Tarhuntasya, juga ditulis Tarḫuntašša atau Tarhuntassa (daripada bahasa Het: 𒀭𒅎𒋫𒀸𒊭 dIM-ta-aš-ša "Bandar Tarhunt"; Luwi Hieroglif: 𔖖𔓢𔕙𔑯𔗦 (DEUS)TONITRUS-hu-ta-sá), ialah sebuah kota kerajaan Het pada Zaman Gangsa di Asia Kecil. Lokasi sebenarnya tidak diketahui; pada tahun 2019, sebuah tapak kajian yang tidak banyak diusahakan di Türkmen-Karahöyük, berdekatan Çumra di Dataran Konya, dikaji di bawah Michele Massa dan James Osborne.[1][2] Lokasi dugaan yang pernah dikemukakan termasuklah Konya, suatu kawasan berdekatan Kilikia, lembah Göksu, keliling Kayseri,[3] Kilise Tepe (dekat Mut, dahulu dinamai Maltepe), dan Kızıldağ (utara dari Karaman).

Ibu Negeri Het BaharuSunting

Pada awal abad ke-13 SM, Muwatalli II mengubah ibu negeri Het dari Hattusa ke Tarhuntasya, akibat sebuah petanda buruk. Puteranya Mursili III kemudian mengubah ibu negeri balik ke Hattusa.[4] Selepas Hattusili III mengguling Mursili, raja baru itu[5] melantik putera Muwatalli Kurunta sebagai raja di Tarhuntasya. Perjanjian yang masih terselamat[6] menyebut raja itu sebagai "Ulmi-Tessup", jadi sesetengah pengkaji percaya bahawa Ulmi-Tessup dan Kurunta ialah dua pemerintah Tarhuntasya yang berlainan.

Kurunta dari TarhuntasyaSunting

Tudhaliya IV mengesahkan Kurunta sebagai raja semula dalam sebuah perjanjian yang diukir pada sekeping gangsa.[7] Pada masa itu, Kurunta sedang menghalakan bala tenteranya ke perang bersama Parha. Perjanjian ini, tidak seperti perjanjian sebelumnya yang melibatkan Tarhuntassa, menyaksikan raja kepada negeri perlindungan Het, negeri Mira dan Negeri Sungai Seha (kini Bakırçay) di persisiran Aegea. Ini mungkin menunjukkan bahawa kedudukan Tarhuntasya amat penting bagi seluruh barat Anatolia.

Kurunta kemudian menuntut gelarang Raja Agung untuk dirinya. Sama ada ya atau tidak tuntutan ini sampai ke kerajaan Het, istana Hattusa mempertikaikannya (dan menanam perjanjian itu dalam tanah).[petikan diperlukan]

Kejatuhan Kerajaan HetSunting

Di penghujung hayat kerajaan Het, Suppiluliuma II mencatatnya dalam sebuah inskripsi Luwi Hieroglif bahawa Hatti (bangsa Het) telah menyerang dan menjarah kota Tarhuntasya.[8] Inskripsi Luwi Hieroglif lain dari lewat abad ke-13 SM juga menyebut tentang seorang raja agung bernama Hartapu, putera raja agung Mursili (III), yang mungkin pernah memerintah Tarhuntasya. Kemungkinan kempen Suppiluliuma II diarahkan menentang Hartapu.[9]

RujukanSunting

 

  1. ^ James Osborne & Michele Massa, 2019, A New Iron Age Kingdom in Anatolia: King Hartapu and his Capital City (syarahan; video) Oriental Institute, University of Chicago.
  2. ^ "Archaeologists discover lost city that may have conquered the kingdom of Midas". phys.org. 21 Februari 2020.
  3. ^ "hittites.info - Informationen zum Thema hittites". ww1.hittites.info. Diarkib daripada yang asal pada October 14, 2013.
  4. ^ KBo 21.15 i 11-12.
  5. ^ Dan bukan Tudhaliya IV, mengikut Gurney (1993), m/s 19.
  6. ^ Perjanjian ini dinamai sebagai KBo. IV 10 + KUB XL 69 + 1548/u, CTH 106 dalam Gurney (1993).
  7. ^ Bronze Tablet III 59.
  8. ^ (pangsa 2)[Penjelasan diperlukan]
  9. ^ Trevor Bryce: The World of the Neo-Hittite Kingdoms: A Political and Military History. Oxford, New York 2012, m/s 21 f, 29, 145.

SumberSunting