Terier Jack Russell

baka anjing dari United Kingdom

Terier Jack Russell[a] ialah satu baka terier kecil British. Ia terutamanya bertubuh putih dan berlapis bulu lembut, kasar, atau putus-putus dan dapat mempunyai sebarang warna.

Terier Jack Russell
seekor anjing kecil dengan tompok-tompok perang berangan pada atas kedua-dua mata dan pada tubuh
Negara asalUnited Kingdom
Trait
Berat 5–6 kg (11–13 lb)[1]
Tinggi unggul: 25–30 cm (10–12 in)[1][2]
Bulu licin, kasar, atau putus-putus
Warna kebanyakannya putih, dengan tompok-tompok sawo matang atau hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Ia diterbitkan daripada anjing yang dibiakbakakan dan digunakan untuk pemburuan rubah di North Devon pada awal abad kesembilan belas oleh seorang parson desa, Jack Russell – yang sempena beliau baka ini dinamai – dan mempunyai asal usul serupa dengan terier rubah moden. Walau hampir-hampir serupa, ia merupakan baka tersendiri dan berbeza daripada terier Parson Russell.[3]

Terier Jack Russell ialah baka bertenaga yang bergantung pada tahap senaman dan rangsangan tinggi. Ia telah melalui beberapa perubahan selama bertahun-tahun selari dengan kegunaan dan piawaian baka berlainan yang ditetapkan oleh kelab kenel. Pengiktirafan oleh kelab-kelab kenel untuk terier Jack Russell telah ditentang oleh persatuan-persatuan induk baka – yang menghasilkan pembiakbakaan dan pengiktirafan terier "Parson Russell". Terier Jack Russell telah muncul berkali-kali dalam filem, televisyen, dan cetakan – dengan beberapa ekor anjing terkenal.

Sejarah

sunting

Paderi sukan

sunting
 
Sebuah lukisan tentang Trump, anjing yang dibeli oleh Rev. John Russell

Terier putih kecil yang mengerjakan rubah yang dikenali kini pertama kali dibiakbakakan oleh Reverend John "Jack" Russell, seorang parson dan penggemar perburuan yang lahir pada tahun 1795[4] dan ia dapat menjejaki asal usulnya kepada terier putih Inggeris yang kini pupus.[5] Kesukaran untuk membezakan anjing ini daripada makhluk yang dikejar olehnya membangkitkan keperluan untuk anjing yang kebanyakannya berwarna putih[6] dan, oleh itu, pada tahun 1819, semasa tahun terakhir beliau di universiti di Kolej Exeter, Oxford,[7] beliau membeli seekor terier putih dan sawo matang kecil betina bernama Trump daripada penjual susu tempatan[8] di dukuh kecil Elsfield[9] atau Marston yang berdekatan.[10] Trump melambangkan terier rubah unggul beliau,[11] yang, pada masa itu, merupakan istilah yang digunakan untuk mana-mana terier yang digunakan untuk mengeluarkan rubah keluar dari korok.[5] Pewarnaannya diperihalkan seperti yang berikut: "...putih, dengan hanya setompok sawo matang gelap pada setiap mata dan telinga; manakala setitik serupa, tidak lebih besar daripada sekeping sen, menandakan pangkal ekor."[12] Davies, seorang sahabat kepada Russell, menulis: "Trump ialah haiwan seperti yang hanya dilihat oleh Russell dalam mimpinya".[7] Ia merupakan asas untuk program pembiakbakaan untuk mengembangkan terier dengan stamina tinggi untuk perburuan serta keberanian dan bentuk untuk mengusir keluar rubah yang telah memasuki tanah.[13] Menjelang tahun 1850-an, anjing ini diiktiraf sebagai baka tersendiri.[14]

Satu atribut penting pada anjing ini ialah keagresifan yang memberikan dorongan yang diperlukan untuk mengejar dan meluru ke arah rubah, tanpa menyebabkan kecederaan fizikal terhadap buruan dan menamatkan pengejaran dengan berkesan, yang dianggap tidak sporting.[perlu rujukan] Russell dikatakan telah berbangga dengan diri kerana terier beliau tidak pernah merasa darah.[14] Susur galur terier yang dikembangkan oleh John Russell ini sangat dihormati kerana kualiti itu dan anjing beliau kerap diambil oleh para penggemar perburuan. Walau bagaimanapun, kurang ada kemungkinan bahawa mana-mana anjing yang masih hidup kini dapat dibuktikan sebagai keturunan daripada Trump, kerana Russell terpaksa menjual semua anjing beliau lebih daripada satu kali kerana kesukaran kewangan dan hanya mempunyai empat ekor terier berumur (dan bukan untuk pembiakbakaan) yang ditinggalkan semasa beliau meninggal dunia pada tahun 1883.[perlu rujukan]

Anjing jenis terier rubah dan terier Jack Russell masa kini kesemuanya diturunkan daripada anjing dari zaman itu. Walau bagaimanapun, pedigri berdokumen yang lebih awal dari tahun 1862 belum ditemukan. Beberapa rekod kekal tentang pembiakbakaan berdokumen oleh John Russell pada antara tahun 1860-an dengan tahun 1880-an. Fox Terrier Club dibentuk pada tahun 1875 dengan Russell sebagai salah seorang anggota pengasas; piawaian bakanya ialah ilham, dan bukan perihal tentang cara baka muncul ketika itu. Menjelang permulaan abad ke-20, terier rubah telah berubah lebih ke arah baka moden, tetapi di sesetengah bahagian negara itu gaya lama terier John Russell kekal, dan daripada anjing itulah jenis Jack Russell moden telah diturunkan.[7]

Banyak baka dapat menuntut warisan kepada terier rubah awal dari tempoh ini, termasuk terier Brazil, terier Jepun, terier rubah katik, anjing pemburu tikus bodega Andalusia, terier tikus, dan terier Tenterfield.[15]

Selepas John Russell

sunting
 
Carlisle Tack, seekor terier rubah yang lahir pada 1884, yang dimiliki oleh John Russell.[16]

