Tupolev Tu-16 (nama pengenalan NATO: Badger)[3] adalah sebuah pesawat pengebom strategik berenjin kembar yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet. Ia digunakan lebih daripada 40 tahun, dengan versi buatan China Xian H-6 masih lagi dioperasikan oleh Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat.

Tu-16
Tu-16R "Badger-E"
Peranan Pengebom strategik
Pengeluar Persatuan Pengeluar Pesawat Voronezh [1]
Direka oleh Tupolev
Penerbangan sulung 27 April 1952
Diperkenalkan 1954
Dihentikan 1993 (di negara bekas Kesatuan Soviet)
Pengguna utama Tentera Udara Soviet
Tentera Udara Mesir
Tentera Udara Iraq
Jumlah dibina 1,509 buah[2]
Kelainan Tupolev Tu-104
Tupolev Tu-124
Xian H-6

Pembangunan sunting

Pada akhir tahun 1940-an, Soviet Union sangat komited untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dalam keupayaan pengeboman strategik. Satu-satunya pesawat pengebom milik Soviet pada masa itu adalah Tu-4 'Bull', sebuah pesawat tiruan daripada pesawat B-29 Superfortress milik A.S. Pembangunan enjin turbojet Mikulin AM-3 yang sangat berkuasa memungkinkan pembangunan pesawat pengebom besar yang berkuasa jet.

Biro Tupolev memulakan rekabentuk pada prototaip pesawat Tu-88 ("Pesawat N") pada tahun 1950. Tu-88 pertama kali diterbangkan pada 27 April 1952. Selepas memenangi persaingan dengan menentang Ilyushin Il-46, ia kemudian diluluskan untuk pengeluaran pada bulan Disember 1952. Pesawat pertama mula memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Soviet pada tahun 1954, dan menerima designasi Tu-16. NATO mengenalinya dengan nama Badger-A.

 
Pandangan belakang sebuah pesawat versi pengawasan Tu-16 Badger (kemungkinan besar Tu-16R).

Ia memiliki satu sayap sapu yang baru dan besar; dan dua buah enjin turbojet Mikulin AM-3, setiap satunya pada pangkal sayap. Ia mampu membawa sebuah bom konvensional FAB-9000 seberat 9,000-kg (19,800 lb) (versi Rusia yang menyamai bom Grand Slam buatan Britain) atau pelbagai senjata nuklear dalam lingkungan jejari 4,800 km (3,000 batu).

Meskipun Tu-16 bermula sebagai sebuah pesawat pengebom aras tinggi dengan bom jatuhan bebas, pada pertengahan tahun 1950-an, ia mula dilengkapkan dengan peluru berpandu krus Soviet. Versi Tu-16KS-1 (Badger-B) boleh membawa peluru berpandu AS-1 dengan jejari tempur 1,800 km (1,125 batu). Senjata yang besar ini dari segi aerodinamik menyerupai pesawat pejuang Mikoyan-Gurevich MiG-15, dipasang sama ada dengan kepala peledak konvensional atau nuklear, jejari sekitar 140 km (90 batu). Ia berperanan untuk digunakan bagi menentang kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal permukaan besar yang lain. Pesawat Tu-16 selepasnya diubahsuai untuk membawa peluru berpandu yang lebih canggih, keadaan ini menyebabkan designasinya juga berubah beberapa kali.

 
Xian H-6

Dengan rekabentuk dengan versatil, Tu-16 dibina untuk digunakan dalam beberapa yang berlainan seperti peninjauan, pengawasan laut, mengumpul risikan elektronik (ELINT), dan peperangan elektronik. Sejumlah 1,507 buah pesawat telah dibina di tiga buah kilang di Soviet Union, sekitar tahun 1954–1962. Sebuah pesawat versi awam, Tupolev Tu-104, digunakan sebagai pesawat penumpang oleh Aeroflot. Tu-16 juga dieksport ke Indonesia, Mesir, dan Iraq. Ia terus digunakan oleh tentera udara dan cabang udara tentera laut di Soviet Union dan kemudian Rusia sehingga tahun 1993.

Penghantaran Tu-16 kepada China bermula pada tahun 1958, dan kemudian Xi'an Aircraft Industrial Corporation (XAC) mula mengeluarkan pesawat ini secara berlesen dengan designasi Xian H-6. Sekurang-kurangnya 120 buah pesawwat masih beroperasi. Pada 14 Mei 1965, sebuah pesawat Tu-16 digunakan untuk melakukan ujian senjata nuklear di udara di dalam negara China.[4]

Kelainan sunting

Antara versi prngeluaran utama bagi pesawat Badger adalah pesawat pengebom Tu-16 dan Tu-16A; pembawa peluru berpandu Tu-16KS dan Tu-16K-10; Tu-16SPS, "Elka", dan pesawat ECM Tu-16Ye; pesawat peninjauan Tu-16R; dan pesawat torpedo Tu-16T. Pesawat-pesawat individu mungkin telah diubahsuai beberapa kali, dan melibatkan penukaran designasi, terutamanya pesawat yang membawa peluru berpandu.

