Swab nasofarinks merupakan kaedah untuk mengumpul ujian klinikal sampel daripada hingus dari belakang hidung dan tekak.[1][2] Sampel yang diambil, kemudiannya dianalisis untuk kehadiran organisma atau gejala/tanda perubatan lain untuk penyakit. Kaedah diagnostik ini biasanya digunakan dalam kes batuk kokol, difteria, influenza dan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh keluarga virus koronavirus, termasuk SARS, MERS dan COVID-19.[3][4][5][6][7][8]

Swab nasofarinks
Nasopharyngeal swab
Ujian swab nasofarinks
TujuanDiagnosis jangkitan virus tertentu
MedlinePlus003747

Tatacara sunting

Video- Collecting a nasopharyngeal swab

Untuk mengumpulkan sampel, swab (putik kapas) akan dimasukkan ke dalam lubang hidung dengan perlahan-lahan dan digerakkan ke hadapan ke dalam farinks.[9] Swab kemudiannya, diputar-putar dalam jangka waktu tertentu untuk mengumpulkan rembesan, kemudian swab akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam media transport virus steril, yang digunakan untuk menyimpan sampel untuk analisis selanjutnya.[5][6]

Gambar rajah sunting

Bahan yang digunakan sunting

Sama konsepnya dengan putik kapas, swab yang digunakan untuk pengumpulan nasofarinks merupakan batang kecil yang terbuat dari batang plastik yang pendek dengan bahan penjerapan di atasnya seperti kapas atau poliester. (Beberapa pemegang swab telah dibuat dari dawai nikrom atau keluli tahan karat.[3][10]) Bahan swab yang digunakan untuk aplikasi diagnostik tertentu mungkin berbeza-beza berdasarkan jenis ujian.

Rujukan sunting

  1. ^ "Nasopharyngeal culture". MedlinePlus. 23 March 2020. Dicapai pada 25 March 2020.
  2. ^ Pavord, T.; Pavord, M. (2004). The complete equine veterinary manual: A comprehensive and instant guide to equine health (ed. 2nd). David & Charles. m/s. 206. ISBN 9780715318836.
  3. ^ a b Junkins, A. (2010). "20. Identification of Pathogenic Bacteria". Dalam Mukherjee, K.I.; Ghosh, S. (penyunting). Medical Laboratory Technology. 2 (ed. 2nd). Tata McGraw-Hill. m/s. 515. ISBN 9781259000768.
  4. ^ "Specimen Collection". Pertussis (Whooping Cough). Centers for Disease Control and Prevention. 18 November 2019. Dicapai pada 25 March 2020.
  5. ^ a b Irving, S.A.; Vandermause, M.F.; Shay, D.K.; Belongia, E.A. (2012). "Comparison of nasal and nasopharyngeal swabs for influenza detection in adults". Clinical Medicine & Research. 10 (4): 215–8. doi:10.3121/cmr.2012.1084. PMC 3494547. PMID 22723469.
  6. ^ a b "Influenza Specimen Collection" (PDF). Centers for Disease Control and Prevention. n.d. Dicapai pada 25 March 2020. A nasopharyngeal (NP) swab is the optimal upper respiratory tract specimen collection method for influenza testing.
  7. ^ McPherson, R.A.; Pincus, M.R. (2017). Henry's Clinical Diagnosis and Management by Laboratory Methods (ed. First South Asia). Elsevier. m/s. 1083. ISBN 9788131231272.
  8. ^ World Health Organization (19 March 2020). "Laboratory testing for coronavirus disease (COVID-19) in suspected human cases: Interim guidance, 19 March 2020". WHO/COVID-19/laboratory/2020.5. World Health Organization. Dicapai pada 25 March 2020.
  9. ^ Marty FM, Chen K, Verrill KA (28 May 2020). "How to Obtain a Nasopharyngeal Swab Specimen". The New England Journal of Medicine. doi:10.1056/NEJMvcm2010260. Dicapai pada 20 September 2020. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  10. ^ Gritzfeld, J.F.; Roberts, P.; Roche, L.; dll. (2011). "Comparison between nasopharyngeal swab and nasal wash, using culture and PCR, in the detection of potential respiratory pathogens". BMC Research Notes. 4. 122. doi:10.1186/1756-0500-4-122. PMC 3084159. PMID 21489228.