Selepas kematian Russell, satu-satunya orang yang melakukan usaha serius untuk meneruskan strain-strain itu merupakan dua orang lelaki, seorang di Chislehurst dengan nama keluarga East, dan seorang lagi di Cornwall bernama Archer. East, pada satu ketika, mempunyai beberapa pasangan, yang kesemuanya diturunkan daripada salah seekor anjing milik Russell. Jenis yang disasarkan tidak sebesar terier rubah pertunjukan dan biasanya kurang daripada 7 kg (15 lb).[6]

Arthur Blake Heinemann mewujudkan piawaian baka pertama dan, pada tahun 1894, beliau mengasaskan Devon and Somerset Badger Club, yang bertujuan untuk mempromosikan penggalian bejar, bukan pula pemburuan rubah, dan pembiakbakaan terier yang sesuai untuk tujuan ini. Terier diperoleh daripada Nicholas Snow dari Oare dan ia berkemungkinan diturunkan daripada anjing asli milik Russell, kerana Russell barang kali pernah berburu pada satu ketika dengan kelab perburuan Snow dan berkemungkinan telah menyediakan sekurang-kurangnya beberapa ekor terier asli mereka.[7] Menjelang permulaan abad ke-20, nama Russell telah menjadi terkait dengan baka anjing ini.[17]

Kelab ini kemudiannya dinamai semula Parson Jack Russell Terrier Club.[7] Penggalian bejar memerlukan jenis anjing berbeza daripada pemburuan rubah dan kemungkinan besar ternakan bulterier diperkenalkan untuk memperkuat baka ini, yang mungkin menyebabkan penghasilan keragaman bertungkai lebih pendek bagi terier Jack Russell yang mula muncul pada sekitar tempoh ini. Pada masa sama dengan kemunculan perpisahan antara terier rubah pertunjukan dengan terier rubah pekerja, perpisahan lanjut berlaku antara dua jenis berlainan bagi terier putih, kedua-duanya membawa nama Jack Russell.[6] Heinemann diundang untuk menghakimi kelas untuk terier pekerja dalam Crufts dengan tujuan untuk membawa terier pekerja kembali ke dalam gelanggang pertunjukan dan mempengaruhi mereka yang mengetepikan kualiti kerja pada anjing. Kelas-kelas ini diteruskan selama beberapa tahun oleh pelbagai hakim, tetapi Charles Cruft menggugurkan percubaan itu kerana kelas-kelas itu tidak pernah dipertandingkan dengan sengit. Ikutan kematian Heinemann pada tahun 1930, kenel dan kepemimpinan kelab diserahkan kepada Annie Harris, tetapi kelab itu sendiri runtuh sejurus sebelum Perang Dunia Kedua.[6][7]

Pasca-Perang Dunia Kedua

sunting

Ikutan Perang Dunia Kedua, keperluan untuk anjing pemburu merosot secara drastik, dan dengan itu bilangan terier Jack Russell. Anjing ini semakin digunakan sebagai anjing keluarga dan teman.[perlu rujukan]

Jack Russell Terrier Club of America (JRTCA) dibentuk pada tahun 1976 oleh Ailsa Crawford, salah seorang pembiak baka terier Jack Russell pertama di Amerika Syarikat. Julat saiz untuk anjing dikekalkan luas, dengan keupayaan anjing pekerja yang dianugerahi lebih tinggi daripada yang dalam pertunjukan pengakuran. Pejabat pendaftaran terbuka dikekalkan dengan pembiakbakaan titisan terbatas. Pendaftaran untuk kelab dibuat pada usia dewasa untuk terier Jack Russell, bukan semasa lahir, untuk memastikan bahawa kualiti baka ini kekal, memandangkan terdapat pendaftaran terbuka.[perlu rujukan]

Beberapa buah kelab baka muncul di United Kingdom semasa tahun 1970-an untuk mempromosikan baka ini, termasuk Jack Russell Club of Great Britain (JRTCGB) dan South East Jack Russell Terrier Club (SEJRTC). JRTCGB mempromosikan julat saiz yang kekal dalam piawaiannya kini, manakala SEJRTC menetapkan ketinggian minimum untuk anjing pada 33 cm (13 in). Walaupun JRTCGB berusaha untuk memastikan agar keupayaan kerja baka ini kekal melalui ketiadaan pengiktirafan dengan pejabat pendaftaran baka lain, kegiatan SEJRTC mengusahakan pengiktirafan dengan The Kennel Club United Kingdom.[18] Pada tahun 1983, Parson Jack Russell Club of Great Britain (PJRTCGB) dibangkitkan semula untuk mendapatkan pengiktirafan The Kennel Club untuk baka ini. Walaupun permohonan itu pada mulanya ditolak, piawaian baharu diwujudkan untuk PJRTCGB berdasarkan piawaian SEJRTC, dan di bawah piawaian itu baka ini diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1990 sebagai Parson Jack Russell Terrier.[19] "Jack" digugurkan daripada nama rasmi pada tahun 1999 dan nama beriktiraf baka ini menjadi Parson Russell Terrier ("terier Parson Russell").[20]

Pada lewat tahun 1990-an, American Kennel Club meneroka kemungkinan untuk mengiktiraf terier Jack Russell.[perlu rujukan] Langkah ini ditentang oleh Jack Russell Terrier Club of America kerana mereka tidak ingin agar baka ini kehilangan ciri-ciri pekerja pentingnya.[perlu rujukan] Jack Russell Terrier Breeders Association dibentuk dan membuat petisyen kepada AKC; kemasukan baka ini diberikan pada tahun 2001. Di bawah piawaian yang diiktiraf oleh AKC, saiz baka ini disempitkan daripada piawaian kelab sebelumnya, dan nama terier Jack Russell yang diiktiraf oleh AKC diubah kepada terier Parson Russell,[perlu rujukan] dengan Jack Russell Terrier Breeders Association yang dinamai semula kepada Parson Russell Terrier Association of America.[perlu rujukan]

