Mohamad Asri bin Ibrahim

(Dilencongkan dari Ustaz Asri)

Mohamad Asri bin Ibrahim (3 Ogos 1969 – 13 Ogos 2009) merupakan seorang penyanyi Malaysia, terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani.

Ustaz Asri
Kelahiran
Mohamad Asri bin Ibrahim

(1969-08-03)3 Ogos 1969
Meninggal dunia13 Ogos 2009(2009-08-13) (umur 40)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Majlis Bandaran Shah Alam
PekerjaanPenyanyi, pendakwah bebas
Tahun aktif1984–2009
PasanganHalizah Shahzan
Anak-anak6
SaudaraUstaz Mohamad Ghazali Ibrahim (adik)
Kerjaya muzik
GenreNasyid
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Rabbani Productions
Pengkarya berkait
Rabbani

Penglibatan ketika bersama Rabbani sunting

Beliau bersama-sama ahli-ahli kumpulan Rabbani yang lain menghasilkan album pertama berjudul 'Rabbani' pada tahun 1997. Setelah mendapat penerimaan yang baik dari orang ramai dan meraih kejayaan demi kejayaan, Rabbani berjaya mengeluarkan lapan lagi buah album.

Lagu-lagu nasyid Rabbani menggabungkan unsur-unsur moden kotemporari untuk menarik minat pendengar tanpa mengira usia.

Antara anugerah yang diterima termasuklah Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Keluarga sunting

Isteri: Halizah Shahzan
Anak: 6 orang

Meninggal dunia sunting

Ustaz Asri disahkan meninggal dunia kira-kira pada jam 11 pagi, 13 Ogos 2009 akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur. Beliau berusia 40 tahun. Beliau menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Menurut saksi, beliau meninggal dunia selepas pengsan semasa memberi ucapan ketika sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia kira-kira pada pukul 10.30 pagi. Program ini merupakan tahun ke-5 Mohd Asri terlibat sama. Beliau terpilih sebagai penyeri majlis dan sebagai penyanyi untuk menyanyikan lagu tema program Syahadah.

Selepas pengsan, beliau dikejarkan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC) di Bangsar untuk pemeriksaan. Jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Bukit Lancung, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Majlis Bandaran Shah Alam di Seksyen 21, Shah Alam selepas Asar. [1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting