Taman Negara Rondane

Taman Negara Rondane (Norway: Rondane nasjonalpark) ialah taman negara tertua di Norway, ditubuhkan pada 21 Disember 1962.[1] Taman ini megandungi sepuluh puncak yang ketinggiannya melebihi 2000 m; Rondslottet merupakan puncak yang paling tinggi, dengan ketinggian sebanyak 2178 m. Taman ini merupakan habitat penting buat gerompok-gerompok rusa kutub liar.

Kawasan taman ini diperluaskan dalam tahun 2003 dan sekarang keluasan kawasannya ialah 963 km2 di dalam kaunti Oppland dan Hedmark. Rondane terletak pada timur Gudbrandsdal dan dua lagi kawasan pergunungan, Dovre dan Jotunheimen terletak berdekatan dengannya.

Kesepuluh puncak tertinggi Rondane adalah Rondeslottet (2,178 m), Storronden (2,138 m), Høgronden (2,114 m), puncak barat Midtronden (2,060 m), Vinjeronden (2,044 m), puncak timur Midtronden (2,042 m), Trolltinden (2,018 m), Storsmeden (2,016 m), Digerronden (2,015 m), dan Veslesmeden (2,015 m).

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.