Dr. Tarsiah TZ Taman ialah seorang ahli korporat wanita Malaysia berasal dari Sabah. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah buat kali kedua pada 2021. Beliau bergiat aktif dalam bidang korporat dan pendidikan.


Tarsiah TZ Taman
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah
Memegang jawatan
15 April 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor
Didahului olehNoni Said
Dalam jawatan
2017–2018
Didahului olehMariati Robert
Digantikan olehNoni Said
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Ekonomi - Majlis Penasihat Wanita Sabah
Memegang jawatan
15 April 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriYang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
GabenorTuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin
Yang di-Pertua Negeri Sabah
Ketua MenteriYAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah
Dalam jawatan
2015–2018
Digantikan olehTerence Chee Su Kyun
Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn. Bhd
Dalam jawatan
18 November 2011 – 2014
Butiran peribadi
LahirTarsiah TZ Taman
1 September 1955
Kampung Sembulan Lama, Putatan Sabah
PasanganDatuk Mohd Zain Haji Mohd Said
Anak-anak4

Kehidupan peribadi sunting

Dr Tarsiah TZ Taman dilahirkan di Kampung Sembulan, Kota Kinabalu . Sabah pada 1 September 1955. Anak ketiga dari lapan adik beradik, merupakan anak kepada Haji Taman Joya dan Hajah Farsiah Haji Madlan.

Beliau telah berkahwin dengan Datuk Mohd Zain Haji Mohd Said dan mereka dikurniakan empat orang anak.

Pendidikan sunting

Dr Tarsiah TZ Taman mendapat pendidikan awal di SRK Sembulan dari darjah satu hingga darjah enam (1961-1966). Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Sabah College hingga memperolehi sijil MCE  pada 1973. Seterusnya beliau meneruskan pengajian di UITM hingga lulus Diploma Pengajian Perniagaan pada 1977.

Selepas itu, beliau melanjutkan pengajian di Ohio University hingga berjaya memperolehi Ijazah Bachelor in Business Administration  dengan pengkhususan dalam pembangunan Sumber Manusia pada tahun 1980. Kemudian beliau mengambil ijazah MBA dalam bidang pemasaran dan pengurusan di Illinois State University USA pada 1982. Beliau berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan  di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2007[1].

Kerjaya sunting

Dr Tarsiah TZ Taman memulakan kerjayanya di Sebor (Sabah) Sdn Bhd pada Julai hingga Ogos 1977 sebagai Eksekutif Jualan. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai pegawai buruh di Kementerian Tenaga Rakyat dan Alam Sekitar Sabah pada September 1977 hingga Mei 1979.

Selepas kembali dari Amerika pada tahun 1983, beliau telah berkhidmat sebagai pengurus pentadbiran di Perkasa Trading Sdn. Bhd dari Februari 1983 hingga Julai 1994. Selepas itu beliau bertugas di Syarikat Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Sdn. Bhd. sebagai pengurus kanan (pembangunan perniagaan dan pemasaran) bermula dari Ogos 1994 hingga 17 November 2011.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Syarikat KKIP Sdn. Bhd. bermula dari 18 November 2011 hingga Disember 2014[2][3].

Pada Julai 2015, beliau dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah (dulu dikenali Kolej Yayasan Sabah , kini dikenali sebagai Kolej Teknikal Yayasan Sabah)[4].

Bergiat Aktif Di Dalam Kemasyarakatan Dan Kebajikan sunting

Dr Tarsiah TZ Taman mula aktif dalam program Kemasyarakatan dan Kebajikan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ;

  • Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)[5][6][7] Beliau dan jawatankuasa lantikan Majlis Penasihat Wanita Sabah telah mengangkat sumpah pada 15 April 2021 di hadapan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[8].
  • Penaung / Penasihat Persatuan Milenial Usahawan Wanita Maju Sabah (MUMS)[9].
  • Pengerusi Induk Majlis Sambutan Hari Wanita peringkat negeri[10].
  • Mantan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah[11][12].

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Dr Tarsiah TZ Taman telah dikurniakan dengan pengiktirafan berikut:

Rujukan sunting

  1. ^ "Retired CEO Empowering Women". www.pressreader.com.
  2. ^ "Dr Tarsiah Taman appointed as new KKIP CEO". www.theborneopost.com.
  3. ^ "Kakitangan KKIP digalak jadi ahli Kopeks". www.theborneopost.com.
  4. ^ "It's now called Yayasan Sabah Technical College". www.dailyexpress.com.
  5. ^ "Kerajaan Negeri Terus Komited Pastikan Pembangunan Wanita Di Sabah". sabahnews.com.my.
  6. ^ "Domestic violence cases up in Sabah". www.theborneopost.com.
  7. ^ "PESERTA PROGRAM JERAYAWARA JELAJAH SABAH DIINGATKAN KONGSI MAKLUMAT – DATUK AMISAH". www.borneodailybulletin.com.
  8. ^ "UCAPAN YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR, KETUA MENTERI SABAH, SEMPENA MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS PENASIHAT WANITA SABAH 2021/2022, DI PEJABAT KETUA MENTERI, TINGKAT 32, PUSAT PENTADBIRAN NEGERI SABAH PADA 15 APRIL 2021" (PDF). cmsabah.gov.my.
  9. ^ "Kerajaan negeri akan perkasa usahawan wanita". www.dialyexpress.com.
  10. ^ "Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah". www.dialyexpress.com.
  11. ^ "Mantan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah". www.jbsn.gov.my.
  12. ^ "MPWS sentiasa perkasa golongan wanita Sabah". www.utusanborneo.com.my.
  13. ^ "Ex Olympian, Musician, Religious, Politicians Among 74 New 'Datuk'". www.borneotoday.net.
  14. ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.