The Untold Truth About Supermokh

The Untold Truth About Supermokh (bahasa Melayu: Kebenaran Yang Tidak Terungkap Mengenai Supermokh) ialah sebuah rancangan televisyen dokumentari Malaysia yang bersiaran pada 30 Ogos 2010 di National Geographic Channel. Dokumentari ini menyingkap kehidupan dan kerjaya pemain bola sepak negara, Mokhtar Dahari, termasuk punca sebenar kematiannya.[1] Ia menampilkan temuramah daripada ahli keluarga dan rakan terdekat beliau.[2][3]

The Untold Truth About Supermokh
GenreDokumentari
PengarahTang Siang Chung
PengacaraWan Zaleha Radzi
Negara asalMalaysia
BahasaInggeris
Penerbitan
PenerbitLoh Shun Ming
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Image Farm Productions
Penyiaran
Saluran asalNational Geographic Channel
Format gambarDefinisi tinggi
Siaran asal30 Ogos 2010

Sinopsis sunting

The Untold Truth About Supermokh menceritakan mengenai perjalanan hidup pemain bola sepak negara, Mokhtar Dahari bermula dengan kelahirannya pada 1953 hingga kemuncak kerjayanya dalam arena bola sepak Malaysia. Balu Allahyarham, Tengku Zarina Tengku Ibrahim, berkongsi pencerahan dengan penonton: "Saya pernah mengusiknya mengenai kemungkinan bermain untuk negeri lain kerana ada yang menawarkan tawaran lumayan, arwah merenung tajam kepada saya dan berkata: ‘Hidup dan mati saya untuk Selangor.’ Jiwa raganya hanya untuk Selangor dan habuan wang ringgit bukanlah pendorong utama untuknya".[4]

Tetamu khas sunting

Antara individu yang ditemuramah dalam dokumentari ini ialah:

  • Sultan Sharafuddin Idris Shah - Sultan Selangor
  • Rahim Razali - pelakon dan bekas pengulas sukan
  • Hishamuddin Aun - bekas wartawan sukan
  • Abdul Ghani Minhat - bekas pemain Selangor
  • Santokh Singh - bekas pemain kebangsaan
  • Redzuan Abdullah - bekas pemain kebangsaan
  • Quah Kim Song - bekas pemain kebangsaan Singapura
  • Samad Allapitchay - bekas pemain kebangsaan Singapura
  • Jamaluddin Norbit - bekas pemain Selangor
  • Ahmad Mahmud - bekas jurulatih Selangor
  • Mohd Nor Dahari - adik bongsu Mokhtar
  • Tengku Zarina Tengku Ibrahim - balu Mokhtar
  • Mohd Reza Mohd Mokhtar - anak sulung Mokhtar[5]
  • Nur Azera Mohd Mokhtar - anak kedua Mokhtar
  • Nur Arina Mohd Mokhtar - anak bongsu Mokhtar

Anugerah sunting

Anugerah Dokumentari FINAS 2011
  • Pengarah Terbaik – Tang Siang Ching
  • Dokumentari Sejarah Terbaik
  • Dokumentari Keseluruhan Terbaik, Perak

Rujukan sunting

  1. ^ Alan Teh Leam Seng (14 July 2018). "Supermokh: Remembering our greatest footballer". New Straits Times. Dicapai pada 18 July 2018.
  2. ^ "Documentary on Supermokh to premiere on Aug 30". The Star. 28 August 2010. Dicapai pada 18 July 2018.
  3. ^ Zazali Jamian (14 November 2014). "SuperMokh kekal dalam ingatan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 18 July 2018.
  4. ^ Shaukei Kahar (21 December 2016). "Legasi Mokhtar Dahari usah dilenyapkan". Stadium Astro. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 July 2018. Dicapai pada 18 July 2018.
  5. ^ "Mohd Reza Bangga Nama Mokhtar Dahari Masih Diingati". Bernama. Portal Berita Pahang. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 6 April 2016.