Union Jack
Bendera Union Jack[1][2] atau nama rasminya, Union Flag (Bendera Kesatuan) ialah bendera kebangsaan kerajaan United Kingdom. Bendera ini pernah digunakan pada suatu ketika oleh negara-negara yang berada di dalam Empayar British. Kini, ia juga memiliki status rasmi atau separuh rasmi di negara-negara dalam Alam Komanwel.
![]() | |
Kegunaan | Bendera kebangsaan |
---|---|
Nisbah | 1:2 |
Diterima pakai | 1801 |
Rekaan | Gabungan Salib Santo Andrew, Saltira Santo Patrick dan Salib St George |
Asal Bendera Great Britain ialah pada 1606, di mana bemdera ini menggabungkan bendera-bendera Kerajaan England (Salib Santo George yang diwakili salib merah berlatarbelakangkan putih) dan Scotland (Saltira / Salib Santo Amdrew iaitu saltira putih berlatarbelakangkan biru). Saltira Santo Patrick, iaitu bendera saltira merah berlatar belakangkan putih yang mewakili Ireland ditambahkan ke dalam bendera ini telah wujud setelah peristiwa Akta Kesatuan 1800 yang menyatukan Kerajaan Ireland bersama Great Britain pada 1801 [3] dan menjadi reka bentuk Union Jack yang paling terkini.
Negara Wales tidak diwakili langsung dalam reka bentuk bendera ini kerana Wales dikira masuk dalam Kerajaan England sejak kurun ke-16 - dikukuhkan lagi dengan penguatkuasaan Akta-Akta Undang-undang dalam Wales 1535 dan 1542 - semasa bendera ini tercipta.
Lihat jugaSunting
- Senarai bendera British — senarai bendera digunakan di United Kingdom.
- Galeri bendera berasaskan reka bentuk British
- Galeri bendera mengikut reka bentuk
- Salib
- Kelab Union Jack, London
- "Bendera Union" lain:
RujukanSunting
- ^ The Union Jack or the Union Flag di flaginstitute.org
- ^ "Union Jack". The British Monarchy. Dicapai pada 2013-08-12.
- ^ Bartram, Graham. "British flags". The Flag Institute. Dicapai pada 2009-05-02.
Bacaan lanjutSunting
- Nick Groom (2007). The Union Jack: The Story of the British Flag. Atlantic Books. ISBN 978-1-84354-337-4.