Tabuk
- Untuk wilayah perbandaran di Filipina, lihat Tabuk, Kalinga. Untuk senapang Iraq, lihat Senapang Penembak Hendap Tabuk
Tabuk (bahasa Arab: تبوك) merupakan sebuah wilayah di Arab Saudi, terletak di sepanjang pesisiran barat laut negara ini, menghadapi Mesir di seberang Laut Merah. Memiliki keluasan sekitar 108,000 km² dan berpenduduk sekitar 560,200 pada tahun (1999). Ibukotanya ialah Tabuk.
Sejarah
suntingSejarah kawasan Tabuk dapat dilihat sehingga 3,500 tahun yang lalu. Wilayah ini dikenali dengan tanah Maydan dan Dadan yang disebutkan dalam kitab Bible dan al-Qur'an. Perang Tabouk berlaku di sekitar Tabuk pada zaman Nabi Muhammad.
Monumen di Tabuk termasuk masjid bersejarah, kubu Tabuk, dan stesen kereta api yang wujud sejak Empayar Uthmaniyyah. Di kawasan Tabuk, sebilangan tapak arkeologi telah ditemui, termasuk Al Bidaa.
Geografi dan Iklim
suntingTabuk mempunyai cuacua benua gurun, dengan musim panas yang panas dan musim sejuk yang sederhana. Suhu pada musim panas antara 27-46°C (80-114°F), manakala suhu musim sejuk kekadang mencapai serendah -6°C (20°F). Hujan di kawasan Tabuk turun pada bulan musim sejuk antara November sehingga Mac, dengan kerpasan tahunan antara 2 - 6 inci (50 - 150 mm). Salji turun setiap 3-4 tahun.
Ekonomi
suntingKawasan Tabuk mengeksport bunga ke Eropah.