Tunku Syed Idrus ibni Tunku Syed Muhammad Al-Qadri ialah seorang pemerintah tempatan di Negeri Sembilan sejak sebelum pembentukan Malaysia. Beliau ialah Tunku Besar Tampin ke-6 yang dilantik dari 1929 hingga 2005. Semasa pelantikan beliau, takhta Tunku Besar Tampin dipangku oleh Tunku Sharifah Leng binti Syed Abdul Hamid memandangkan beliau ketika itu belum dewasa.[1] Belliau mula menaiki takhta pada 1944[1] dan dimahkotakan pada Disember 1945.[2] Beliau ialah salah seorang yang terlibat menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.[3][4]

Tunku Syed Idrus
Yang Teramat Mulia
Tunku Besar Tampin
Tempoh1929 - 2005
Kemahkotaan21 Disember 1945
Didahului olehTunku Syed Muhammad
Diikuti olehTunku Syed Razman
Keputeraan1927 (1927)
Kemangkatan2005 (berumur 77–78)
Anakanda
  • Tunku Syed Razman
  • Sharifah Zawahir
  • Sharifah Nuriza
  • Sharifah Shazelin
  • Sharifah Fazila
  • Sharifah Rozila
KerabatAl-Qadri
AgamaIslam

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Sejarah Tampin" (PDF).
  2. ^ "tampin3". www.royalark.net. Dicapai pada 2023-09-10.
  3. ^ Madzlan, Zabry Mohamad (2020-09-02). "Hargai jasa pembesar adat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-09.
  4. ^ "Federation of Malaya Independence Order in Council, 1957". vLex (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-09.