Frekuensi sangat tinggi

(Dilencongkan daripada VHF)

Frekuensi sangat tinggi atau frekuensi amat tinggi (bahasa Inggeris: Very high frequency, VHF) ialah julat frekuensi radio dari 30 MHz hingga 300 MHz. VHF juga dikenali sebagai jalur meter atau gelombang meter kerana julat lebar jalurnya adalah dari sepuluh hingga satu meter. Frekuensi-frekuensi terdekat di bawah VHF ditandakan HF, manakala frekuensi-frekuensi terdekat dikenali sebagai frekuensi ultra tinggi (UHF).

VHF selalu digunakan untuk siaran radio FM pada 88–108 MHz dan siaran televisyen (bersama UHF). VHF juga sering digunakan untuk sistem pengemudian terestrial (khususnya VOR), komunikasi marin, dan komunikasi pesawat.

Ciri-ciri penyebaran frekuensi-frekuensi VHF sesuai untuk komunikasi terestrial jarak pendek, dengan julat biasanya lebih jauh daripada garis penglihatan pemancar (lihat rumus di bawah). Berbeza dengan frekuensi tinggi (HF), ionosfera biasanya tidak memantul radio VHF, maka pemancaran terhad pada kawasan setempat. VHF juga kurang terjejas oleh hingar atmosfera dan gangguan daripada kelengkapan elektrik berbanding frekuensi rendah. Meskipun lebih mudah terhalang oleh ciri-ciri tanah berbanding HF dan frekuensi lebih rendah, VHF kurang terjejas oleh bangunan dan objek-objek besar lain berbanding frekuensi lebih tinggi.

Adalah juga lebih mudah untuk membina pemancar, penerima, dan antena yang lebih cekap untuk VHF pada zaman awal radio, berbanding UHF. Di kebanyakan negara, spektrum VHF digunakan untuk penyiaran audio dan televisyen, dan juga radio dua hala komersial (seperti yang dikendali oleh teksi dan polis), komunikasi audio dua hala marin, dan radio pesawat.

Sebahagian besar spektrum VHF yang bernilai dari segi teknikal dan komersial yang diambil oleh pemancaran televisyen telah menarik perhatian banyak syarikat dan kerajaan baru-baru ini, dengan pembangunan piawaian penyiaran televisyen digital yang lebih cekap. DI sesetengah negara kebanyakan spektrum ini mungkin akan disediakan (barangkalinya untuk dijual) dalam sedekad akan datang.

Rumus garis penglihatan

sunting

Julat pemancaran VHF ialah satu fungsi kuasa pemancar, kepekaan penerima, dan jarak ke ufuk, kerana isyarat VHF tersebar di bawah keadaan normal seperti fenomena garis penglihatan.

Berikut ialah satu anggaran untuk mengira jarak ufuk garis penglihatan:

  • jarak dalam batu =   yang mana   ialah ketinggian antena dalam kaki
  • jarak dalam kilometer =   yang mana   ialah ketinggian antena dalam meter

Lihat juga

sunting