Stik gam

pelekat padat dalam tiub putar atau tolak

Stik gam (bahasa Inggeris: glue stick) ialah pelekat padat yang diletakkan di dalam tiub silinder. Pengguna boleh menggunakan gam dengan memegang tiub yang telah terbuka agar jari mereka bersih, lalu gosokkan gam pada permukaan yang hendak disapu, biasanya permukaan kertas.

Stik gam
Stik gam disapukan pada permukaan kertas.

Etimologi sunting

Berasal daripada kata dasar yang digabungkan iaitu stik dan gam.

Pengaplikasian sunting

Kebanyakan stik gam direka cipta untuk melekatkan kertas dan kad stok bersama-sama, dan tidak sekuat seperti pelekat berasaskan cecair. Ia boleh digunakan untuk kraf dan reka bentuk, kegunaan pejabat dan di sekolah. Terdapat beberapa jenis iaitu, kekal, boleh dibasuh, bebas asid, tidak bertoksik, bebas pelarut dan dicelup.

Jenama sunting

 
Stik gam jenama Pritt Stick.

Pada tahun 1969, syarikat Jerman iaitu Henkel telah mencipta stik gam selepas mengkaji "kegunaan twist-up" dan kemudahan aplikator gincu. Produk ini telah dikeluarkan di bawah jenama Pritt Stick. Menjelang tahun 1971, Pritt Stick telah dijual di 38 negara, manakala pada tahun 2001 pula, ia telah dijualpasarkan lebih di 121 negara.[1] Stik gam serbaguna tanpa pelarut pertama yang boleh digunakan untuk bahan lain seperti kayu, kaca dan beberapa plastik ialah "PowerPritt", yang telah dipasarkan di pasaran pada tahun 2003. Terdapat juga "Pritt X", yang dilancarkan pada tahun 2010.[2]

Bahan sunting

Bahan yang terkenal untuk digunakan untuk membuat stik gam adalah polivinil alkohol (PVA) atau polivinil pirolidon (PVP). Walau bagaimanapun, syarikat Henkel pada tahun 2000 tidak lagi menggunakan PVP di Pritt tetapi menggunakan kanji sebagai ganti.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pritt History" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-18. Dicapai pada 2013-05-06.
  2. ^ "Pegamento Pritt para manualidades" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Oktober 2017.
  3. ^ Potato power: how waste spuds are keeping the nation’s wallpaper in place, 11 September 2020

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Stik gam di Wikimedia Commons