Sungai Wong (muara 2°20′ N 112°29′ E)

Sungai Wong (Jawi: سوڠاي ووڠ) merupakan sebatang sungai di negeri Sarawak, Malaysia. Secara pentadbirannya, Sungai Wong merupakan sungai yang terletak di dalam kawasan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu. Sungai Wong juga merupakan anak sungai kepada Batang Mukah (Sungai Mukah) dalam Bahagian Sibu.[2][4] Kedudukan sungai ini terletak kira-kira 1,100 kilometer (683.5 bt) ke bahagian timur dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Sungai Wong
Anak sungai kepada Batang Mukah
Lokasi
NegaraMalaysia
Negeri/wilayahSarawak
BahagianSibu
DaerahSelangau
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasikira-kira 2.4 km (1.5 bt) ke timur dari Rumah Pengarah
 • koordinat2°20′14″N 112°29′34″E / 2.337262°N 112.492655°E / 2.337262; 112.492655
 • ketinggiankira-kira 90–100 m (300–330 ka)
MuaraBatang Mukah 
 • lokasi
kira-kira 1.6 km (1.0 bt) ke tenggara dari Rumah Pengarah
 • koordinat
2°19′46″N 112°29′04″E / 2.32933°N 112.48449°E / 2.32933; 112.48449Koordinat: 2°19′46″N 112°29′04″E / 2.32933°N 112.48449°E / 2.32933; 112.48449
 • ketinggian
kira-kira 50–60 m (160–200 ka)
Panjang1.4 km (0.87 bt)[1][2]
Aliran 
 • lokasiBatang Mukah
Ciri-ciri lembangan
PergerakanBatang Mukah → Laut China Selatan
Sistem sungaiMukah[3]
Peta topografiJUPEM Punjut Langi (DNMM5201)

Latar belakang sunting

Toponim Sungai Wong pertama kali dipaparkan dalam peta topografi Malaysia Timur siri T735 terbitan Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali sebagai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia), dengan label nama "S. Wong".[3] Toponim bentuk muka bumi ini juga telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames dengan pengenal pasti Sungai Wong dalam GeoNames ialah 1733154.[4] Sungai Wong juga mempunyai nama lain iaitu Sungei Wong.[4]

Ciri-ciri fizikal sunting

Sungai Wong berpunca di sekitar kawasan perhutanan sekunder di dalam Daerah Selangau, Sarawak. Lokasi punca bagi sungai ini terletak kira-kira 2.4 km (1.5 bt) ke arah timur dari kawasan Rumah Pengarah. Ketinggian di punca bagi Sungai Wong ialah di antara 90 dan 100 m (295.3 dan 328.1 ka) dari atas permukaan laut. Pergerakkan Sungai Wong pada umumnya akan menuju ke bahagian barat daya untuk bercamtum dengan Batang Mukah sebagai penamat dan seterusnya mengalir ke Laut China Selatan. Penamat bagi sungai ini terletak kira-kira 1.6 km (1.0 bt) ke arah tenggara dari Rumah Pengarah, Sarawak di ketinggian di antara 50 dan 60 m (164.0 dan 196.9 ka) dari atas permukaan laut.[1][2] Panjang keseluruhan Sungai Wong dari bahagian hulu hingga ke bahagian hilir di Batang Mukah ialah kira-kira 1.4 km (0.87 bt).[1][2]

Ciri-ciri lembangan sunting

Sungai Wong merupakan sebahagian daripada sistem lembangan Mukah yang terletak di dalam Bahagian Sibu.[3] Kedudukan sungai ini dalam Batang Mukah terletak di antara Sungai Kambau dan Sungai Meka.[2][4] Pemerhatian muka bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan lembah Sungai Wong.[5] Kebanyakan kawasan lembah Sungai Wong dilitupi dengan kawasan perhutanan, dan semak belukar.[5][6] Tiada kawasan petempatan manusia yang terbina di sekitar lembah Sungai Wong tetapi Rumah Pengarah dan Rumah Rasin merupakan petempatan yang terhampir dengannya. Bandar yang terletak berhampiran dengan Sungai Wong ialah Selangau, yang terletak di bahagian barat laut dari sungai ini.[1][3]

Lihat juga sunting

  • Sungai Kambau, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hilir sungai
  • Sungai Meka, anak sungai Batang Mukah berikutnya menuju ke hulu sungai

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Sarawak Geoportal" [Geoportal Sarawak]. bmfmaps.ch (dalam bahasa Inggeris). Bruno Manser Fonds. Dicapai pada 25 Oktober 2023.
  2. ^ a b c d e Pengarah Pemetaan Negara Malaysia; Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2002). Peta Topografi Tidak Terhad (Cetakan) Siri DNMM5201 Skala 1:50,000 – Sabah, Sarawak dan WP Labuan (Peta). 1:50,000. DNMM5201: Lembar Punjut Langi (203). Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c d Direktorat Survei Antarabangsa Great Britain (Directorate of Overseas Surveys Great Britain) untuk Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1960-an). Sarawak 1:50,000 (Peta). 1:50,000. T735. Diperolehi pada 20 Februari 2023.
  4. ^ a b c d "Sungai Wong, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 6 Januari 2024. Dicapai pada 6 Januari 2024.
  5. ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
  6. ^ "Peta Interaktif – eBiz JUPEM". eBiz JUPEM. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. 25 Februari 2023. Dicapai pada 25 Februari 2023.