Australian National Kennel Council (ANKC) dan New Zealand Kennel Club (NZKC) merupakan antara persatuan kenel kebangsaan yang mendaftarkan kedua-dua terier Jack Russell dan terier Parson Russell;[21][22][23][24] walau bagaimanapun, syarat saiz untuk terier Jack Russell di bawah kedua-dua piawaian itu sepatutnya mengelaskan seseekor anjing sebagai terier Russell di Amerika Syarikat.[25] Pada tahun 2009, terdapat 1073 ekor terier Jack Russell yang berdaftar dengan ANKC, berbanding dengan 18 ekor untuk terier Parson Russell.[26] Baka moden yang lain kerap disalah anggap sebagai terier Jack Russell moden, termasuk sepupunya terier Parson Russell,[27] terier Tenterfield,[28] dan terier tikus.[29] Wujud beberapa baka moden lain yang diturunkan daripada baka terier rubah awal, termasuk terier Brazil, terier Jepun, terier rubah katik, anjing pemburu tikus bodega Andalusia, terier tikus, dan terier Tenterfield.[30]

Perihal

sunting
 
Terier Jack Russell terdapat dalam pelbagai jenis lapis bulu dan dengan pelbagai tanda
 
Contoh terier Jack Russell berbulu putus-putus

Oleh sebab sifat pekerjanya, terier Jack Russell kekal seperti kira-kira 200 tahun lalu.[31] Ia tegap, lasak, dan kuat, berukuran setinggi 25–38 cm (10–15 in) pada paras kelasa[32] dan seberat 6–8 kg (14–18 lb).[perlu rujukan] Panjang tubuh mestilah berperkadaran dengan ketinggian dan anjing ini patut menunjukkan imej padat dan seimbang. Dengan bahagian paling besar yang berwarna putih (lebih daripada 51%) dan tanda-tanda hitam dan/atau perang dan/atau sawo matang,[32] ia mempamerkan lapis bulu yang sama ada licin, kasar, atau gabungan kedua-duanya yang dikenali sebagai lapis bulu putus-putus. Anjing berlapis bulu putus-putus mungkin mempunyai bulu lebih panjang pada ekor atau muka daripada yang terlihat pada anjing berlapis bulu licin.[33]

 
Contoh terier Jack Russell berbulu kasar

Kepalanya patut sederhana lebar di telinga, menyempit ke mata, dan sedikit rata di antara telinga. Patut ada stop jelas tetapi tidak terlalu jelas di hujung muncung di pertemuannya dengan kepala, dan hidung hitam. Rahangnya patut berkuasa dan cukup bertulang dengan gigitan gunting dan gigi lurus. Matanya berbentuk badam dan berwarna gelap dan patut penuh dengan kehidupan dan kecerdasan. Telinga kecil berbentuk V dengan ketebalan sederhana terangkat ke hadapan di atas kepala.[perlu rujukan] Apabila anjing berjaga-jaga, hujung V tidak patut melepasi sudut luar mata. Ekornya terletak tinggi-tinggi dan pada masa lalu dipotong hingga hampir-hampir sepanjang 10 sentimeter (5 in) untuk menyediakan pegangan tangan mencukupi untuk menggenggam terier ini.[perlu rujukan]

Terier Jack Russell patut sentiasa kelihatan seimbang dan berwaspada.[32] Rubah merah ialah buruan tradisional terier Jack Russell, maka terier Jack Russell pekerja mesti cukup kecil untuk mengejarnya. Rubah merah berbeza-beza dari segi saiz, tetapi di seluruh dunia, berpurata seberat 6–8 kg (13–17 lb) dan dengan purata saiz dada 30–36 cm (12–14 in) di bahagian terlebar.[34]

Perbezaan daripada baka berkaitan

sunting
 
Terier Parson Russell (gambar) mengongsi leluhur bersama dengan terier Jack Russell.

Baka terier Jack Russell Terrier dan terier Parson Russell adalah serupa, dengan asal usul bersama, tetapi mempunyai beberapa perbezaan ketara – yang paling ketara ialah julat ketinggian yang boleh diterima.[35] Perbezaan lain pada terier Parson Russell dapat termasuk kepala lebih panjang dan dada lebih besar serta saiz tubuh lebih besar secara keseluruhan.[perlu rujukan] Ketinggian terier Parson Russell pada paras kelasa menurut piawaian baka ialah 30–36 cm (12–14 in) yang menempatkannya dalam julat saiz piawai Jack Russell Terrier Club of America untuk terier Jack Russell, iaitu 25–38 cm (10–15 in). Walau bagaimanapun, terier Parson Russell ialah anjing piawaian pertunjukan pengakuran manakala piawaian terier Jack Russell ialah piawaian anjing pekerja lebih umum.[36]

Terier Russell, yang juga kadang-kadang dipanggil terier Jack Russell Inggeris atau terier Jack Russell pendek ialah baka berkaitan yang pada umumnya lebih kecil.[37] Kedua-dua piawaian baka American Russell Terrier Club dan English Jack Russell Terrier Club Alliance menyatakan bahawa pada paras kelasa ia sebaik-baiknya mesti setinggi 20–30 cm (8–12 in).[38][39] Walaupun kadang-kadang dipanggil terier Jack Russell Inggeris atau terier Jack Russell Ireland,[perlu rujukan] ini bukan ketinggian beriktiraf bagi terier Jack Russell di United Kingdom. Menurut piawaian baka Jack Russell Club of Great Britain, ia sama saiz dengan piawaian untuk terier Jack Russell di Amerika Syarikat, iaitu 25–38 cm (10–15 in).[40] Berbanding dengan terier Parson Russell, terier Russell patut sentiasa lebih panjang daripada ketinggian pada paras kelasa, sementara titik-titik terier Parson Russell patut berada pada jarak sama.[41] Piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa untuk terier Jack Russell menyenaraikan saiz lebih kecil ini sebagai syarat.[1] Terrierman Eddie Chapman, yang telah berburu di Devon selama lebih daripada 30 tahun, kawasan sama perburuan oleh John Russell sendiri, mencatatkan bahawa, "Saya dapat menyatakan dengan tegas bahawa jika diberi pilihan, sembilan puluh sembilan peratus daripada terrier man pemburu akan membeli pekerja kurang daripada 12 inci (30 cm), jika tersedia, yang melebihi 14 inci (36 cm)."[42]

Perangai

sunting
 
Terier Jack Russell mempunyai paras tenaga tinggi.

