Terier Patterdale

baka anjing dari United Kingdom

Terier Patterdale[a] ialah "jenis" baka anjing yang diturunkan daripada baka terier Utara dari awal abad ke-18. Ia dibiakbakakan di Patterdale, Daerah Lake.

Terier Patterdale
Terier Patterdale
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

Penampilan sunting

Terdapat dua piawaian baka untuk terier Patterdale yang dimiliki oleh United Kennel Club (UKC) dan American Dog Breeders Association (ADBA), kedua-duanya di Amerika Syarikat, memandangkan The Kennel Club tidak mengiktiraf terier Patterdale.

Piawaian UKC menyatakan bahawa anjing ini adalah setinggi 25–38 cm (9.8–15.0 in) dan menyatakan bahawa anjing patut berada dalam keadaan cergas untuk kerja. Piawaian UKC selanjutnya menyatakan:

Terier kecil aktif yang mempersembahkan imej padat dan seimbang. Sebagai terier pekerja, ia patut mampu menyelit di dalam laluan sangat kecil di bawah tanah untuk mengikuti buruan. Baka ini bekerja jauh lebih banyak daripada yang penunjukkannya dan pembiak baka terutamanya mementingkan kepraktikalan baka ini. Terier ini mesti mempunyai leher kuat, ketabahan untuk menahan buruannya, keupayaan untuk menyelit ke dalam korok sempit, dan kebolehlenturan dan daya ketahanan hebat.

Bulu dan warna sunting

 
Variasi utama warna/jenis lapis bulu
 
Contoh seekor terier Patterdale betina dalam Pertunjukan Anjing Rhu yang menggambarkan variasi jauh lebih cerah bagi warna lapis bulu

Lapis bulu mungkin merupakan salah satu daripada tiga jenis: "licin", "putus-putus", atau "kasar."

  • Lapis bulu licin: Bulu pendek dan licau. Lapis bulu bawah biasanya masih hadir.
  • Lapis bulu putus-putus: Kasar. Mungkin kumis lebih panjang pada muncung dan dagu.
  • Lapis bulu kasar: Bulu lebih panjang secara keseluruhan, termasuk muka, telinga, dan muncung. Lapis bulu ganda pelindung sangat tebal.

Semua jenis lapis bulu patut mempunyai lapis bulu berganda padat dan kasar yang kasar kepada sentuhan dan kalis cuaca.

Warna termasuk hitam, merah, gangsa, hitam dan sawo matang, coklat, hati, malah hati dan sawo matang dan kadang-kadang brindle, tetapi tidak pernah sepenuhnya putih. Sebarang warna lain, atau tompok-tompok putih lebih besar jauh dari dada, menunjukkan pembiakbakaan silang, terutamanya dengan terier Jack Russell. Secara tradisional, terier Patterdale berwarna padu, tanpa tanda-tanda putih.

Perangai sunting

Anak terier Patterdale cenderung untuk menjadi berani dan yakin melebihi kemampuannya. Terier Patterdale terkenal sebagai terier pekerja, bukannya anjing pertunjukan. Seperti yang tipikal bagi terier, yang kerjanya memerlukan paras tenaga tinggi dan dorongan kuat untuk mengejar mangsa, terier Patterdale sangat bertenaga dan dapat menjadi sukar untuk disosialisasikan. Walaupun juga dibela sebagai anjing peliharaan, kerana dibiakbakakan untuk kerja keamatan tinggi, ia mungkin cenderung ke arah menjadi terlalu bertenaga untuk kehidupan rumah tangga tidak aktif.[1]

Sejarah dan gambaran keseluruhan sunting

Asal usul baka ini dapat dijejak kembali kepada pembiakbakaan silang antara terier lama Inggeris (terier hitam asli) dengan terier serling Northumberland (kini pupus) dan kemudian ke Daerah Lake, khususnya kepada pemimpin perburuan Ullswater Joe Bowman, seorang pembiak baka awal terier sempadan. Di sana, beliau menggunakan fell terrier merah terbaik dan terier pemburu tempatan terbaik yang tersedia kepada beliau, supaya beliau dapat meneruskan usaha untuk memperhalus baka ini dengan lebih lanjut.

Baka ini tidak mendapat perhatian sehingga Cyril Breay, seorang guru sekolah dan pemburu, memperhalusnya dengan lebih lanjut, dengan menggunakan anjing terbaik di England utara. Semua terier Patterdale semasa dipercayai diturunkan daripada anjing yang dibiakbakakan oleh Breay.[perlu rujukan]

Terrier Patterdale lebih memadani "jenis" dan bukannya "baka", sebagai hasil daripada kemuncak baka-baka terier pekerja yang asli di United Kingdom.[perlu rujukan] Anjing jenis terier Patterdale dibiakbakakan oleh pemburu haram di serata England utara. Begitu juga dengan yang lain, untuk pemburuan dan penghantaran rubah merah di fell berbatu di sekitar Daerah Lake, Barat Laut, dan Timur Laut England, penggunaan anjing penggali tradisional tidak selalu berkesan. Terier Patterdale juga telah digunakan untuk pengumpanan bejar haram di United Kingdom.

Terier Patterdale dikembangkan di persekitaran mencabar di utara England, kawasan yang tidak sesuai untuk pertanian suai tani dan kebanyakannya terlalu berbukit untuk lembu. Penternakan biri-biri ialah kegiatan penternakan paling utama di bukit-bukau ini. Memandangkan rubah dianggap oleh para petani sebagai pemangsa berkenaan dengan biri-biri dan haiwan ternakan kecil, terier digunakan untuk kawalan pemangsa. Tidak seperti sarang tanah yang terdapat di tanah perburuan di selatan, sarang berbatu yang terdapat di utara tidak membolehkan banyak penggalian. Akibatnya, terier itu perlu mampu meluru ke arah rubah dari celah batu atau menghantarnya ke tempat ia ditemukan.

Penggunaan anjing "keras" untuk memburu rubah dengan cara ini dilarang di England dan di Wales oleh Akta Perburuan 2004, kerana ini bertentangan dengan tataamalan[2] di bawah Akta tersebut.

Terier Patterdale tiba di Amerika Syarikat untuk digunakan terhadap marmot tanah, rakun, rubah, dan berang-berang dengan kejayaan besar.[perlu rujukan] Terier Patterdale, yang dianggap sangat mudah menyesuaikan diri, cemerlang di seluruh dunia bukan hanya dalam pemburuan pelbagai buruan, tetapi dalam sebilangan sukan anjing, seperti ketangkasan anjing dan perlumbaan terier.[perlu rujukan] Di Amerika Syarikat, terier Patterdale diiktiraf oleh United Kennel Club pada 1 Januari 1995, tetapi kekal tidak diiktiraf oleh American Kennel Club.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: تيريئر ڤاترديل; bahasa Inggeris: Patterdale terrier

Rujukan sunting

  1. ^ "Dad jailed over baby son Reggie Young's dog bite death" (dalam bahasa Inggeris). BBC. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  2. ^ "Terrier Code" (PDF). basc.org.uk (dalam bahasa Inggeris). BASC. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2006.

Pautan luar sunting