  • "Aircraft 88" - Prototaip awal.
  • "Aircraft 97" - Projek pembangunan pesawat pengebom Tu-16 jarak jauh berenjin kembar dengan dua enjin RD-5.
  • "Aircraft 103" - Projek pembangunan pengebom Tu-16 berkelajuan supersonik Tu-16 dengan 4 buah enjin VD-7 AM-13.
  • Badger A (Tu-16) – Konfifurasi asas pengebom Tu-16 yang diaturgerak pada tahun 1954 untuk mengantikan Tu-4. Beberapa model ubahsuai versi ini wujud, kesemuanya dikenali sebagai Badger A di Barat.
    • Tu-16A – Tu-16 yang diubahsuai bagi membawa bom nuklear, salah satu versi utama dengan 453 buah pesawat telah dibina. Kebanyakan versi ini kemudian ditukarkan kepada versi-versi lain.
    • Tu-16Z – Versi Tu-16 khas awal yang digunakan sebagai pesawat penangki udara, walaubagaimanapun masih mengekalkan keupayaan peranan sebagai pesawat pengebom sederhana.
    • Tu-16G (Tu-104G) – Model mel udara pantas, versi latihan krew udara Aeroflot.
    • Tu-16N – Versi khas pesawat tangki untuk pesawat pengebom Tu-22/Tu-22M, dipasang sistem probe and drogue. Mula digunakan pada tahun 1963. Pesawat Tu-16NN diubahsuai daripada versi Tu-16Z.
    • Tu-16T – Versi serangan maritim yang dikeluarkan dalam jumlah terhad yang digunakan oleh Cabang Udara Tentera Laut Soviet, dan membawa torpedo, periuk api dan cas kedalaman. 76 buah telah dibina dan beberapa darinya diubahsuai. Akhirnya, semua unit ditukarkan kepada konfigurasi Tu-16S.
    • Tu-16S – Versi pembawa bot penyelamat yang digunakan dalam operasi cari dan selamat.
    • Tu-16Ye – Versi yang dilengkapi dengan peralatan peperangan elektronik dan perisikan elektronik (ELINT) yang banyak.
  • Badger B (Tu-16KS) – Kelainan yang direka sebagai platform pelancar untuk 2 buah peluru berpandu AS-1 Kennel/KS-1 Komet. 107 buah dibina di antara tahun 1954–1958, digunakan oleh Cabang Udara Tentera Laut Soviet, Mesir dan Indonesia. Pesawat Soviet kemudian diubahsuai untuk membawa peluru berpandu yang lebih baru.
 
Tu-16K-10-26 Badger C
  • Badger C (Tu-16K-10) – Sebuah lagi versi kegunaan tentera laut, versi ini membawa sebuah peluru berpandu anti kapal AS-2 Kipper/K-10S. 216 buah telah dibina antara tahun 1958–1963. Ia berbeza dengan versi lain dengan radarnya berada di muncung pesawat. Pembangunan lebih lanjut telah menghasilkan Tu-16K-10-26, yang mampu membawa sebuah peluru berpandu K-10S dan dua buah peluru berpandu KSR-2 atau peluru berpandu KSR-5 AS-6 Kingfish (peluru berpandu K-26). Beberapa buah kemudian diubahsuai kepada platform ELINT.
  • Badger D (Tu-16RM-1) – Versi peninjauan maritim dengan peralatan ELINT; 23 buah darinya diubahsuai daripada Tu-16K-10. Ia mengekalkan radarnya di muncung pesawat dan boleh membawa peluru berpandu K-10S, ditembak daripada pesawat lain ke arah sasaran.
  • Badger E (Tu-16R) – Memiliki kerangka versi peninjauan dengan peralatan ELINT, pada asalnya bertujuan sebagai pesawat peninjauan maritim. Ia boleh membawa peluru berpandu KS.
    • Tu-16RM-2 – versi Tu-16R yang diubahsuai, digunakan oleh Cabang Penerbangan Tentera Laut. Ia boleh membawa peluru berpandu KSR-2.
    • Tu-16KRM – Pelantar pelancar bagi dron sasaran (sebuah kelainan bagi Tu-16K-26).
  • Badger F (Tu-16RM-2) – Sebuah versi peninjauan lain berdasarkan model −16R/RM dengan peralatan ELINT di luar.
 
