Vanessa kershawi

spesies serangga

Vanessa kershawi, dikenali umum sebagai laksamana bersolek Australia,[a] ialah spesies kupu-kupu yang biasanya hanya ditemukan di Australia,[1] sungguhpun angin dari arah barat turut menyebarkannya ke pulau-pulau di timur Australia, termasuk New Zealand.[2] Terdapat pertikaian mengenai taksonomi spesies ini. Sesetengah pihak percaya bahawa laksamana bersolek Australia sepatutnya dianggap sebagai subspesiesnya laksamana bersolek (Vanessa cardui) kerana persamaan gaya hidup dan tingkah laku. Tambahan lagi, laksamana bersolek boleh ditemukan di seluruh dunia, tetapi Australia adalah satu-satunya tempat di mana ia cukup berbeza sehingga boleh dianggap sebagai spesies berasingan.[3]

Vanessa kershawi
Victoria, Australia
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Keluarga: Nymphalidae
Genus: Vanessa
Spesies:
V. kershawi
Nama binomial
Vanessa kershawi
(McCoy, 1868)
Sinonim

Templat:Specieslist

Ketika musim bunga, kupu-kupu dewasa berpindah ke selatan secara berbondong-bondong dari negeri-negeri utara di Queensland dan New South Wales.[4]

Sumber makanan utamanya ialah Ammobium alatum.

Galeri

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Inggeris: Australian painted lady

Rujukan

sunting
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Ecuador, 1992
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Gibbs 1969
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama vanSon
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Dingle 1999 323–329

Pautan luar

sunting