Buka menu utama
Penulisan bacaan doa Our Father who art in heaven menggunakan pelbagai sistem trengkas yang wujud pada abad ke-19.

Tulisan ringkas atau trengkas [tréng-kas] (Bahasa Inggeris: shorthand) adalah kaedah penulisan simbolik disingkatkan bertujuan meningkatkan kelajuan dan keringkasan penulisan berbanding dengan penulisan biasa yang lebih umum untuk menulis dalam sesebuah bahasa.

Proses menulis dalam singkatan turut disebut stenografi, daripada istilah bahasa Yunani menggabungkan perkataan stenos "sempit" dan graphein "menulis".

PengelasanSunting

Sistem-sistem tulisan ini sering diringkaskan berdasarkan bentuk yang tampak ketika dibaca mahupun ditulis:

  • Trengkas stenografik (stenographic shorthand) - menggunakan kependekan perkataan untuk tujuan peringkasan.
  • Trengkas geometri (geometric shorthand) dihasilkan menggunakan garisan lurus, membulat mahupun bulatan penuh yang terletak menegak, mendatar, atau memiring. Antara contoh sistem ini yang paling diketahui ialah trengkas Pitman dan trengkas suku kata Boyd.
  • Trengkas skrip (script shorthand) lebih meniru gaya penulisan tangan yang biasa -> misalnya Trengkas Gabelsberger pada tahun 1834. Jenis trengkas ini kini biasa diajari di Jerman, Austria, Itali, Scandinavia, Belanda, Rusia serta negara-negara Eropah Timur antara lainnya.

Sistem trengkas juga boleh dikelaskan mengikut cara perwakilan huruf vokal:

  • Abjad atau alfabetik (alphabetic) - ditulis secara berasingan dan tersendiri sepertimana tanda konsoanndengan tanda "normal" tanda-tanda yang tidak berbeza daripada tanda konsonan (misalnya, Gregg, Duployan).
  • Berkonsonan (abjad) - Vokal tersendiri tidak ditanda melainkan pada awal atau akhir (mislanya jenis Taylor)
  • Bersuku kata (abugida) - Penandaan mengikut bentuk garis sementara konsonan ditanda menggunakan kedudukan (misalnya jenis Boyd).

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting