Sungai Hulu Woh (Jawi: سوڠاي هولو ووه) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Hulu Woh merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Hulu Woh juga merupakan anak sungai kepada Sungai Woh dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungai Hulu Woh
Anak sungai kepada Sungai Woh
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 2.5 km (1.6 bt) ke utara dari kemuncak Bukit Maleng
 • koordinat2°18′31″N 112°28′27″E / 2.30849°N 112.474073°E / 2.30849; 112.474073
 • ketinggiankira-kira 500–510 m (1,640–1,670 ka)
MuaraSungai Woh 
 • lokasi
kira-kira 4.9 km (3.0 bt) ke barat laut dari kemuncak Bukit Maleng
 • koordinat
2°13′37″N 112°37′00″E / 2.22681°N 112.61665°E / 2.22681; 112.61665Koordinat: 2°13′37″N 112°37′00″E / 2.22681°N 112.61665°E / 2.22681; 112.61665
 • ketinggian
kira-kira 150–160 m (490–520 ka)
Panjang5.7 km (3.5 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiSungai Woh
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Woh → Batang MukahLaut China Selatan
Sistem sungaiMukah[3]
Peta topografiJUPEM Punjut Langi (DNMM5201)

Latar belakang sunting

Toponim Sungai Hulu Woh pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Hulu Woh".[1][3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Hulu Woh dalam GeoNames ialah 1733177.[4] Sungai Hulu Woh juga mempunyai nama lain iaitu Hulu Sungai Woh dan Hulu Woh.[4]

Ciri-ciri fizikal sunting

Sungai Hulu Woh berpunca di sekitar kawasan perhutanan primer, Hutan Simpan Mukah Hills di dekat sempadan Daerah SelangauTatau, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 2.5 km (1.6 bt) ke arah utara dari kemuncak Bukit Maleng. Ketinggian di punca bagi Sungai Hulu Woh ialah di antara 500 dan 510 m (1,640.4 dan 1,673.2 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Hulu Woh pada umumnya akan menuju ke bahagian barat di bahagian hulu kemudian membengkok ke arah utara untuk bercamtum dengan Sungai Tanu Antu sebagai penamat untuk membentuk aliran Sungai Woh; dan seterusnya mengalir ke Batang Mukah, kemudian ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 4.9 km (3.0 bt) ke arah barat laut dari kemuncak Bukit Maleng, Sarawak di ketinggian di antara 150 dan 160 m (492.1 dan 524.9 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Hulu Woh dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Sungai Hulu Woh ialah kira-kira 5.7 km (3.5 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Hulu Woh merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini menyusuli Sungai Tanu Antu di dalam Sungai Woh.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Hulu Woh.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Hulu Woh dilitupi dengan kawasan perhutanan yang tebal.[5][6] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Hulu Woh. Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Hulu Woh ialah Song, yang terletak di bahagian barat daya dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Punjut Langi (203). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Hulu Woh, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.