Tari tanggai atau tari tepak adalah seni tari yang dipersembahkan untuk menyambut para tetamu undangan terutamanya pada majlis perkahwinan serta acara rasmi lain di Palembang, selatan pulau Sumatera di Indonesia.[1] Sebanyak lima orang penari diperlukan untuk persembahan ini.

Peralatan

sunting

Alat utama yang digunakan dalam persembahan ini adalah tanggai iaitu sejenis sambungan mirip kuku dipasangkan pada hujung jari penari agar ternampak lebih menonjol panjang. Tanggai ini pada awalnya diperbuat dengan emas murni, tetapi perak dan logam lain disepuh emas kemudian banyak digunakan;[2]:41-42 tanggai lengkap biasanya mempunyai 8 batang dipasangkan pada dua-dua tangan mengecualikan ibu jari, namun tanggai yang terdapat di daerah Komering Ulu lebih lengkap berjumlah sepuluh termasuk ibu jari atau jempol ini.[2]:42

Tepak sirih yang turut memberi nama kepada tarian ini digunakan melambangkan kebesaran tanda penghormatan dan rasa kegembiraan mempersembahkan kepada para tetamu;[3]:34 tepak yang berisi sirih pinang dan barangan seumpama ini sering diletakkan atas tatakan di mana para penari mempelawa tetamu undangan untuk ambil "mengambil sekapur sirih" sebagai tanda penerimaan.[3]:34, 37, 39-40

Rujukan

sunting
  1. ^ "Seni dan Budaya: Tari Tanggai". ePalembang. 2009. Dicapai pada 28 Jun 2021.
  2. ^ a b "Tanggai". m/s. 41-52 dalam Abdullah Saleh (1987).
  3. ^ a b "Tepak". m/s. 27-40 dalam Abdullah Saleh (1987).
Sumber utama