautan mati kekal]