Suara Cinta (album)


Suara Cinta merupakan album studio kedua kumpulan Illusi yang dikeluarkan pada tahun 1989, setahun selepas album pertama mereka, Dalam Ilusi dipasarkan. Single dari album ini, Segalanya Ku Terima ciptaan Awang dan lirik oleh Bob telah melonjakkan lagi nama Illusi di industri muzik Malaysia. Album ini juga telah membawa tuah buat mereka apabila lagu ini mendapat tempat kedua di pertandingan akhir Juara Lagu 1989.

Suara Cinta
Album studio oleh
Dilancarkan pada1989
Dirakamkan pada1989
TempatSingapura Edit the value on Wikidata
GenreRock
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatAntarctic Sound Production (ASP)
Keluaran Semula : New Southern Records (NSR) - 2016
PenerbitM. Nasir
Kronologi Illusi
Dalam Ilusi
(1988)
Suara Cinta
(1989)
Menggapai Pelangi
(1993)
Single daripada Suara Cinta
  1. "Segalanya Ku Terima"
  2. "Suara Cinta"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Selain Segalanya Ku Terima, lagu hit daripada album ini ialah Suara Cinta, ciptaan Zainal Ali dan lirik juga daripada Bob. Seperti album pertama mereka, album ini juga diterbitkan oleh M. Nasir di bawah label Antarctic Sound Production (ASP). Selepas 27 tahun, album ini kemudiannya dikeluarkan semula oleh New Southern Records (NSR) pada tahun 2016 serentak dengan keluaran semula album pertama Illusi berjudul Dalam Ilusi yang pada asalnya dikeluarkan pada tahun 1988.

Senarai Lagu sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Segalanya Ku Terima"BobAwang
2."Suara Cinta"BobZainal Ali
3."Hanya Dengan Jelingan"M. NasirM. Nasir
4."Bertemu Tak Bersatu"M. NasirM. Nasir
5."Cinta Ku Tak Melekat Satu"Baharom PaimanBaharom Paiman
6."Yang Membawa Ku Bermimpi"Rizual MuisAyai
7."Dalam Cahaya Yang Tujuh"BobAhmad Farid Jamaluddin
8."Memilih Kawan"EunosasahLeman
9."Walau Hancur Berderai"Rizual MuisM. Nasir
10."Itulah Cintaku"Wan ZulM. Nasir


Line-Up sunting

  1. Ayai - Vokal
  2. Leman - Gitar
  3. Shah - Keyboard
  4. Yem - Bass

Pencapaian sunting

Pertandingan Judul Lagu Komposer Senikata Keputusan
Anugerah Juara Lagu 1989 Segalanya Ku Terima Awang Bob Tempat Kedua