Tengku Muhammad Muiayat Shah I ibni Sultan Mansur Riayat Shah I, dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan, ialah raja yang ditabal menaiki takhta Kelantan pada Mei tahun 1795 sehingga tahun 1800. Baginda ialah menantu Long Yunus (suami Cik Ku Tuan Nawi) dan putera kepada Sultan Terengganu iaitu Sultan Mansur Riayat Shah I Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin Shah I.

Pemerintahannya tidak lama kerana kurang disenangi terutamanya oleh putera-putera Long Yunus, terutama Long Muhammad. Pemerintahan berakhir selepas berjaya dikalahkan oleh Long Muhammad pada 1800.

Lihat juga sunting


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1798 – 1800
Penyandang Kemudian
Long Yunus Sultan Muhammad I