Terier Jack Russell pertama-tama ialah terier pekerja.[43] Sebagai anjing yang pada asalnya dibiakbakakan untuk meluru ke arah rubah untuk mengusir rubah dari sarangnya semasa perburuan, ia digunakan terhadap banyak buruan penghuni tanah seperti marmot, bejar, berang-berang, dan rubah merah dan kelabu.[44] Terier Jack Russell pekerja diperlukan untuk mengesan buruan di dalam bumi dan kemudian sama ada meluru ke arahnya atau menahannya di tempatnya sehingga buruan menggali ke arahnya.[perlu rujukan] Untuk mencapai ini, anjing itu tidak menyalak tetapi mengharapkan perhatian kepada buruan secara berterusan. Oleh sebab pemuliharaan keupayaan kerja ini adalah sangat penting untuk kebanyakan pembiak baka berdaftar JRTCA/JRTCGB, terier Jack Russell cenderung untuk menjadi anjing amat pintar, atletik, tidak takut, dan lantang.[13] Anjing ini tidak jarang juga menjadi beremosi atau bersikap pemusnah jika tidak dirangsang dan disenamkan dengan betul, kerana ia mempunyai kecenderungan untuk mudah menjadi bosan dan kerap mewujudkan keseronokan sendiri apabila ditinggalkan bersendirian untuk menghibur diri, yang membawa kepada nama panggilan separa mesra sesama anjing peliharaan pinggir bandar "Jack Russell Terrorist".[perlu rujukan]

Tenaga dan dorongan tingginya menjadikan anjing ini sesuai untuk sebilangan sukan anjing berlainan seperti flyball atau ketangkasan.[45] Kelas kepatuhan juga disyorkan kepada bakal pemilik,[44] kerana terier Jack Russell kadang-kadang dapat menjadi degil dan agresif terhadap haiwan dan manusia lain jika tidak tersosialisasi dengan betul.[13] Walaupun saiznya kecil, anjing ini tidak disyorkan untuk penghuni kondominium atau pangsapuri melainkan pemiliknya bersedia untuk memikul tugas berat untuk menyediakan untuk anjing ini jumlah senaman dan rangsangan yang diperlukan. Ia mempunyai sejumlah besar tenaga untuk saiznya.[perlu rujukan]

Kesihatan

sunting
 
Terier Jack Russell yang berlari
 
Trump, 2002 Juara Ketangkasan Kebangsaan/Sedunia USDAA – divisyen 12"

Oleh sebab penggunaannya dalam perburuan, terier Jack Russell cenderung menghidap sindrom kejutan toksik sigung.[46]

Sebuah kajian tahun 2022 tentang jangka hayat anjing di United Kingdom yang menggunakan data veterinar mendapati bahawa terier Jack Russell mempunyai purata jangka hayat sebanyak 12 tahun dan 9 bulan, yang lebih tinggi daripada mana-mana baka lain dalam kajian itu termasuk baka silang.[47] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun berbanding dengan 12 tahun untuk baka silang dan 12.7 tahun untuk baka tulen secara keseluruhan.[48] Sebuah kajian Itali tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 8 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[49]

Keadaan kulit

sunting

Displasia folikel bulu hitam ialah sejenis displasia folikel jarang yang melibatkanya hanya bulu hitam pada anjing dwiwarna atau triwarna yang menjadi terjejas. Terier Jack Russell diketahui sebagai baka yang mungkin memperoleh keadaan ini walaupun ini terlihat pada beberapa baka dan pada anjing baka kacuk.[50]

Sejenis iktiosis yang dapat dibezakan secara klinikal dan histopatologi telah dikenal pasti dalam keluarga terier Jack Russell berasingan. Iktiosis ini juga lebih parah daripada bentuk-bentuk lain. Satu mutasi pada gen TGM1 telah didapati sebagai punca.[51]

Gangguan mata

sunting

Kehelan kanta primer ialah keadaan terwaris yang kerap berlaku pada terier Jack Russell serta baka lain.[52] Sebuah kajian mengenal pasti bahawa suatu mutasi pada gen ADAMTS17 bertanggungjawab atas keadaan ini.[53]

Hematologi

sunting

Keimunokurangan bercampur teruk (SCID) ialah gangguan genetik yang berkaitan dengan gerak balas antibodi rosak. Suatu bentuk resesif autosom bagi SCID telah dilaporkan pada terier Jack Russell. Keadaan ini biasanya menyebabkan kematian akibat jangkitan semasa beberapa bulan pertama. Alel yang bertanggungjawab atas keadaan ini didapati pada kurang daripada 1.1% daripada jumlah terier Jack Russell dan terdapat ujian DNA untuk keadaan ini.[54]

Keadaan otot rangka

sunting

Kehelan tempurung lutut, yang juga dikenali sebagai tempurung lutut terkehel, ialah gangguan keturunan yang menjejaskan lutut. Ini berlaku apabila tempurung lutut tergelincir dari alur yang biasanya menempatkannya. Kesannya mungkin sementara apabila anjing berkenaan berlari sambil menahan tungkai belakangnya di udara sebelum berlari di atasnya semula sebaik tempurung lutut tergelincir semula ke tempatnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Anjing boleh mengalami masalah dengan kedua-dua lutut belakang dan komplikasi dapat termasuk artritis atau ligamen lutut koyak. Kes parah mungkin memerlukan pembedahan. Sesetengah anjing terdedah kepada kehelan tempurung lutut, penyakit mata terwaris, kepekakan, dan penyakit Legg-Perthes—penyakit sendi pinggul pada baka anjing kecil. Ia terdedah kepada tumor sel masta. Sindrom Legg–Calvé–Perthes, yang juga dikenali sebagai nekrosis avaskular kepala femur, berlaku apabila bahagian bebola femur pada sendi pinggul merosot ikutan gangguan aliran darah dan merupakan keadaan sama seperti yang pada manusia.[55] Pada anjing, ini menyebabkan ketempangan pada tungkai belakang, atrofi pada otot atrofi, dan sakit pada sendi.[56] Ini biasanya berlaku pada usia antara umur 6–12 bulan dan telah didokumenkan pada pelbagai baka terier lain termasuk terier sempadan, terrier Lakeland, dan terrier gandum.[55]

