Virgo () merupakan zodiak keenam daripada dua belas tanda-tanda zodiak astrologi dan ianya berasal dari buruj yang mempunyai nama yang sama, iaitu buruj Virgo.

Virgo
Simbol ZodiakGadis dara
Jangka masa (Astrologi Tropika, Barat)23 Ogos - 23 September (2024, UTC)
Jangka masa (Astrologi Sidereal, Hindu)13 September - 6 Oktober (2024, UTC)
BurujVirgo
Elemen zodiakBumi
Kualiti zodiakBerubah-ubah
DomisilUtarid
DetrimenNeptun / Musytari
NaikUtarid
TurunZuhrah

Individu yang lahir ketika matahari berada di tanda ini dikenali sebagai "individu Virgo". Virgo dianggap sebagai zodiak feminin oleh ahli astrologi purba dan ianya dijajah oleh Utarid, tetapi Ceres (planet kerdil yang terletak diantara Musytari dan Marikh) dikatakan merupakan pengawal sebenar Virgo oleh sebilangan ahli astrologi moden. Nama sanskrit bagi Virgo dalam astrologi Hindu ialah Kanyā yang bermaksud "gadis".