Symbian adalah sistem operasi yang direkabentuk untuk telefon pintar dan diselenggara oleh Yayasan Symbian. Symbian secara rasmi dijadikan sistem operasi sumber terbuka pada bulan Februari 2010. Symbian banyak ditemui dalam telefon bimbit keluaran Nokia. Selain itu ia juga digunakan dalam beberapa model telefon Sony Ericsson, Samsung, Fujitsu dan DoCoMo.

Symbian
Symbian logo
Syarikat /
Pembangun
Yayasan Symbian
Diaturcarakan
dalam
C++[1]
Keluarga OSsistem operasi terbenam
KeadaanTerkini
Model sumbersumber terbuka
Versi stabil
terkini
Symbian^3 (Suku ke-4 2010)
Sasaran pemasarantelefon pintar
Pelantar
disokong
ARM, x86 [2]
Jenis intiMikrokernel
Antara muka
pengguna
lalai
Sekarang berasaskan platform S60, akan menggunakanQt
LesenEPL
Laman
sesawang
symbian.org

SejarahSunting

Platform Symbian wujud dengan menggabung dan menyepadukan aset-aset perisian daripada Nokia, NTT DoCoMo, Sony Ericsson dan Symbian Ltd. Ini termasuk sistem operasi Symbian sebagai teras, platform S60, dan sebahagian daripada antaramuka UIQ dan MOAP. Platform ini giat dibangunkan oleh satu komuniti yang dipimpin oleh Yayasan Symbian selepas pelancaran rasmi yayasan itu pada bulan April 2009.

Yayasan Symbian mula diumumkan pada bulan Jun 2008. Matlamat yayasan ini adalah untuk menerbitkan kod sumber untuk keseluruhan platform Symbian di bawah Lesen Awam Eclipse (EPL) yang diluluskan oleh OSI dan FSF. Bagaimanapun komponen Symbian yang dilesen daripada pihak ketiga menghalang yayasan daripada menerbitkan keseluruhan kod sumber di bawah EPL serta merta. Oleh itu, pada mulanya kebanyakan kod sumber telah diterbitkan di bawah Lesen Yayasan Symbian (SFL) dengan syarat yang lebih ketat dan boleh didapati oleh syarikat ahli sahaja.

Yayasan Symbian mengumumkan penerbitan kesemua platform Symbian sebagai kod sumber terbuka di bawah EPL pada 4 Februari 2010.

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting

Nota kakiSunting

  1. ^ Lextrait, Vincent (2010). "The Programming Languages Beacon, v10.0". Dicapai pada 5 Januari 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ symbian on intel's atom architecture