Keadaan saraf

sunting

Suatu bentuk terwaris bagi ataksia telah dikenali dalam kalangan terier Jack Russell selama lebih daripada 50 tahun. Miokimia dan sawan kerap terlihat bersama-sama dengan keadaan ini. Sebuah kajian tahun 2014 mengenal pasti bahawa gen KCNJ10 bertanggungjawab atas ataksia spinoserebelar yang diiringi oleh miokimia dan/atau sawan pada baka ini. Keadaan ini juga menjejaskan terier Parson Russell dan terier Rusell yang berkait rapat.[57]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa terier Jack Russell cenderung terhadap meningitis-arteritis responsif steroid. Baka ini adalah 6.91 kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit ini berbanding dengan baka lain.[58]

Terier Jack Russell cukup terkenal

sunting
 
His Master's Voice (1898) oleh Francis Barraud

Nipper ialah seekor anjing yang lahir pada tahun 1884 yang dianggap sebagai anjing daripada jenis terier Jack Russell.[59] Ia merupakan ilham untuk lukisan Dog looking at and listening to a Phonograph ("anjing yang melihat dan mendengar fonograf"), yang kemudian dinamai semula His Master's Voice ("suara tuannya"). Lukisan itu digunakan oleh pelbagai syarikat berkaitan dengan muzik termasuk The Gramophone Company, EMI, Victor Talking Machine Company, dan RCA. Kini, ia masih digunakan bersama-sama dalam logo untuk HMV di United Kingdom dan di Eropah.[60]

Seekor terier Jack Russell bernama Bothie mencipta sejarah pada tahun 1982 sebagai sebahagian daripada Ekspedisi Transglob. Anjing ini, yang dimiliki oleh penjelajah Ranulph dan Ginny Fiennes, menjadi anjing pertama yang mengembara ke Kutub Utara dan ke Kutub Selatan.[61][62] Pencapaian ini tidak berkemungkinan untuk diulangi, kerana semua anjing telah diharamkan dari Antartika oleh bangsa-bangsa Perjanjian Antartika sejak tahun 1994, kerana kebimbangan bahawa anjing dapat menyampaikan penyakit kepada populasi anjing laut asli.[63] Ranulph Fiennes dan Charles Burton sebenarnya membuat perjalanan ke Kutub Utara dengan kereta luncur salji berkuasa sebelum memberikan isyarat kepada kem pangkalan bahawa mereka telah tiba. Untuk meraikan pencapaian mereka, sebuah pesawat diutus untuk mengambil champagne dua lelaki itu, bersama-sama dengan Bothie.[64]

Pada 29 April 2007, seekor terier Jack Russell bernama George menyelamatkan lima orang kanak-kanak di karnival di New Zealand daripada serangan oleh dua ekor pitbul. Ia dilaporkan telah menyerang dan menahan kedua-dua anjing itu cukup lama untuk kanak-kanak tersebut melarikan diri, namun ia dibunuh oleh pitbull itu. Ia dianugerahi Pingat Emas PDSA secara pascakematian pada tahun 2009, iaitu pingat untuk haiwan yang setara dengan Salib George. Sebuah patung telah didirikan di Manaia, New Zealand, sempena memperingatinya.[65] Seorang bekas Marin Amerika Syarikat turut mendermakan kepada pemilik George sebuah anugerah Purple Heart yang telah diterima oleh beliau atas perkhidmatan di Vietnam.[66]

Pada tahun 2019, Boris Johnson dan pasangan beliau Carrie Symonds mendapatkan seekor silangan terier Jack Russell daripada badan amal penyelamatan haiwan di Wales.[67] Nama anjing itu ialah Dilyn dan ia menjadi anjing terkenal di pusat mengundi dalam pilihan raya umum.[68][69]

Semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022 yang sedang berlangsung, seekor terier Jack Russell berusia 2 tahun bernama Patron telah bekerjasama dengan Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine untuk mengesan bahan letupan Rusia. Sehingga 20 April 2022, Pemerintah Ukraine mengumumkan bahawa ia telah mengesan hampir 90 bahan letupan.[70]

Di layar dan dalam kesusasteraan

sunting

Di United Kingdom, salah seekor anjing bintang yang lebih terkenal ialah terier riang milik pemilik restoran dan tukang masak Rick Stein, Chalky,[perlu rujukan] yang kerap mencelah pemiliknya dalam pelbagai siri masakan beliau.[71] Chalky mempunyai barisan barang dagangnya sendiri, termasuk plusy, tuala teh, cetakan seni, cetakan kaki seni, dan dua real aleChalky's Bite dan Chalky's Bark,[72] yang memenangi emas dalam Anugerah Minuman Berkualiti 2009.[73] Chalky diberi obituari BBC apabila ia mati pada tahun 2007.[74]

Moose dan anaknya Enzo memainkan peranan Eddie dalam sitkom televisyen Amerika yang lama ditayangkan, Frasier.[perlu rujukan] Eddie dimiliki oleh bapa kepada watak utama Frasier, Martin Crane, dan sentiasa "mengambil alih pertunjukan" dengan telatah selambanya, lalu menerima lebih banyak surat peminat daripada mana-mana watak lain Frasier.[75] Moose dan Enzo juga menjadi membintang Skip dalam filem tahun 2000 My Dog Skip.

Soccer ialah seekor terier Jack Russell yang menjadi bintang siri televisyen Amerika Wishbone, yang disiarkan dari tahun 1995 hingga tahun 2001.[18] Dalam filem tahun 2009 Hotel for Dogs, Friday, salah satu watak utama ialah seekor terier Jack Russell, yang dilakonkan oleh anjing pelakon Cosmo.[76] Cosmo selanjutnya muncul dalam filem Paul Blart: Mall Cop and Beginners.[77]

Uggie (2002–2015) ialah seekor haiwan pelakon yang muncul dalam iklan bermula pada tahun 2005 dan dalam filem Water for Elephants and The Artist, kedua-duanya pada tahun 2011.[78] Pada tahun sama, berdasarkan minat terhadap The Artist, kempen "Consider Uggie" dilancarkan, yang mencuba untuk mendapatkan anjing itu pencalonan untuk Anugerah Akademi.[79] Pada tahun 2012, Uggie dinamai jurucakap pertama Nintendo.[80]

Sykes (anggaran 2001–2019) ialah seekor anjing pelakon dari Clifton, Oxfordshire, England. Ia paling terkenal di United Kingdom kerana penampilannya sebagai "Harvey" dalam tiga iklan televisyen Thinkbox dan, atas nama sebenarnya, dalam lima musim Midsomer Murders. Ia juga muncul dalam beberapa buah filem blokbuster Hollywood, serta dalam sebuah filem televisyen United Kingdom, beberapa buah siri, dan sebuah minisiri. Ia bersara pada tahun 2016 selepas kerjaya panjang di layar besar dan kecil. Sykes juga merupakan juara pertandingan ketangkasan.

