SECAM
SECAM, juga dieja SÉCAM (Séquentiel couleur à mémoire, iaitu bahasa Perancis untuk "Warna Berjujukan Dengan Ingatan"), ialah satu sistem televisyen warna analog yang mula-mula digunakan di Perancis. Satu pasukan pimpinan Henri de France yang bekerja di Compagnie Française de Télévision (kemudian dibeli oleh Thomson) mencipta SECAM. Mengikut sejarah, inilah piawaian televisyen warna Eropah yang pertama.
Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan SECAMSunting
Berikut adalah senarai negara-negara yang kini membenarkan penggunaan piawaian SECAM untuk penyiaran televisyen. Negara-negara yang suah beralih ke PAL atau DVB-T disenaraikan berasingan.
AfrikaSunting
|
Asia-PasifikSunting
Senarai ini termasuklah rantau Lautan Hindi.
|
Eropah (Eurasia)Sunting
Senarai ini termasuklah negara-negara yang bersempadan pada rantau Eropah, tetapi mencapai Laut Mediterranean.
- Andorra
- Perancis (penyiaran SECAM bakal ditamatkan pada tahun 2011, penyiaran serentak dalam IPTV/ADSL dan DVB-T)
- Luxembourg
- Libya
- Monaco
- Maghribi
- Syria
- Tunisia
Bekas KRSSSunting
Oleh sebab sedikit perbezaan dalam jenis SECAM yang diamalkan bekas KRSS, negeri-negeri bekas KRSS yang mengamalkan SECAM disenaraikan berasingan.
AmerikaSunting
Migrasi dari SECAM ke PALSunting
Beberapa bekas negara SECAM sedang atau sudah menjalani proses migrasi ke PAL.
- Eropah
- Bulgaria (bermigrasi 1994 - 1996)
- Republik Czech (bermigrasi 1992 - 1994)
- Estonia (bermigrasi 1995 - 1999)
- Jerman Timur (peralihan secara tiba-tiba pada 14 Disember 1990 kerana bergabung dengan Jerman Barat)
- Greece (bermigrasi ca. 1992)
- Hungary (bermigrasi 1995 - 1996)
- Latvia (bermigrasi 1997 - 1999)
- Lithuania (bermigrasi 1997 - 1999)
- Poland (bermigrasi 1993 - 1995)
- Slovakia (bermigrasi 1993 - 1996)
- Ukraine
- Asia
Republik Czech, Slovakia, Hungary dan negara-negara Baltik juga menukar piawaian pembawa bunyi dasarnya dari D/K ke B/G yang digunakan di kebanyakan negara Eropah Barat, untuk memudahkan penggunaan kelengkapan penyiaran yang diimport. Bagaimanapun, ini memerlukan para penonton membeli penerima pelbagai standard.Negara-negara lain yang disebut tadi mengekalkan piawaian masing-masing (B/G di Jerman Timur dan Greece, D/K untuk yang lain). [1]
RujukanSunting
- ^ "Changes to terrestrial television systems in Central and Eastern European countries" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-20. Dicapai pada 2007-11-13.