Tu-16 Badger G dengan peluru berpandu KSR-5
  • Badger G (Tu-16K/Tu-16KSR) – Digunakan oleh Penerbangan Tentera Laut, ia merupakan pesawat yang telah diubahsuai daripada model-model terdahulu. Model ini direka untuk membawa bom di dalam ruang dalaman selain boleh membawa peluru berpandu udara ke permukaan di luar, seperti AS-5 Kelt dan AS-6 Kingfish. Terdapat beberapa versi yang dibangunkan seperti versi yang boleh membawa (K-11, K-16 dan K-26) atau (KSR-11, KSR-2 dan KSR-5). Selepas beberapa pengubahsuaian, ia memiliki beberapa akhiran. Versi-versi utama:
    • Tu-16KSR-2 – membawa K-16 (2 buah KSR-2). Mula digunakan sejak 1962. Pesawat sama yang diubahsuai daripada versi-versi lain, diberi designasi Tu-16K-16.
    • Tu-16K-11-16 – membawa K-16 (peluru berpandu KSR-2) atau K-11 (2 buah peluru berpandu anti-radar KSR-11). Digunakan sejak 1962. Pesawat sama dengan designasi Tu-16KSR-2-11. Lebih daripada 440 buah Tu-16 boleh membawa K-16 atau K-11.
 
Tu-16K-26 atau Tu-16KSR-2-11-16, dengan peluru berpandu KSR-5 di bawah sayap
    • Tu-16K-26 – Membawa K-26 (2 buah peluru berpandu KSR-5), berserta keupayaan peluru berpandu KSR-2 dan 11. Digunakan sejak tahun 1969. Pesawat serupa dengan designasi Tu-16KSR-2-5-11 atau Tu-16KSR-2-5 (tiada keupayaan KSR-11). Lebih daripada 240 buah pesawat Tu-16 boleh membawa peluru berpandu K-26.
    • Tu-16K-26P – Membawa peluru berpandu K-26P (2 buah peluru berpandu anti-radar KSR-5P, selain KSR-5, 2 atau 11).
  • Badger H (Tu-16 Elka) – Direka bagi sokongan peperangan elektronik dan peperangan melawan elektronik.
  • Badger J (Tu-16P Buket) – Versi peperangan elektronik dengan konfigurasi pengiring serangan ECM.
  • Badger K (Tu-16Ye) – Dipercayai versi konfigurasi Badger F dengan keupayaan ELINT yang lebih baik.
  • Badger L (Tu-16P) – Versi lain bagi Badger J yang dipasang sistem lebih moden dan digunakan dalam tugas ELINT.
  • Tu-90 - Versi prototaip berkuasa turbin kipas.
  • Tu-104 - Versi pesawat penumpang awam.

Pengguna sunting

 
Current operators of the Tu-16/H-6 in bright red, former operators in dark red
  Armenia
  Azerbaijan
  Belarus
  Republik Rakyat China
  Mesir
  • Tentera Udara Mesir : Menggunakan Tu-16KS, Tu-16T, Tu-16KSR-2-11, dan Tu-16R. Juga menggunakan pesawat H-6. Pesawat terakhir dibersarakan pada tahun 2000.[2]
  Georgia (negara)
  Indonesia
  Iraq
  • Tentera Udara Iraq : 8 buah pesawat Tu-16, 6 buah pesawat Tu-16KSR-2-11 telah diperolehi. Juga mengoperasikan 4 buah pesawat B-6D (H-6D). Kesemua kecuali sebuah pesawat B-6D musnah semasa Operasi Ribut Padang Pasir pada tahun 1991. Pesawat B-6D selebihnya musnah pada tahun 2003.[2]
  Rusia
  Kesatuan Soviet
  Ukraine

Spesifikasi (Tu-16) sunting

 
Keratan rentas pesawat Tupolev Tu-16.

Ciri umum

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ http://www.vaso.ru/?menu=planes_p05
  2. ^ a b c d e "VectorSite". The Tupolev Tu-16 "Badger". Dicapai pada 2007-01-12.
  3. ^ http://www.designation-systems.net/non-us/soviet.html#_Listings_Bombers
  4. ^ "Tu-16 bomber carried out nuclear bomb test in China, 1965". AirForceWorld.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-06. Dicapai pada 15 July 2011.
  5. ^ "World Air Forces". Armenia Air Force. Dicapai pada 2007-01-12.
  6. ^ "World Air Forces". Azerbaijan Air Force. Dicapai pada 2007-01-12.
  7. ^ a b "Aircraft Profile:Tupolev Tu-16 Badger". Air International. August 2006. Cite has empty unknown parameter: |quotes= (bantuan)
  8. ^ "World Air Forces". Belarus Air Force. Dicapai pada 2007-01-12.
  9. ^ "World Air Forces". Georgia Air Force. Dicapai pada 2007-01-12.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting