Buka menu utama
Kumpulan → 5
↓ Kala
4 23
 V 
5 41
 Nb 
6 73
 Ta 
7 105
 Db 

Kumpulan unsur 5 juga dikenali sebagai kumpulan Vanadium merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-5 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada Vanadium (V), niobium (Nb), tantalum (Ta), dan dubnium (Db).

Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar. Walaupun begitu, hanya niobium sahaja tidak menunjukkan tidak menonjolkan corak yang sama.

Z Unsur Bilangan elektron/petala
23 vanadium 2, 8, 11, 2
41 niobium 2, 8, 18, 12, 1
73 tantalum 2, 8, 18, 32, 11, 2
105 dubnium 2, 8, 18, 32, 32, 11, 2

Kesemua unsur-unsur ini dikelaskan dalam kumpulan unsur 5 kerana mereka mempunyai 5 elektron pada yang paling luar.

Ciri-ciriSunting

Ciri-ciri unsur kumpulan 5
Name Vanadium Niobium Tantalum Dubnium
Takat lebur 2183 K (1910 °C) 2750 K (2477 °C) 3290 K (3017 °C) ?
Takat didih 3680 K (3407 °C) 5017 K (4744 °C) 5731 K (5458 °C) ?
Ketumpatan 6,11 g•cm−3 8,57 g•cm−3 16,65 g•cm−3 ?
Sifat fizikal kelabu kebiruan,
berkilat
kelabu berkilat kelabu berkilat ?
Jejari atom 135 pm 145 pm 145 pm ?

KewujudanSunting

GeografiSunting

Niobium dan tantalum biasanya dijumpai semula jadi dalam keadaan bercampur aduk antara kedua-duanya disebabkan oleh jejari atom dan jejari ion yang hampir sama berikutan daripada pengecutan lantanida.

BiologiSunting

Antara unsur dalam kumpulan ini, hanya vanadium sahaja yang diketahui mempunyai peranan dalam sistem biologi kimia benda hidup. Vanadium mempunyai peranan dalam enzim dalam sesetengah organisma.

Lihat jugaSunting