Sungai Sebansu (Jawi: سوڠاي سبنسو) atau Sungai Sabansu (Jawi: سوڠاي سابنسو) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Sebansu merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Sebansu juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah (Sungai Mukah) dalam Bahagian Sibu.[2][3][5] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungai Sebansu
Anak sungai kepada Batang Mukah
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 1.4 km (0.9 bt) ke barat dari Rumah Banyan
 • koordinat2°26′20″N 112°18′22″E / 2.438926°N 112.306038°E / 2.438926; 112.306038
 • ketinggiankira-kira 90–110 m (300–360 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 0.4 km (0.2 bt) ke barat laut dari Rumah Banyan
 • koordinat
2°26′29″N 112°19′03″E / 2.4413°N 112.3174°E / 2.4413; 112.3174Koordinat: 2°26′29″N 112°19′03″E / 2.4413°N 112.3174°E / 2.4413; 112.3174
 • ketinggian
kira-kira 25–45 m (82–148 ka)
Panjang1.3 km (0.81 bt)[1][2][3]
Aliran 
 • lokasiBatang Mukah
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiMukah[4]
Peta topografiJUPEM Batu 36 Ulu Oya / Selangau (DNMM5201)

Latar belakang sunting

Toponim Sungai Sebansu pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Sabansu".[4] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Sebansu dalam GeoNames ialah 12541527.[5] Sungai Sebansu juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Sebansu dan Sungai/Sungei Sabansu.[5]

Ciri-ciri fizikal sunting

Sungai Sebansu berpunca di sekitar kawasan perhutanan sekunder di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 1.4 km (0.9 bt) ke arah barat dari kawasan Rumah Banyan. Ketinggian di punca bagi Sungai Sebansu ialah di antara 90 dan 110 m (295.3 dan 360.9 ka) dari atas permukaan laut.[1][3] Pergerakkan Sungai Sebansu pada umumnya akan menuju ke bahagian timur lau melengkung ke utara untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 0.4 km (0.2 bt) ke arah barat laut dari Rumah Banyan, Sarawak di ketinggian di antara 25 dan 45 m (82.0 dan 147.6 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Sebansu dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Mukah ialah kira-kira 1.3 km (0.81 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Sebansu merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[4] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Kua dan Sungai Belawai.[2][5] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Sebansu.[6] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Sebansu dilitupi dengan kawasan perhutanan, dan semak belukar.[6][7] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Sebansu tetapi Rumah Banyan dan Rumah Banta merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Sebansu ialah Selangau, yang terletak di bahagian utara dari sungai ini.[1][4]

Lihat juga sunting

  • Sungai Kua, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Belawai, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Batu 36 Ulu Oya (202). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Selangau (187). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  5. ^ a b c d "Sungai Sebansu, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  6. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  7. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.