Tuan Aziz Tuan Mat

Tuan Aziz Tuan Mat merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan calon bagi pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai 2009. Beliau juga adalah Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar). Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krai.

Pendidikan awal sunting

Tuan Aziz adalah anak jati Kuala Krai yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yok Chai sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra dan ppSekolah Menengah Teknik Terengganu]].

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia, anak keempat dari enam beradik itu bertugas di beberapa buah syarikat swasta di Kuala Lumpur seperti Kontena Nasional sebelum kembali ke Kuala Krai untuk berkhidmat bersama Kesedar pada tahun 1997.

Beliau telah berkahwin dengan Suzana Husin, seorang guru di Sekolah Menengah Tengku Indera Putera II, Gua Musang dan mendapat tiga orang anak ini

Rujukan sunting