Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3.[1] Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.

Telur ikan salmon (kiri) dan sturgeon (kaviar) (kanan)
Skagen udang diletakkan telur ikan salmon salai sejuk, di atas roti

Kegunaan sunting

Jepun sunting

 
Telur ikan salmon di pasar Shiogama di Jepun
 
Ikuradon, semangkuk nasi bersama telur ikan salmon
 
Mi mentah diperbuat daripada telur udang

Pelbagai jenis telur ikan digunakan bagi masakan Jepun, termasuk yang digunakan secara mentah dalam sushi:

  • Ikura (イクラ) - Telur ikan salmon. Setiap biji berupa bebola merah kejinggaan. Memandangkan telur ikan salmon juga digunakan sebagai umpan, pemancing yang pertama kali memakan susi mungkin akan berasa pelik apabila dihidangkan dengan ikura. Ia adalah perkataan pinjaman daripada bahasa Rusia, "икра" (telur bercangkerang lembut, iaitu kaviar)
  • Sujiko (すじこ/筋子) - Juga telur ikan salmon. Perbezaannya ialah sujiko masih di dalam kantung semasa dihidang. Ia juga mempunyai warna yang berbeza; sujiko berwarna merah kepada gelap manakala warna ikura lebih cerah. Sujiko juga mempunyai rasa yang lebih manis.
  • Masago (真砂子)- Telur ikan belanak, menyerupai Tobiko, tetapi lebih kecil.
  • Kazunoko (数の子/鯑) - Telur ikan herring, kuning atau merah jambu, mempunyai tekstur yang pejal, bergetah dan sering dijeruk. Telur ikan ini dalam bentuk penuh dan kelihatan seperti seekor ikan.
  • Mentaiko (明太子) - Telur ikan pollock alaska, dirempah dengan serbuk lada benggala dan diselaputi membran tiruan nipis yang elastik. Mentaiko lazimhya berwana merah jambu ke merah gelap.
  • Tarako (たらこ/鱈子) - Telur ikan pollock alaska yang diasin, kadang kala dipanggap.
  • Tobiko (飛び子) - Telur ikan terbang, sangat rangup, berwarna jingga kemerahan.
 
Telur landak laut.
  • Uni (うに/雲丹) - Telur landak laut, lembut dan meleleh. Warnanya sekitar jingga hingga kuning pudar. Manusia memakannya secara mentah atau dimasak secara sekejap. Telur landak laut sangat popular dalam masakan Korea dan dipanggil "uni" dalam masakan sushi Jepun. Selain kegunaan domestik, banyak negara yang mengeksport landak laut ke Jepun untuk permintaan penduduknya. Secara tradisinya, ia dianggap bahan perangsang nafsu, kerana telur landak laut mengandungi kannabinoid anandamida.[2]
  • Karasumi (カラスミ/鱲子) - merupakan keistimewaan Nagasaki bersama telur landak laut jeruk asin dan Konowata ialah salah satu daripada tiga chinmi di Jepun. IA diperbuat dengan menyulingkan telur belanak jeruk asin dan dijemur.

Malaysia sunting

Telur ikan turut digunakan dalam masakan Malaysia. Antara yang paling terkenal ialah masakan goreng, gulai lemak, asam pedas dan pais. Antara telur yang paling lazim digunakan untuk masakan ialah telur ikan duri, ikan mayong dan ikan parang.

Di Sarawak, telur ikan terubuk amat terkenal bagi penduduk tempatan dan juga pelancong. Telur tersebut boleh didapati di pasar jalanan di Kuching dengan harga antara RM50 per 100 gram dan memang harganya dianggap mahal oleh penduduk tempatan manakala di negeri-negeri lain, telurnya boleh mencecah sehingga RM100.

Penggunaan telur ikan dalam masakan Melayu sudah lama termaktub dalam kehidupan orang Malaysia. Satu kisah lama iaitu Batu Belah Batu Bertangkup mengisahkan tentang seorang ibu yang kempunan untuk memakan telur ikan tembakul setelah anak-anaknya memakan telur tersebut tanpa meninggalkan sedikitpun untuknya.

Rujukan sunting

  1. ^ Roe of Marine Animals Is Best Natural Source of Omega-3 Science Daily, 11 December 2009.
  2. ^ Bisogno; dll. (1997). "Occurrence and metabolism of anandamide and related acyl-ethanolamides in ovaries of the sea urchin Paracentrotus lividus". Biochim Biophys Acta. 1346 (3): 338–48. doi:10.1016/s0005-2760(97)00009-x. PMID 9150253. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Explicit use of et al. in: |last= (bantuan)