Taman Negeri Bayou Segnette
Taman Negeri Bayou Segnette (Bahasa Inggeris: Bayou Segnette State Park) ialah taman negeri yang terletak di Westwego, Kariah Jefferson, di barat daya New Orleans, negeri Louisiana, di barat tebing sungai Mississippi.
Taman Negeri Bayou Segnette | |
---|---|
تامن نڬري بايوو سيڠنيت Bayou Segnette State Park | |
Lokasi | Kariah Jefferson, Amerika Syarikat |
Luas | 676 ekar (2.74 km2; 1.056 bt2)[1] |
Badan pentadbir | Pejabat Taman Negeri Louisiana |
Laman sesawang rasmi | |
sunting |
Bayou Segnette berada tidak jauh dari pusat bandaraya tetapi ia menampilkan capaian kepada dua jenis tanah lembap iaitu paya dan rawang. Penerobosan air masin datang dari Teluk Mexico yang menghasilkan rawang. Ini adalah habitat yang luar biasa untuk tumbuhan dan hidupan liar. Habitat ini merupakan tempat tinggal kepada aligator Amerika, nutria, armadilo berjalur sembilan, oposum Virginia, rakun, mink Amerika, lang berekor merah, hereng, burung hitam bersayap merah, helang botak dan Cardinalis cardinalis.
Rujukan sunting
- ^ Gorman, Carolyn Portier; Schultz, Deborah. Barataria-Terrebonne National Estuary Program - Tour Guide. m/s. 20. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2011-08-12. Dicapai pada 2011-03-18.
Pautan luar sunting
- Taman Negeri Bayou Segnette Diarkibkan 2017-07-18 di Wayback Machine – laman sesawang rasmi