Seekor terier Jack Russell pintar, bernama Jack, memainkan peranan pusat dalam siri pengembaraan televisyen tahun 1980-an Tales of the Gold Monkey.

K.K. Slider ialah seekor terier Jack Russell yang merupakan watak utama dalam siri permainan video Animal Crossing yang dibangunkan oleh Nintendo. K.K. ialah pemuzik yang membuat persembahan kepada warga pekan. Ia telah muncul dalam setiap permainan Animal Crossing sehingga kini sejak permainan asli Animal Crossing pada tahun 2001 sehingga Animal Crossing: New Horizons pada tahun 2020.

Max, protagonis utama dalam francais The Secret Life of Pets oleh Illumination ialah seekor terier Jack Russell yang tinggal bersama dengan saudara angkatnya Duke, seekor anjing Newfoundland kacuk besar, dan pemiliknya Katie, Chuck, dan Liam.

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: تيريئر جک راسل; bahasa Inggeris: Jack Russell terrier

Kutipan

sunting
  1. ^ a b c "FCI-Standard N° 345 JACK RUSSELL TERRIER" [Piawaian FCI No. 345 Terier Jack Russell] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Disember 2012. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ Jack Russell Terrier (dalam bahasa Inggeris) Diarkibkan 5 Jun 2023 di Wayback Machine. London, United Kingdom: The Kennel Club. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  3. ^ "Jack Russell terrier and a Parson Russell - can you tell the difference?" [Terier Jack Russell dan terier Parson Russell - dapatkah anda menentukan perbezaannya?]. Shooting UK (dalam bahasa Inggeris). 26 Januari 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2022. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  4. ^ Nicholas, Anna Katherine (1995). Jack Russell Terriers [Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 4. ISBN 0-7938-2379-X. Parson Jack was born in 1795. His father was a noted sportsman... also a clergyman. ...patterned his own life after the senior Russell's footsteps
  5. ^ a b "Fox Terriers and Jack Russells" [Terier Rubah dan Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Jane Dogs. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  6. ^ a b c d "Breed History & Club History" [Sejarah Baka dan Sejarah Kelab] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  7. ^ a b c d e f "An introduction to the Parson Russell Terrier" [Pengenalan kepada Terier Parson Russell] (dalam bahasa Inggeris). Parson Russell Terrier Club UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  8. ^ "A Field Guide to the English Clergy" (dalam bahasa Inggeris) Butler-Gallie, F hlm. 90: London, United Kingdom, Oneworld Publications, 2018 ISBN 9781786074416
  9. ^ Davies, Norman (1 Januari 1996). Europe: A History [Eropah: Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 343. ISBN 978-0-19-820171-7. Dicapai pada 7 Mac 2024. jack russell.
  10. ^ "From the civil war to Jack Russell breed by Chris Koenig, Oxford Times 25 January 2007" [Dari perang saudara hingga baka Jack Russell oleh Chris Koenig, Oxford Times 25 Januari 2007] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2018. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  11. ^ Coile (2000): hlm. 6
  12. ^ Coile (2000): hlm. 3
  13. ^ a b c Smith, Steve (September 2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen [Ensiklopedia Anjing Sukan Amerika Utara: Dikarang oleh Ahli Sukan untuk Ahli Sukan] (dalam bahasa Inggeris). Willow Creek Press. m/s. 229. ISBN 978-1-57223-501-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2024. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  14. ^ a b McKinney, Liz. "History of the Jack Russell Terrier" [Sejarah Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Parson Russell Terrier / Jack Russell Terrier.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  15. ^ "Different Types of Terrier: Smooth Fox Terrier" [Jenis Terier Berlainan: Terier Rubah Licin] (dalam bahasa Inggeris). The Jack Russell Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  16. ^ "Origin & History" [Asal Usul dan Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Cumbreck Jack Russells. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Disember 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  17. ^ Lee, Rawdon B. (1902). A History and Description, with Reminiscences, of the Fox Terrier [Sejarah dan Keterangan, dengan Kesan Bekas, Terier Rubah] (dalam bahasa Inggeris). Horace Cox, London. m/s. 153. ISBN 9781103296620. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2024. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  18. ^ a b Coile(2000): hlm. 9
  19. ^ Coile(2000): hlm. 10
  20. ^ "FCI-Standard N°339 / 28. 11. 2003 / GB Parson Russell Terrier" (dalam bahasa Inggeris). Montefiore. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  21. ^ "Jack Russell Terrier" [Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). New Zealand Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  22. ^ "Parson Russell Terrier" [Terier Parson Russell]. New Zealand Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  23. ^ "Breeds – Group 2 (Terriers) Page 1" [Baka – Kumpulan 2 (Terier) Halaman 1]. Australian National Kennel Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  24. ^ "Parson Russell Terrier" [Terier Parson Russell]. Australian National Kennel Council. 2 Julai 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  25. ^ "The differences between Parson Jack Russell Terriers and Jack Russell Terriers" [Perbezaan antara terier Parson Jack Russell dan terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). The Jack Russell Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  26. ^ "ANKC: National Animal Registration Analysis" [ANKC: Analisis Pendaftaran Haiwan Kebangsaan] (dalam bahasa Inggeris). Australian National Kennel Club. Dicapai pada 7 Mac 2024.[pautan mati kekal]
  27. ^ "About Us" [Tentang Kami] (dalam bahasa Inggeris). Kannye Parson Russell Terrier. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  28. ^ "Tenterfield Terrier" [Terier Tenterfield] (dalam bahasa Inggeris). Burkes Backyard. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  29. ^ "Roosevelt's Rat Terrier" [Terier tikus Roosevelt] (dalam bahasa Inggeris). TerrierLover.com. 2 September 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  30. ^ "Different Types of Terrier" [Jenis Terier Berlainan] (dalam bahasa Inggeris). The Jack Russell Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  31. ^ Coile (2000): hlm. 11
