Sungai Penakub Kecil

sungai di Sarawak, Malaysia

Sungai Penakub Kecil (Jawi: سوڠاي ڤناكوب كچيل; ejaan lama digayakan sebagai Sungei Penakub Kechil) ialah sebatang sungai di Daerah Mukah, iaitu daerah di negeri Sarawak, Malaysia. Terletak di dalam zon pentadbiran Bahagian Mukah, Sungai Penakub Kecil merupakan anak sungai kepada Batang Mukah.[4][5] Ia terletak kira-kira 1,200 kilometer (745.6 bt) ke arah timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungai Penakub Kecil
Sungei Penakub Kechil
Sungai Penakub Kecil is located in Bumi
Sungai Penakub Kecil
Sungai Penakub Kecil (Bumi)
Lokasi
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianMukah
DaerahMukah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikawasan pertanian di timur laut Kampung Penakup Indah, Mukah
 • ketinggian4–5 meter (13.1–16.4 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
Kampung Penakup Indah, Mukah
 • koordinat
2°52′55″N 112°08′52″E / 2.88183°N 112.14777°E / 2.88183; 112.14777Koordinat: 2°52′55″N 112°08′52″E / 2.88183°N 112.14777°E / 2.88183; 112.14777
 • ketinggian
3 meter (9.8 ka)
Panjang0.65 kilometer (0.4 bt)[1][2]
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiBatang Mukah[3]

Sejarah sunting

Sungei Penakub Kechil merupakan ejaan lapuk bahasa Melayu bagi sungai ini iaitu Sungai Penakup Kecil sebelum tahun 1972.[5][6]

Ciri-ciri fizikal sunting

Punca sungai bagi Sungai Penakub Kecil terletak di dalam kawasan pertanian pokok kultivar berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kenyana. Ketinggian sumber bagi Sungai Penakub Kecil ialah di antara 4 dan 5 meter (13.1 dan 16.4 ka) dari paras laut. Dengan pergerakan sungai ke arah barat daya, Sungai Penakub Kechil bakal direntasi dengan sebatang cabang jalan raya dari Jalan Mukah–Matadeng ke Kampung Tabau. Rentasan ini terletak di dalam kawasan perkampungan Kampung Penakup Indah (atau juga Kampung Penakup Hulu). Tidak jauh dari rentasan itu, Sungai Penakub Kecil bakal membuat pertemuan antara Batang Mukah di ketinggian 2 meter (6.6 ka) dari paras laut.[1][2] Sungai Penakup Kecil mengalir sepanjang 0.65 kilometer (0.4 bt) dari peringkat hulu ke peringkat hilir sungai.[1][2]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Penakup Kecil merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Batang Mukah.[3][6] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Penakub Kecil.[7] Kawasan lembah Sungai Penakub Kecil dilitupi dengan kawasan perhutanan, petempatan manusia dan pertanian.[1][7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Bruno Manser Fund. "Sarawak Geoportal". bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1992–2010). Malaysia (Sabah dan Sarawak) Topographic Map (Peta). 1:50,000. DNMM5201.
  3. ^ a b "Hydrology Stations At Mukah Basin" [Stesen Hidrologi di Kawasan Tadahan Hujan Mukah]. did.sarawak.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuching, Sarawak: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak. 17 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2021. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  4. ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Dokumen Gazetir untuk Sarawak Bumi Kenyalang". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  5. ^ a b "Sungai Penakub Kecil, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 10 Februari 1994. Dicapai pada 27 Februari 2023.
  6. ^ a b Directorate of Overseas Surveys Great Britain dan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1955). Sarawak (Peta). 1:50,000. T735.
  7. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.