The Cheetah Girls: One World

The Cheetah Girls: One World ialah telefilem asli Disney Channel ketiga yang dibintangi kumpulan cereka The Cheetah Girls yang ditayangkan buat julung kalinya pada 22 Ogos 2008.

The Cheetah Girls: One World
Fail:The Cheetah Girls 3 One World.jpg
Cover of the "Extended Music Edition" DVD.
PengarahPaul Hoen
PenulisNisha Ganatra
Dihasilkan olehDebra Martin Chase
DibintangiAdrienne Bailon
Sabrina Bryan
Kiely Williams
SinematografiDonald Duncan
Disunting olehGirish Bhargava
Muzik olehDavid Lawrence
Diedarkan olehDisney Channel
Tarikh tayangan
22 Ogos 2008
Masa tayangan
82 min
Negara Amerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$25 jita

Plot sunting

Ketika Galleria (Raven-Symoné) menuntut di Universiti Cambridge di England, Chanel (Adrienne Bailon), Dorinda (Sabrina Bryan), dan Aqua (Kiely Williams) menyertai barisan pelakon filem Bollywood bertajuk "Namaste Bombay". Maka The Cheetah Girls travel pun merentas bumi ke India. Setiba mereka di sana, mereka berjumpa dengan Rahim (Rupak Ginn), iaitu pelakon utama filem tersebut, yang menawan tetapi cemerkap. Setelah bertemu dengan, Gita (Deepti Daryanani), iaitu koreografer filem, tercetusnya perlawanan menari antara mereka bertiga menentang Gita dan penari-penari sokongannya, lalu menyedari bahawa pengarah muzik filem berkenaan iaitu Vik (Michael Steger), hanya mampu memilih seroang Cheetah dalam filemnya kerana bajetnya sekadar cukup untuk seorang bintang.

Sambutan sunting

Walaupun tayangan perdananya ditonton 6.2 juta orang, namun filem inilah yang paling rendah dari segi ratings bagi tayangan perdana siri telefilem Cheetah Girls.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Disney Channel's Cheetah Girls Beats Everything But Olympics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-31. Dicapai pada 2008-12-08.

Pautan luar sunting