  32. ^ a b c "JRTCA Breed Standard" [Piawaian Baka JRTCA] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  33. ^ Romaine Brown, Catherine (27 Mac 2006). Jack Russell Terrier: Your Happy Healthy Pet [Terier Jack Russell: Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia Anda] (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 18. ISBN 978-0-471-74837-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2024. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  34. ^ "WORKING DOG" [ANJING PEKERJA]. therealjackrussell.com (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mei 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  35. ^ Rice, Dan (17 November 2005). Small Dog Breeds [Baka Anjing Kecil] (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. m/s. 140. ISBN 978-0-7641-2095-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2024. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  36. ^ "Breed Comparison" [Perbandingan Baka] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  37. ^ "A Brief History of the American Russell Terrier Club" [Sejarah Ringkas American Russell Terrier Club] (dalam bahasa Inggeris). American Russell Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  38. ^ "EJRTCA Breed Standard" [Piawaian Baka EJRTCA] (dalam bahasa Inggeris). English Jack Russell Terrier Club Alliance. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  39. ^ "AKC Russell Terrier Breed Standard" [Piawaian Baka Terier Russell AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Russell Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  40. ^ "Breed Standard" [Piawaian Baka] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Ogos 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  41. ^ "The Body & Tail" [Badan dan Ekor] (dalam bahasa Inggeris). American Russell Terrier Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  42. ^ Chapman, Eddie (1994). The Working Jack Russell Terrier [Terier Jack Russell Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). Dorset Press.
  43. ^ "The Jack Russell Terrier: A Working Dog" [Terier Jack Russell: Anjing Pekerja]. therealjackrussell.com (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Ogos 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  44. ^ a b "So You're Thinking About Getting a Jack Russell Terrier" [Jadi Anda Sedang Berfikir untuk Mendapatkan Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Working-Dog.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  45. ^ Pavia, Audrey (21 November 2003). What About Jack Russell Terriers: The Joys and Realities of Living with a JRT [Perkara tentang Terier Jack Russell: Keriangan dan Hakikat Kehidupan dengan Terier Jack Russell]. What About? (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 7. ISBN 978-0-7645-4089-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2024. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  46. ^ Smith, Steve (September 2002). "Jack Russell Terrier". The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen [Ensiklopedia Anjing Sukan Amerika Utara: Dikarang oleh Ahli Sukan untuk Ahli Sukan] (dalam bahasa Inggeris). Willow Creek Press. m/s. 229 & 229. ISBN 978-1-57223-501-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2024. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  47. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, Dave C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan G. (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 248432001 Check |s2cid= value (bantuan).
  48. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  49. ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo E.; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo; Podaliri, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni L.; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267743971 Check |s2cid= value (bantuan).
  50. ^ von Bomhard, Wolf; Mauldin, Elizabeth A.; Schmutz, Sheila M.; Leeb, Tosso; Casal, Margret L. (4 Mei 2006). "Black hair follicular dysplasia in Large Münsterländer dogs: clinical, histological and ultrastructural features" [Displasia folikel bulu hitam pada anjing penuding besar Münster: ciri klinikal, histologi, dan ultrastruktur]. Veterinary Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 17 (3): 182–188. doi:10.1111/j.1365-3164.2006.00517.x. ISSN 1365-3164. PMC 3330242. PMID 16674733. S2CID 22763408.
  51. ^ Credille, Kelly M.; Minor, J. S.; Barnhart, K. F.; Lee, E.; Cox, M. L.; Tucker, K. A.; Diegel, K. L.; Venta, Patrick J.; Hohl, D.; Huber, M.; Dunstan, Robert W. (1 Ogos 2009). "Transglutaminase 1‐deficient recessive lamellar ichthyosis associated with a LINE‐1 insertion in Jack Russell terrier dogs" [Iktiosis lamela resesif kurang transglutaminase 1 yang berkaitan dengan sisipan LINE-1 pada terier Jack Russell]. British Journal of Dermatology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 161 (2): 265–272. doi:10.1111/j.1365-2133.2009.09161.x. ISSN 1365-2133. PMID 19438474. S2CID 43130682.
  52. ^ Sargan, David R.; Withers, David J.; Pettitt, Louise; Squire, Michael; Gould, David J.; Mellersh, Cathryn S. (15 Jun 2007). "Mapping the Mutation Causing Lens Luxation in Several Terrier Breeds" [Memetakan Mutasi yang Menyebabkan Kehelan Kanta pada Beberapa Baka Terier]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. 98 (5): 534–538. doi:10.1093/jhered/esm029. ISSN 1465-7333. PMID 17573382. S2CID 16811779.
  53. ^ Farias, Fabiana H. G.; Johnson, Gary S.; Taylor, Jeremy F.; Giuliano, Elizabeth; Katz, Martin L.; Sanders, Douglas N.; Schnabel, Robert D.; McKay, Stephanie D.; Khan, Shahnawaz; Gharahkhani, Puya; O'Leary, Caroline A.; Pettitt, Louise; Forman, Oliver P.; Boursnell, Mike; McLaughlin, Bryan; Ahonen, Saija; Lohi, Hannes; Hernandez-Merino, Elena; Gould, David J.; Sargan, David R.; Mellersh, Cathryn S. (September 2010). "An ADAMTS17 Splice Donor Site Mutation in Dogs with Primary Lens Luxation" [Mutasi Tapak Penderma Hiris-Cantum ADAMTS17 pada Anjing dengan Kehelan Kanta Primer]. Investigative Ophthalmology & Visual Science (dalam bahasa Inggeris). Association for Research in Vision and Ophthalmology. 51 (9): 4716–4721. doi:10.1167/iovs.09-5142. ISSN 1552-5783. PMID 20375329. S2CID 6104392.
  54. ^ Brooks, Marjory B.; Harr, Kendal E.; Seelig, Davis M.; Wardrop, K. Jane; Weiss, Douglas J., penyunting (22 April 2022). Schalm's Veterinary Hematology [Hematologi Veterinar Schalm] (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 641. doi:10.1002/9781119500537. ISBN 978-1-119-50050-6.
