Tin minuman adalah bekas logam direka untuk menyimpan cecair yang boleh dibuka dan diminum terus. Pelbagai minuman boleh disimpan dalam bekas seumpama ini baik yang ringan berkarbonat, beralkohol, jus buah, teh, minuman tenaga atau sebagainya.

Pembukaan tin minuman

Ia lazim diperbuat daripada aluminium (75% yang dihasilkan seluruh dunia)[1] atau keluli berlapis timah (25%). Sekitar 370 bilion tin dihasilkan setiap tahun.[1]

MekanismeSunting

Pop-tabSunting

Tab ini dipasangkan pada suatu rivet di permukaan tin di mana tab ini akan ditarik "mengoyakkan" suatu pembukaan di permukaan tersebut.

Tab jenis ini didapati sangat berbahaya kepada peminum yang terkena pembuka tersebut uang tercabut dan tenggelam dalam air kandungan tin.[2]

Ring-pullSunting

Kaedah ini dipatenkan pada 1975 memperkenalkan kaedah pembukaan yang lebih diperbaiki di mana tab ini bertindak sebagai tuil menekan alur sebahagian tudung tin sehingga terkoyak lalu melipat koyakan tersebut di bawah tudung tin sekaligus mengurangkan kecederaan dan sampah terhasil oleh tab yang boleh ditanggalkan. [3]

UkuranSunting

Isipadu tampungan kaleng-kaleng ini berbeza mengikut peraturan ditetapkan dari negara ke negara. Minuman-minuman ringan di Malaysia dan Singapura paling kerap dijual berisipadu 300 ml untuk minuman tidak berkarbonat dan 325 ml untuk minuman berkarbonat. Saiz 330hingga 350 ml terhad kepada minuman yang diimport yang biasanya berharga jauh lebih mahal daripada minuman tempatan. Bekas minuman yang dijual di Indonesia pula (tin disebut sebagai "kaleng minuman") biasanya 330 ml.

Kedua-dua Malaysia dan Indonesia menetapkan isipadu tin yang dibenarkan untuk minuman keras seperti bir pada 320ml.

RujukanSunting

  1. ^ a b "The Canmaker FAQ". Canmaker.com. Dicapai pada 7 Ogos 2012.
  2. ^ Burrington, JD (1976). "Aluminium "pop tops". A hazard to child health". JAMA. 235 (24): 2614–7. doi:10.1001/jama.1976.03260500030022. PMID 946866.
  3. ^ "Patent US4030631 - Easy-open ecology end - Google Patents". Dicapai pada 24 Januari 2014.

Pautan luarSunting