Taman Sinar Harapan

Taman Sinar Harapan (TSH) merupakan institusi yang dikhaskan kepada Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi kategori Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam, Austisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.

Perkhidmatan ini terbuka kepada Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.


Objektif Taman Sinar Harapan sunting

  • Memberi jagaan , perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya bermasalah Pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan.
  • Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain.
  • Memberi latihan pra – vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.
  • Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan –kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti –aktiviti sosial dan sebagainya.
  • Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan –badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Taman Sinar Harapan di Malaysia sunting

Di Malaysia terdapat tujuh (7) buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi dan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kriteria kemasukan kesemua TSH adalah mengambil kira klasifikasi mengikut umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat di Taman Sinar Harapan.

  1. Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban
  2. Taman Sinar Harapan Bukit Besar, Kuala Terengganu
  3. Taman Sinar Harapan Cheras, Selangor
  4. Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bharu
  5. Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bharu
  6. Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah
  7. Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, Selangor

Hubungan sunting

Taman Sinar harapan terletak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan maklumat lanjut boleh di dapati di:-