Sungai Janing Kiri

Sungai Janing Kiri (Jawi: سوڠاي جانيڠ كيري) merupakan sebatang sungai yang terletak di Daerah Jerantut, iaitu di negeri Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 150 km (93 bt) ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Sungai Janing Kiri juga merupakan anak sungai kepada Sungai Tekai dalam lembangan Sungai Tembeling dan terus mengalir ke Sungai Pahang.[1][2]

Sungai Janing Kiri
سوڠاي جانيڠ كيري
Sungei Janing Kiri, Sg. Janing Kiri
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Lokasi
Negara Malaysia
Negeri Pahang
DaerahDaerah Jerantut
MukimUlu Tembeling
Ciri-ciri fizikal
SumberBukit tanpa nama
 • lokasiKawasan perhutanan di Ulu Tembeling
 • koordinat4°05′24″N 102°43′23″E / 4.089978°N 102.723146°E / 4.089978; 102.723146
 • ketinggianDi antara 420 dan 440 m (1,380 dan 1,440 ka)
MuaraSungai Tekai 
 • lokasi
Kawasan perhutanan di Ulu Tembeling
 • koordinat
4°04′01″N 102°43′24″E / 4.067076°N 102.723302°E / 4.067076; 102.723302Koordinat: 4°04′01″N 102°43′24″E / 4.067076°N 102.723302°E / 4.067076; 102.723302
 • ketinggian
Di antara 0 dan 20 m (0 dan 66 ka)
Panjang2.83 km (1.76 bt)
Ciri-ciri lembangan
PergerakanSungai Tekai → Sungai TembelingSungai PahangLaut Cina Selatan
Sistem sungaiSungai Tekai
Peta topografiJUPEM Gunung Irong (MY502A)

Sejarah sunting

Sungai Janing Kiri telah pertama kali dipaparkan dalam peta terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) iaitu Malaysia, 1;63 360 siri L7010 yang diterbitkan pada tahun 1967. Sungai Janing Kiri juga telah dipaparkan dalam peta terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) iaitu, Semenanjung Malaysia 1:50 000 siri MY502A dalam lembar Gunung Irong dengan nombor lembar BV32.[3][4]

Ciri-ciri fizikal sunting

Sungai Janing Kiri berpunca daripada kawasan perhutanan primer di bukit tanpa nama di Hutan Simpan Tekai Tembeling dalam Daerah Jerantut, Pahang. Sungai ini bakal bercantum bersama Sungai Tekai sebagaimana ia penamat bagi Sungai Janing Kiri dan terus mengalir ke Sungai Tembeling.[1][5]

Sungai Janing Kiri mengalir sepanjang kira-kira 2.83 km (1.76 bt) daripada hulu sehingga hilir sungainya.[5] Punca bagi Sungai Janing Kiri terletak ketinggiannya di antara 420 dan 440 m (1,380 dan 1,440 ka) dari paras laut manakala ketinggian muara sungainya ialah terletak di antara 0 dan 20 m (0 dan 66 ka) dari paras laut.[3][4]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Janing Kiri merupakan salah satu sebahagian daripada sistem lembangan Sungai Tekai yang terletak di Mukim Ulu Tembeling.[4][5] Kedudukan sungai ini dalam Sungai Tekai terletak berdekatan bersama Sungai Janing Kanan.[1][4] Pemerhatian muka bumi daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan kurang dari satu yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Janing Kiri.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Janing Kiri dillitupi oleh kawasan berhutan yang tebal. Tiada petempatan manusia yang terbina sekitar sungai tersebut.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Sungai Janing Kiri, Malaysia". GeoNames. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  2. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan. "Dokumen Gazetir untuk Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  3. ^ a b Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1967); Malaysia, Pahang, Gunong Palas. 1:63 360. L7010.
  4. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013); Gunung Irong (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV32. MY502A.
  5. ^ a b c "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 11 Mac 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Dicapai pada 11 Mac 2024.