Tengku Putera Tengku Awang
YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Lahir 14 Jun 1959), merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri Kewangan.[1]
YM Dato' Tengku Putera Tengku Awang | |
---|---|
![]() | |
Ahli Dewan Undangan untuk N23 Kuala Berang | |
Dalam jawatan 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | YB Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ismail P.J.K |
Digantikan oleh | Mamad Puteh |
Ahli Dewan Undangan untuk N21 Telemong | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Digantikan oleh | YB. Haji Rozi bin Haji Mamat |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Toh Puan Halijah Ali |
Anak-anak | 5 |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Isi kandungan
Kehidupan AwalSunting
Beliau dilahirkan di Kampung Kepah, Telemong, Hulu Terengganu, Terengganu. Tengku Putera merupakan pemegang Diploma Pentadbiran Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1984 dan kemudiannya menceburi kerjaya dalam bidang perbankan.[1]
PolitikSunting
Kerjaya politiknya bermula apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong pada pilihan raya umum 1995[1] dan seterusnya memenangi kerusi itu dan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri.
Sejarah kepimpinannya mula menyerlah ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada tahun pilihan raya umum 1999. Namun beliau bersama seorang lagi calon BN yang juga dari bahagiannya iaitu Rosol Wahid menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan Ajil.
Beliau sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada tahun 1999 ketika BN tewas di Terengganu dan pada pilihan raya umum 2004 bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu.
KeluargaSunting
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Halijah Ali, 44 dan mempunyai lima orang anak;
- Tengku Haphiz
- Tengku Norhafizah
- Tengku Norhakimah
- Tengku Norhidayah
- Tengku Muhammad Hakimi
Lihat JugaSunting
RujukanSunting
- ^ a b c "TENGKU PUTERA TENGKU AWANG". Sinar Harian. 7 Julai 2018 – melalui http://pru.sinarharian.com.my.