  55. ^ a b Dangerfield, Peter H. "Perthes' Disease of the Hip" [Penyakit Perthes Pinggul] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Liverpool. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  56. ^ "Jack Russell Terrier – Specific Wellness Program" [Terier Jack Russell – Program Kesejahteraan Spesifik] (dalam bahasa Inggeris). Hillside Animal Hospital. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  57. ^ Gilliam, Douglas; O'Brien, Dennis P.; Coates, Joan R.; Johnson, Gary S.; Johnson, Gayle C.; Mhlanga-Mutangadura, T.; Hansen, Liz; Taylor, Jeremy F.; Schnabel, Robert D. (7 April 2014). "A Homozygous KCNJ10 Mutation in Jack Russell Terriers and Related Breeds with Spinocerebellar Ataxia with Myokymia, Seizures, or Both" [Mutasi Homozigot KCNJ10 pada Terier Jack Russell dan Baka Berkaitan dengan Ataksia Spinoserebelar dengan Miokimia, Sawan, atau Kedua-duanya]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 28 (3): 871–877. doi:10.1111/jvim.12355. ISSN 1939-1676. PMC 4238845. PMID 24708069. S2CID 15649368.
  58. ^ Rose, J. H.; Kwiatkowska, M.; Henderson, E. R.; Granger, N.; Murray, J. K.; Harcourt-Brown, T. R. (28 April 2014). "The Impact of Demographic, Social, and Environmental Factors on the Development of Steroid-Responsive Meningitis-Arteritis (SRMA) in the United Kingdom" [Impak Faktor-faktor Demografi, Sosial, dan Persekitaran terhadap Perkembangan Meningitis-Arteritis Responsif Steroid (SRMA) di United Kingdom]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 28 (4): 1199–1202. doi:10.1111/jvim.12360. ISSN 1939-1676. PMC 4857946. PMID 24773082. S2CID 16275054.
  59. ^ "HMV seeks budding Nipper" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 8 September 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2023. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  60. ^ "The History of Nipper and His Master's Voice" [Sejarah Nipper dan Suara Tuannya] (dalam bahasa Inggeris). erikoest.dk. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Oktober 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  61. ^ "Part 3: The Arctic: May 1981 – August 1982" [Bahagian 3: Artik: Mei 1981 – Ogos 1982] (dalam bahasa Inggeris). Transglobe Expedition.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  62. ^ "Part 2: The Antarctic: January 1980 – April 1981" [Bahagian 2: Antartika: Januari 1980 – April 1981] (dalam bahasa Inggeris). Transglobe Expedition.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Januari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  63. ^ Macklin, Debbie (22 Jun 1991). "Redundant huskies sent packing from Antarctica" (dalam bahasa Inggeris). New Scientist. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  64. ^ Hadzima, Eva (12 September 2016). "Famous Dogs" [Anjing Masyhur] (dalam bahasa Inggeris). dewintonvet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Ogos 2020. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  65. ^ "Hero Dog Dies Fighting Pit Bulls" [Anjing Wira Terkorban Lawan Pitbul]. Sky News (dalam bahasa Inggeris). 11 Februari 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  66. ^ "Medals for brave jack russell terrier" [Pingat untuk terier Jack Russell berani]. tvnz.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Television New Zealand. 8 Mei 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2008. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  67. ^ Boris Johnson's new rescue puppy moves into Downing Street [Anak anjing baharu Boris Johnson yang diselamatkan pindah ke Downing Street] (dalam bahasa Inggeris), BBC, 2 September 2019, diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2019, dicapai pada 7 Mac 2024
  68. ^ Jen Mills (12 Disember 2019), "Boris Johnson joins dogs at polling stations trend by taking Dilyn with him" [Boris Johnson sertai trend anjing di stesen undi dengan bawa Dilyn bersamanya], Metro (dalam bahasa Inggeris)
  69. ^ Will Pavia; Charles Bremner (14 Disember 2019), "World wakes to one man and his dog" [Dunia bangun untuk seorang lelaki dan anjingnya], The Times (dalam bahasa Inggeris), m/s. 11
  70. ^ Treisman, Rachel (20 April 2022). "Meet Patron, a bomb-sniffing Jack Russell terrier who has become a Ukrainian hero" [Kenali Patron, seekor terier Jack Russell yang menghidu bom yang telah menjadi wira Ukraine]. NPR (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2022. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  71. ^ "Rick Stein's dog Chalky dies" [Anjing Rick Stein, Chalky, mati] (dalam bahasa Inggeris). Metro.co.uk. 16 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  72. ^ "Chalky's Bite" (dalam bahasa Inggeris). Sharp's Brewery. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Februari 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  73. ^ "Chalky's Bark wins Gold at Quality Drink Awards 2009" [Chalky's Bark menang Emas dalam Anugerah Minuman Kualiti 2009] (dalam bahasa Inggeris). Sharp's Brewery. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  74. ^ "Celebrity chef Stein's dog dies" [Anjing tukang masak selebriti Stein mati]. news.bbc.co.uk (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 16 Januari 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2009. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  75. ^ "Moose (III) – Biography". IMDb (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2004. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  76. ^ Ebert, Roger (14 Januari 2009). "Hotel for Dogs". 14 January 2009 (dalam bahasa Inggeris). Suntimes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  77. ^ "Cast and Crew: Cosmo" (dalam bahasa Inggeris). Beginners Official Site. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  78. ^ Clarke, Cath (22 Disember 2011). "First sight: Uggie" [Pandangan Pertama: Uggie] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Guardian News and Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2014. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  79. ^ Eber, Hailey (4 Disember 2011). "Uggie, the canine co-star of 'The Artist,' is receiving praise from critics" [Uggie, si anjing bintang pendamping kepada 'The Artist' terima pujian daripada kritik]. New York Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2012. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  80. ^ "Canine Superstar Uggie Lands Epic Role as Nintendo's First-Ever "Spokesdog"" [Anjing Bintang Super Uggie Dapat Peranan Epik sebagai "Anjing Jurucakap" Pertama Nintendo] (dalam bahasa Inggeris). Business Wire. 8 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Februari 2012. Dicapai pada 7 Mac 2024.

Rujukan

sunting
  • Coile, D. Caroline (1 Ogos 2000). Jack Russell Terrier Handbook, The [Buku Panduan Terier Jack Russell]. Barron's Pet Handbooks (dalam bahasa Inggeris). Barron's Educational Series. ISBN 978-0-7641-1411-3.